Pages

Thursday, 27 February 2014

6ixth Sense

Assalamualaikum,











Yes, nak cakap pasal 6ixth sense ni.. tapi bukan pasal Kumpulan penyanyi tu yekkk....hehe

First of All.

Jom baca Al-Fatihah. Sedekahkan buat mereka-mereka yang tersayang.

Okeh, let's cerita.

Aku x sure benda ni kebetulan ke anugerah...ke petanda? Sebabnya aku realize benda ni time arwah wan (nenek) aku meninggal. Sebelum Wan meninggal, mata kiri aku bergerak-gerak sampai aku x selesa and siap ngadap cermin nak tengok..hehehe

Then selang a few days tu aku dapat khabar yang wan aku meninggal. And benda ni berterusan lah till now if ada sape2 yang terdekat nak meninggal. Sebabkan this year ramai yang dikeliling ku pergi meninggalkan kita di dunia ini, maka gerakan mata ni ibarat tak putus-putus sampai aku tertanya-tanya..Who Next?

Mana taknya, once mata tu bergerak kita akan dgr khabar duka selang beberapa hari. Tapi pelik sebab mata tu still bergerak. itujam kalu, ku rasa eh ni penyakit ke hape sampai tak berhenti-henti. Rupa-rupanya memang ada kematian berturut-turut selang beberapa hari je.

Memula mata gerak sebab ada orang dalam taman aku nak meninggal, then disambut ngan nenek kat kampung (bukan nenek sebenar tapi jiran kat kampung). Pastu atok sedara kat Melaka pulak yang meninggal. Then jadi lagi mata kiri tu aku dapat khabar Mak kwn aku plak meninggal (dalam Taman kat umah jugak). 

Pastu senyap, Sabtu lepas (2 weeks ago) mata aku gerak. Aku otw nak g umah kakak aku, aku cakap. Mata kiri orang ni bergerak lagi lah MAK. Hmmmmm tah sape plak ni. Sekali Isnin tu dapat berita Ayah kawan (Oya) aku plak meninggal. Terbaru, aku g melawat jiran sakit 2hari lepas. Quite nazak jugak lah, kaki dia luka summore dia ada kencing manis tapi tak pergi hospital. Masa aku pergi tu aku sempat pegang tangan akak tu, sejuk tapi berpeluh-peluh. Balik dari melawat tu around 12am cam tu. Memang pegi lewat sikit tunggu orang lelaki habis baca Yassin kat rumah akak tu. Sebelum tido tu mata kiri aku bergerak 2 kali. Aku cakap. Alamak, mata kiri orang bergerak lah, MAK. Hmmmmmmmmmm........

Semalam, aku balik keja lewat sikit sebab jalan jammed teruk. Mak aku call, dia cakap diorang semua tunggu aku nak pergi melawat lagi. Tapi aku cakap, MAK pergi lah dulu sebab orang lambat lagi ni, jammed teruk. Sampai je umah serentak dengan MAK aku, dia pon baru je balik dari melawat. Then kitorang lepak sekejap kat luar, dah nak Maghrib tu masing-masing masuk dalam rumah. Aku bukak TV, waktu Azan aku kuatkan speaker. Tak dan abih azan, Black (jiran sebelah) datang bagi salam and bagitahu yang Kak Izan tu dah tak ada lagi. Baru sat-sat jaaa...means time azan tu dia hembuskan nafas terakhir.

Innalillahiwainnailahirojiun... 

Note : Aku tak pasti benda yang aku dapat ni (mata berkelip) sebagai 1 kebetulan atau 1 anugerah? sebabnya aku rasa risau bila setiap kali mata aku bergerak. Aku risau kalau-kalau melibatkan ahli keluarga terdekat. :( ke diri sendiri ke. Ish, risau lah kan. Nauzubillah.
Aku pon risau dengan kesihatan MAK aku tu, Kaki tu tak elok-elok jugak. Gatal-gatal pon x hilang-hilang. Risau lah kot jadi apa-apa kan..hmmmmmm. Harap-harap ALLAH sudi pinjamkan MAK pada aku buat sementara waktu ni, selagi aku belom ditemukan jodoh ni. MAK tu lah satu-satunya sandaran yang aku ada atas dunia ni. :'( Tskkkk





Thursday, 20 February 2014

Penat yang berbaloi

Bila balik keja...lepas lelah dalam beberapa minit kadang2 sejam..hehe
Then terus masuk dapur masak untuk dinner. Walaupon tinggal berdua..kami jarang makan kat luar, sebab susah nak cari yang sedap. (bajet masakan sendiri terpaling sedap) mihmihmih. Bukaaaaaaaaaaaan lah, sebab MAK tu xleh makan masakan yang ada unsur belacan ataupon banyak sangat ajinomoto (unsur pon boleeeey..haha). Lagipon aku selesa masak sendiri...githuuu....up lah sket kan...ahaksss...

