Pages

Tuesday, 10 September 2013

Jodohnya telah pun tiba

Assalamualaikum wbt

Dear Diary.. eh Dear Blog *kang majuk plak blog ni kang*

Semalam Khamis, 29 Syawal bersamaan 5/9/2013. Lepas Isyak tu terus bersiap-siap nak ke rumah Mimi..
Sebab nak meraikan dia yang sedang dup dap dup dap nak nikah and sanding weekend ni. Imma heeepiii for youuuuuuu...sungguh tak tipu.

So last night hari dia pakai inai, aku time nak siap2 tu baru teringat nak pegi bank. Tengok mak ai, ghamaaaainya manusia..lagi tambah lambat bila 1 je CDM yang berfungsi. After settle urusan, terus drive menuju airtam. Sampai-sampai je..kaki and tangan pon dah siap berinai..Oya and Mak buyong (tatie) dah pakaikan. im sooooo sorry yer..Terrrrrlewat pulak. Pastu ada Mely skali. Makin lawa mely ni, sejak dah sarat ni. Muka maintain tapi perot. Omak kau, godang amek (besar sangat). hahaha...godang berisi takpe ye. Yang aku ni?? huhuhu
Bersama Bakal Pengantin yang sedang naik serinya. aUwww..hahaha 

 Dia dh mula nk tunjuk inai dia

 Bestpreng yang Comel




 
 memula semua Buat, sekali teengok apesal jari aku ni jarak...cacat ke hape? grrrrr

Pastu Snap lagi biar rapat-ketat-melekat..hahaha

After Berinai, Sabtu semua berPINKY-PINKY ke rumah mimi. Teman dia nak nikah, masa sampai tu baru nak discuss dengan tok kadi. Sempat lah masuk and duduk. Sempat lah dgr LIVE AKAD NIKAH. Gorgeous mimi. From Nikah till Sanding. Alhamdulillah, Dengan sekali lafaz saja. MIMI Sah Bergelar seorang Isteri kepada Lelaki pilihan hatinya. Encik Nizam. (apesal aku formal) hahaha

Sempat berlima je, Itu je yang berkesempatan hadir.. :) We ols is HAPPY for MIMI

Kalau Mimi pon tak datang, tak tahu lah aku..hehe...kiranya nak cakap berEMPAT.



Acara kemuncak mestilah jatuh pada hari Ahad, Hari resepsi MIMI and Pasangannya. Kami ber5 sedondon sebab pengantin seponser kain. Wehuuu...Santek dan Kami Suka...Muaahhh..macih Mimi yer. Moga murah rezeki ko..amin..Pengantin pon bertambah seri. Betol lah orang kata Raja Sehari, Sebab MIMI amik color kuning. Sangat cantik kuningnya. Berseri-seri betol. Ai is suke laaaaah..muhaha


Tunjuk lah batch masing-masing...kan..
Pose ayu je memasing sementara tunggu yang lain datang...hehe
Tatie suka main sergah-sergah..hahaha


Last minit Call untuk oya, sebab dia rushing nak g check-in Hotel...Jumpa Midah. Baju keLIMA yang sama

Tetiber focus kat Mely...Dah sarat sangat dah tunggu Hari
Jumpa Photobooth Mimi..Senap sekeping..Macih Tie....Jasamu Ku Kenang

Ni muka 3 stooges yang setia sampai petang nak ikut outdoor Mimi kat Pullman.

Sekeping gambar outdoor...Sorang je tak sama...hahahaha..lantak lah kan.

Memandangkan aku memang tak bawa camera, dan Blackberry yang sangat baik prihatin lagi santun. Suka "hang" time nak snap lah, nak tgk picture lah..suka taw memalukan ai depan kawan-kawan ai....nyampahsss. jadi marilah kita belajar menumpang aka parasit kat camera orang lain..puiii...Nasib baik, orang - orang itu semua BAIK BAIK BELAKA..hehehe..Macih Korangz...cayang hangat...omey hangat..


Nota Buat Mimi ;

Setelah penat mencari, kini ALLAH telah temukan yang sepatutnya. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhirnya. Belajar untuk menerima kekurangan pasangan, dan memberi sebaik-baik perlakuan sebagai seorang isteri. Selamat Pengantin Baru Puan Erma Mimi

Monday, 2 September 2013

Aku Tak sampai hati

Assalamualaikum wbt.

