Pages

Friday, 16 August 2013

Macam mana nak sampaikan?

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, tahun ni beraya dengan kesederhanaan. Sesimple mungkin. Dan so far ok je. takda apa-apa kekurangan. eh, sebelum terlupa. nak ucap

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..~!

hahahhaa...pon boleh menyelit. Bukan apa, biasanya bila sambut aidilfitri ni...kita selalu lah expose menu raya, baju raya, tema raya..bla..blaa..blaa. kan? (melaluuuuut lagi)

hurmmmm....ehem..urmmm..ermmm...
macam mana nak start stoli moli ni? adoiyai...hahahhaa...bapak ar susah jugak ek nak luahkan prasaan ni.
Aku actually ada lah minat sorang mamat ni. Dulu dia 1 tempat belajar dengan aku. tapi masa tu mane nk heran ngan member2 ni sebab tgh kwn dengan orang lain kan..mabuk kejap sem 5 ngan 6 tu. hahaha...

Tapi dalam beberapa tahun ni, lepas masing2 dah keja. Then jumpa kat Facebook..Ade terbit rasa suka plak kat mamat ni. Orangnya biasa je, suka sebab tengok dia selalu spent masa dengan family. Means dia mmg sayang family dia. Kalau dia jenis sayang family, mesti nanti dia pon akan sayang family kita...ye dak? ke salah anggapan ku ini..oh.Tidak! huhuhu

Tengok kat FB ramai je pompuan komen2 and like apa yang dia post or upload. Tapi tak nampak plak yang ada unsur berkasih dan sayang. Tak tau lah kalau jenis cover line. Tapi orang lelaki yang ada rupa, ada kerjaya..mesti dah berpunya kan? tapi mungkin jugak single cam aku? ececeeee nak jugak tu try..haha

Kadang dia ada jugak like, ada jugak komen. Itu jam kalu, senyum sampai ptg lah dik nonnn oi..hahaha..jap2 bace komen dia..jap2 tgk like dia..muhahahaha..*sakit mental*
Habis tu aku ni dok pendam lah rasa suka ni kan. hurmmmm..nak cakap malu..malu maka melepas.
ohoiiii cian akak ni dek non~..huhuhu. Buat masa ni luahkan dalam belog je lah. Sambil dengar lagu Najwa Latif ni haaa..

P/s : korang kalau ada idea...meh tolong nasihatkan..sudi?
*malu nak taip sambil tutup muka* hewhewhew

Thursday, 1 August 2013

Tanda Soal???

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat terakhir Ramadhan 1434 Hijri ini.

Aku heran sangat dengan manusia lately.
1 ) Alhamdulillah, Malaysia Masih Aman
2) Alhamdulillah, Buka tingkap takde keta kebal

Isu hangat pasal tembak menembak, pasal crime. Tapi komen macam tu.?? Motip?
Seriously, aku tak paham mentaliti Rakyat Malaysia. Isu keselamatan, tak payah point finger boleh x?
Sama-sama jaga, sama-sama waspada. Sama-sama nak aman kan?
Hilang dah santun, hilang dah sayang. Hilang dah rasa perikemanusiaan.

Mana perginya? Hanyut dibawa arus parti politik? Tenggelam dengan Emosi pemberontakkan?
Buntu aku fikirkan.

Isu kedua pagi ini, kematian seorang HAMBA yang pulang kepada Maha Pencipta
secara khusnul khotimah. (aku rasa)
Cara perginya...Hanya DIA yang Maha Mengetahui.
Kehendak Maha Pencipta. Subhanallah.
Yang pergi, dah selamat kembali.
Yang hidup? masih lg mempolitikkan latarbelakang simati.

oh, si polan ni ahli parti ini, ahli parti itu.
Allah,
DIA lagi kenal akan HambaNYA.
Hamba-hamba yang tak sedar diri yang suka provokasi.
Parti apa pun kita didunia ini, MATI tetap MATI.

**pernah terfikir, kenapa aku asyik nampak mcm x kena je?
** Penah jugak baca pasal mata lalat n mata lebah tu. Kalau boleh mmg xnk jd macam mata lalat.

tapi kalau x dibendung dari sekarang, kesian kat anak2 muda lah. Mereka bukan boleh hadam semua benda dalam 1 masa. Make sense lah sikit kan! eh, Apesal aku emo je ni? hahaha...

dah la, tu je nak bebel...bye2




Ramadhan dan Masakan berpisah tiada..

Assalamualaikuuuuuuuuuuuuuumm...wbt

Tajuk tu bukan nak mention yang Ramadhan je rajin masak..Bulan selain Ramadhan pon rajin jugak. Bezanya kalau bulan lain, nak masak awai ka, lambat ka ikut suka hangpa lah..pasai tak kesah hangpa nak makan kui brapa. Tapi pasai Ramadhan ni, kena rushing sikit. Waktu dah ditetapkan, sejurus berkumandang azan MAGHRIB. Jangan salah waktu pulak..hehehe..*tak kelaka eh?* suke ati laaah..wakaka

Biasa kalau Ramadhan ni, MAK lah orang paling gumbira. Sebab dia akan request masak lebih sebab dia nak buat amal..Sedekah kat jiran tetangga. (aku malu nak bg jiran rasa masakan aku tawwww...huhu) Masak sambil selawat or zikir tips untuk masakan kita sedap. Ye ke? ke aku je memandai..Tapi okey what. Sambil masak dapat Pahala. Daripada mencarut x tentu hala..kan?


Tak yah citer banyak, dah nak balik hoii....lets enjoice the picxa...

Sup sayur + Telor

Bawal masak 3 rasa / sweet sour 

Asam Pedas dari Kak Ida Offie

Buah Mangga Manis dari Giant Kelana Jaya

Pinggan MAK, Selera MAK makan sekarang. Aku is Suka :)

Bihun Goreng kosong tabur Telor Goreng

Asam Pedas Ikan Pari dari Kak Zi (jiran)

Tenggiri Masak Cuka. Fave MAK ni.. Gigih Aku belajar..hehe

Cendawan Goreng Basah

Kari Ikan Nyok-nyok dengan Bendi + Tomato..nyummmsss

Kerisi Masak Tauchu...ni pon Fave MAK

Daging masak Asam Pedas dari Cik Maria (Mak Mona)

Bihun Sup dari Kak Zi (jiran)

Mee Goreng Malu - Malu...hahahhaahha Kosong je.



Hurmmm, Tu je lah aku sempat snap..yang lain semua dah selamat masuk perot. Dah penat2 masak, kossseeerrrr lah nak snap bagai kan. Ikut pada Mood dan kerajinan..gittew..hehe