So everytime kita masak, opcoz benda paling penting yg kita risau tahap kesedapan dia kan...Sedap ke idok? hehe..Aku ni pulak, jenis susah nak rasa makanan time aku masak. Sebab deria kat lidah aku ni mcm lari tune. asal rasa je, sedap...asal rasa je, sedap..teeehehe...takde lah, aku x pandai nak rasa sebenarnya.

Then bile kita serve makanan tu, part paling best in the memory bile penjamah (ade ke istilah ni???) tu habiskan makanan yang kita masak tadi...Lagi dia tambah lagi kita suka, atau nasi dia amik byk boleh abis. aku refer ni kat MAK aku lah. Sebab MAK aku yang jadi penjamah tu. hehe

So far Alhamdulillah, ada masakan yang aku dah improve ada yang masih terkial-kial lagi.
Semalam aku masak asam pedas, antara fav aku asam pedas. makan buh kicap sikit goreng telor mata cair kuning...memang tambah berkali-kali lah...tapi kalau orang lain masak je...Sendiri masak ke laut, padahal senang je nak masak menu tu. So, semalam aku masak sedap plak...Bangga weh! hahahaha

Aku tambah batang saderi skali dalam tu. Masa mak aku makan aku dok hadap je dia makan. pastu aku usik dia..kelakar je Mak ni..hahahaha

Aku : Mak, sedap ke tak?
Mak: haaa, sedap kali ni.
Aku : Tu batang saderi tu mesti Mak first time makan kan? *sengih kerang hadap muka dia*
Mak: eh, dah pernah makan laaaaaaa...
Aku : ye ke ni? tah tah first taaaaaaaaaaaaaaaiiimmmmmmm kaaaaaaaaaaaan? hahaha (gelak2 sikit)
Mak: Kau ingat den ni sakai ke?
Aku : hahahahahhahahha yes, berjaya buat dia hangin. pastu dia pon gelak..hahahhaa

macam tu lah kami dua branak. Kadang baik, kadang bergaduh...macam-2 kan?? Tapi kami bahagia berdua begini :) SAYANG MAK SANGAT

Friday, 14 February 2014

To my future kids..

Here is the songs (Pesan)

from me for you my dear Future Kids.


Nice one kak Fynn :)

Note: Future Husband pon taraaaa...huhu

Am i Your Friend?

Assalamualaikum..


Kelaka...serius aku rasa kelaka..(tak sebenarnya aku rasa menyampah~!)

Sebab....??

Sebab aku tak rasa dia kawan aku,

so tak payah nak refer aku as a friend lah beb if u don't treat me like one.

Hmmmmmmmmmmmmm....

Aku pon ada perasaan, aku pon ada right to condemn, aku ada hak tu express my feeling even aku pon dah reply nicely. Cukup NICELY lah aku rasa. But, kau yang velagak, bajet diva AA...

Perlu ke aku nak terhegeh-hegeh? SORRY.....chances dah banyak kali. Not this time.

Andai 1 hari nanti aku kawen, aku akan make sure nama ko xde dalam guest list aku. bahahahahahahha
(menulis time emo mmg cam ni) hehehe...pastu aku gelak sendiri sebab tahu hati sendiri macam mana khennn...

ishhh..menyampah lah~! PROPAAAAAAAAA

jom layan lagu best ni lagi best.....brape byk best daaa...huhu




Wednesday, 12 February 2014

#selfie VS #selfish

Hutang? hurmmmm benda paling aku menyampah nak ingat.

Entah ape silapnya, kalau bab duit ni ade je terkena. Aritu terkena masa main kutu online.
Itu paling tak leh terima. bratus pastu kena tipu baik punya. Banyak gile situasi dengan bantuan rakan-rakan.
1 per 1 terbongkar, sakit plus hangin gile....not NICE ok! hahaha

Then kewl kejap isu panas tu bile smua dh settled. A few month ago ada lah sorang ni nak kata stranger tu bukan lah..tp bukan kategori kwn rapat. So dia ada PM mintak tolong nak pinjam duit. Tak banyak pong, sikit je. RM50. Mungkin sikit pd some orang or mungkin byk untuk some orang kan. That time dia beriya-iya lah cakap dia tengah kering so nak pinjam duit. Kebetulan masa tu aku xde cash dlm bank. So aku x dpt nak bg pinjam. Pastu almost last 2 weeks ko dia inbox aku dgn benda yang sama. Nak pinjam. reason dia sb x gaji lagi. dia gaji 31hb. So aku cakap...ko make sure bayar balik. sb aku guna duit saving aku..heh.
Member pon ape lagi, janji manismu lah kan. Sampai masa aku rileks lagi. masuk 3hb tu aku inbox dia. Dia pon ada reply...dia mintak no account. tapi itu semua propaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..after few msg..terus senyap. xkan x baca, aku tgk dia elok je update status...grrrrrr

aku igt aku mls nk bising. Hujung bulan ni aku copy balik ayat tu, pastu aku nk mintak balik duit tu. Kalau x dpt gak...aku doakan je lah ape patut. kira aku ni orang teraniaya lah...hmmm -____-. If xleh nak byr skrg, jangan janji..ni tak..beriya-iya janji..pastu tak bayar..sakit hati. Tu namanya Selfish.

Yang ni pulak namanya selfie. Memang suka....suka tengok diri sndiri. Sape rasa suka nk tengok, Alhamdulillah. Sape rasa x suka..xpe lah. bukan tayang body pong...bukan benda lucah pong. so mari kita guna HASHTAG khas untuk haters ni...hahahaha





#AkuyangSelfieKauyangPanas. #HandphoneAkuBukanMemoryKadKau #belogakubukanbelogkau #hahahahahahahahhaha


Monday, 10 February 2014

Sabtu-Day

Assalamualaikum :)

Semangat Isnin kembali lagi. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Kasih sayang semakin mekar. Eh, dah macam sajak plak haih..muhehehe. Hari ni masa x rasa lama sangat. Jap je dah lepas kul 5..yeaaay, jap lgi dh boleh balik dah..suke suke suke..ahakss.

Weekend :
Hari Sabtu pagi tu melayan mak tengok ceramah kat tv. Start around 7am macam tu kot. Lepas satu-satu tengok. Seawal pagi aku dengar MAK tergelak2. Aku senyum then aku cakap "WAH, MAK skrg pagi-pagi dah happy." *dalam hati aku----SENANG~!* Pastu cadang nak pergi pasar pak Din kat Taman Medan tu tapi tengok ceramah bagai dah kul 8.30am. Memang buang petrol lah namanya, sebab kalau pergi kul 8 pon selalunya aku balik dengan tangan kosong..huhu. Aku dah siap2 ni aku jadi confuse nak pergi beli ikan kat mana pulak. huhuhu...Aku keluar nak start keta, aku nampak Abg Mie sebelah tu nak kuar g keja. Ape lagi laju lah tanya KAK ZIE mane..hahaha. Tengok2 kak zie kat pintu tengah melambai-lambai suami nak pergi keja..hahaha. Aku ajak dia pergi beli ikan kat pasar borong selangor.

Perangai :
Kak Zie ni jiran yang memang rapat lah. So the best part is. Kak Zie ni, dia lembut cam MAK. Kelakor je..ahakss. So mase kat pasar, aku ni jenis cepat je wat keputusan. Mane aku nampak ikan yang harga ok..segar. Aku ON je..kekeke..Aku dah pilih-pilih, Kak Zie ajak aku round lagi. Betol-betol sampai hujung dia round..hahaha. Sebijik PERANGAI MAK. Tapi Okey lah. Sebab aku leh jumpa ikan merah sekilo RM16.50. Niiiiiiiiiiicccceeee kan? Dapat Ikan Tenggiri. Ikan Cencaru n Ikan Selar. YES..Tak Payah nak g kedai lagi. Murah plak tu. X abis pong RM50.

PeTaNg :
Makcik aku ajak makan-makan kat SOHO Bangi. Sempena ape tah. Mak plak tibe-tibe cam malas nak joint. Dia penat lah ape lah. Aku whatsapp akak aku. Cakap MAK xnk pergi. So aku pong malas nak pergi. Tibe-tibe akak aku call..cakap dia nak pergi pasar, balik dari pasar terus fetch aku kat umah. Suruh aku siap-siap sb boleh pergi sekali..huhuhu. Aku pon laju-laju lah siap. X sempat pakai tudung dia dah sampai umah dah. Laju gile. OTW pergi tu abang aku no.3 call bgthu yang SOHO tutup hari ni. So tukar place. Dia cakap g tempat lain. Makan satay. Aku cakap, SATAY WILLY ke.? hahaha. Rupenya betol weh. Order 250cucuk satey..gile ape byk benor..memang x abis pon, sebab ade order side dish semua. Lepas tu makcik aku leh kuarkan KEK. wakakakaka....maka bernyanyi-nyanyi lah ramai-ramai kat tengah2 food court tu. Kakak aku sampai merah hidung dia malu..hahahha. Sebab birthday dia 6 Feb.  Once settled, kitorg decide g putrajaya. Ingatkan 1 keta..rupanya semua nk joint kecuali Cousin aku. Kak Ita. Melepak kat sana sampai kul 11 kat dataran perbadanan tu. Semua happy lah main lari-lari kan, sampai umah kul 11 lebih.


I Choose to be with my FAMILY during my weekend. Its more than worth :)






Wednesday, 5 February 2014

Buku Favorite korang ape?

Assalamualaikum wbt.

Bila cakap pasal buku, jangan lah relate kan dengan Al-Quran / Muqadam or Hadith ke hape. Memang tu bentuk buku, tapi yang tu Special Kategori ok...

Ni nak cakap pasal buku, kenape? Sebab aku baru je beli buku.
And aku dapati (geli aihh, terus igt capati) buku aku baca ni tak semua kawan-kawan aku akan baca.
Ye, kawan-kawan tu memang ramai. Tapi kawans yang aku refer is kawan sekolah menengah aku, kawan Poli cam dah jauh sikit, tapi still leh cakap kawans jugak. Kawan opis aku sekarang, and kawans yang sejiwa lah kunun.

Dorang bukan jenis x tahu baca, tapi bahan yang dibaca tu yang membezakan aku dan mereka. chiewaaah
Aku dulu memang layan novel-novel ni. Ekceli before ni pon aku dah start stay away from novel bila aku perasan yang aku dah tak mampu nak abiskan senaskah novel dalam masa 3 bulan..hak hak hak. Mental.!

Tapi bila aku start baca buku Wani Ardy (Langit Vanilla), lagi lah aku takleh nak accept novel-novel ni. Bagi aku (memang bukan bg orang lain) muahahahaha... Entah, pestaim bace terus jatuh cinta, pandang bace pertama. haaa githuuu terus tukar peribahasa. Aku suka kisah hidup seseorang yang suka duka gurau ke maki ke tertulis rather than bace apa yang writer imagine mostly wangi2 buat manusia terbang melayang2.

Aku suka bace benda yang real..Really happened. Sebab kena ngan jiwa. Contohnya, bila orang cerita angan-angan dia kat aku. Opkos aku akan dengar dan aku akan lupa. ngeeee...Tapi bila orang cerita pengalaman hidup dia. Macam time dia kecik-kecik dulu, time dia 1st time g interview. Apa-apa je lah. Aku akan amik tu as a lesson. "Iktibar" kata orang melayu. Dalam masa yang sama pengalaman dorang tu buat aku kenal sape dorang ni. Means, bila aku kenal ngan seseorang yang "reserved" or maybe sombong kata orang..aku takde lah terus nak label dia cam tu. Once aku dh dgr ape yang dia lalui..then aku akan cakap "No Wonder lah dia jadi macam tu" Ingatlah selalu. Things Happen For A Reason. 

My Favorite Book such As : 
Bogel Menuju Tuhan by Zahiril Azim.
Sperma Cinta
Sengih Kerang (baca ni leh imbau kenangan kanak-kanak beb)
Dari Tg Malim ke KLCC
Kitab Terfaktab
Tentang
Yasmin How You Know?

Yang belom masuk dalam list tapi bakal ada dalam list:
Puisi Tepi Jalan-Fynn Jamal.
Teringin sangat nak beli tapi belum ada jodoh lg. Tunggu sat naaaa...hehe

Penulis buku ni dh selamat menjadi Isteri Orang. Aku paling suka tajuk KASUT~!

Kalau tak kenal sape Yasmin Ahmad...hmmm x tau lah nak cakap. She is Superb gifted

Tajuk buku ni antara tulisan paling best dibaca

Memang tersengih...hehehe

Cinta pertama
Ni fav aku lah, and genre aku. korang pulak cemane?

Apa-apa pun, jadikan membaca amalan kita....baca status pon boleeeeyyy... :)

Tuesday, 4 February 2014

Penyedap Halwa Telinga


Solat Tahajjud taknak buat, 
dengar lagu Tahajjud cinta boleh pulak..hehehe


oppppsssss....

Bengang Bukan Bangang

hmmmmmm..... T____________T

Sakit ati ai tauuu...Sakit kepalang since semalam.
Bukan ape, semalam aku x cuti while everyone amik cuti. Membazir lah haih~!
Then, last week boss cakap..takpe lah June, nanti i bg u half day..huhuhuhu
So semalam yang ada kat office 3 orang je. AKU, BOSS (JC) and LIEW. Itupon sampai kul doblas je.
After Liew keluar...tinggal berdua je..keja smua aku dh siapkan. Melangok sampai ke petang..huhu.
Sampai kul 5.30. Ape lah kedekut sangat berkiran. X rugi pon if dia release awal kan? lantak lah. Aku ok lagi...

Pagi ni aku bangun lewat sebab smlm makan pil zytex tu..Lena gile tidoo...klau nyamuk kenduri semalam pon aku x sedar weh..sedar2 je dah kul 7.45am. homaaaiiii GOD~! Dah lewat. Fikir jap. Nak MC ke? tapiii tak appraisal lagi..huhu..so nak half day ke? sayang pulak...Hurmmm Bangun je lah. Siap2 g office. Nasib baik sebelum tido dah siap iron tudung n kemeja. Pagi pas mandi tu capai je lah kan...easy! OTW tu aku g tapau nasi lemak ayam 3 bungkus. Dalam lambat2 tu dan lagi pergi tapau..hahaha

Pastu aku sampai opis, buat keja cam biasa. Hari ni tolong kak ida susun stock. Sb semalam stock dia masuk 29 kotak. Ada JC sekali tapi kalau dia ada, malas aku nak buat. Sbnya dia semua benda nak buat pastu semua benda jadi salah kt mata dia...tak tau guna pisau lah..x tau guna ini lah..Aku keluar kejap aku g ber*k...bila aku masuk tibe2 dia bagi kerja suruh aku wat SO sampai INVOICE. Aku xleh nak buat kat tempat aku sb pc ni ape probrem tah. Aku wat kt PC kak Ida. Then kena sound. Pasal FB. Tetiba plak tu. Hangin je aku.
Bengang gila sebab orang lain pon main fb, pon layan tenet. Pastu dia selambe je sound aku. Bengang lah aku ngan dia. Keja orang aku tolong, tp when it come to increment ke bonus ke cam harem..puih~!!! nyampah aku.....

u n f a i r :(

Monday, 3 February 2014

10 Rahsia yang ALLAH xbagitahu kita...

Sesungguhnya Allah SWT telah merahsiakan dan menyembunyikan beberapa perkara di dunia ini sebagai cabaran dan perangsang kepada kita, iaitu:

1.  Allah SWT merahsiakan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.


2.  Allah SWT merahsiakan Redha-Nya dalam taat. 


3.  Allah SWT merahsiakan Murka-Nya di dalam maksiat.


4.  Allah SWT merahsiakan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 


5.  Allah SWT merahsiakan solat yang paling utama di dalam solat fardhu. 


6.  Allah SWT merahsiakan wali Allah dikalangan alim-ulama’.


7.  Allah SWT merahsiakan Qada’ dan Qadar di dalam kehidupan.


8.  Allah SWT merahsiakan Jodoh Pertemuan. 

9.  Allah SWT merahsiakan tarikh kematian.

10.  Allah SWT merahsiakan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Note : 

Jadi, buat mereka - mereka yang sering mempersoalkan isu Jodoh ni pada orang yang masih single. Ketahuilah bahawasanya JODOH PERTEMUAN itu adalah rahsia ALLAH.  X payah nak kepochi or stalker sangat, lebih baik doakan yang baik2 saja..khennn? kbye! haha

Lagu Rambang



Masihkah kau ingat? suatu masa dahulu.....




Tuju khas buat mereka yang pernah aku sayang..skang? Tidak lagi..wohoooo..hehek :p