Teruja aku baca status-status orang berbisnes ni. Ada yang sampai rasa nak beli berkali dan kali lagi..hahaha..kalau boleh nak abiskan semua angka dalam account bank tu. Hover angat kan?
Tapi bagus lah mereka ada inisiatif nak upgrade diri esp bab kewangan. Kalau yang menjual tu, aku paham. Tapi kalau MLM tu..or seangkatan yang ko cari dia dpt duit..dia cari dia dapat duit OR investment yang duk diam-diam dapat duit. Itu sangat lah aku jauhi. Ada sebabnya.

Aku menulis ni bukan suka-suka semata, cuma nak share experience je. Dulu, aku penah gak terbabit dengan kancah MLM ni..Kancah? hahaha...tak menahan. Mcm jahat bebenor. Actually aku pon terjebak. Dah nama terjebak...means dh join. Alang-alang masuk, buat sampai lebam. Rezeki masa tu, Dipermudahkan. Berjaya sampai dapat income 5 angka. Masa tu aku start sombong (pun bukan sombong, sb tak ada masa. Busy kejar dunia lupa kawan2. Ramai x suka aku termasuk family, aku fikir dorang ni jenis yang kalau taknak join takpe, tapi jangan lah mengelak kan? Dorang pulak, elak sebab kononnya nanti kena paksa. kena join bagai. so Masing-2 ada cara berfikiran yang mana at the end both salah fikir. Bodoh kan? hahaha(Betol, Senang pon satu ujian.!) Perjalanan tu tak mudah macam orang tengok. dari pagi ke pagi cari rezeki. Pon tak lekat ape. Sebab x berkat. itu Aku lah. Sampai satu saat, bisnes tu jatuh. Sekelip mata. Satu Malam..Habis semua. Nangis. Takut. Kerja? dah lama resign govt. Saving? ada lah sikit dalam 30K++. Kereta mewah, rumah mewah? melayang dalam angan2. Kawan2? Yang call wish TAHNIAH, Yang Call MARAH-MARAH, Yang mengumpat, Yang memadan muka, yang tepuk tangan, jangan cakap lah. Ramaaaaaaaaaaaai gila. Masa tu, baru ada akai...tak salah dorang pon, sendiri dulu yang lupa diri. Takpe lah, benda dah jadi. Tapi bagus jugak, dapat kenal mana lawan mana kawan.

Start new Life
Fasa nak bangkit ni agak perit sikit..tapi still boleh manage sebab, leader aku bukan jenis selfish. Lepas kat dia je. Before dia cari jalan, dia kenalkan dengan orang-orang yang pernah jatuh dalam bisnes. Dan bila dorang share experience, semangat untuk bangun berkobar-kobar. Tapi bila dah jumpa peluang, ingatkan ini yang terbaik. Aku usahakan jugak cari downline lama2, cuma kali ni aku bukan cari untuk wang. Aku cari sebab aku percaya peluang ni. Jadi aku kongsikan dengan orang-orang yang aku sayang. Tapi tu lah, benda nak jadi. 2nd chances ni lagi worst. Bukan dorang je, dengan aku sekali terkena. Since itu, aku hilang percaya. Aku down. Aku pikul rasa guilty. Lama aku fikir. Sudahnya..aku ikut cakap mak. Cari Kerja. Sobs..sobs.. at the same time, aku terima banyak offer bisnes yang buat network ni. Tapi semua aku tolak..or kalau aku buat pon. half way jer.. Sebab aku masih punya rasa TAK SAMPAI hati nak biarkan dorang buat loan puluh ribu-2 untuk kejar wang puluh ribu jugak. Rezeki masing-2 tak sama. Kalau dorang buat loan banyak2, then berjaya. Alhamdulillah. Kalau buatnya, rezeki dia tersekat kat jalan ni? loan nak kena continue bayar gak. Kalau ada pon fixed income. trust me, it won't reach same amount macam ko bayar bulan2 tu. Unless ko jual barang. Konvensional? so what? Orang dapat benefit dari brang yang dia beli. Katakan brang tu tak sesuai dia. Atleast barang tu dia leh jual kat orang or bagi fmly guna. Dan takkan beli brg smpai buat loan puluh ribu kan?

Ini baru betol BUILD UP NEW LIFE
Sekarang, aku rasa bebas. Bebas dari beban nak make sure orang bawahan dapat return. Bukan tanggungjawab dah. Tanggungjawab sekarang lebih kepada diri sendiri dan keluarga. So far, Alhamdulillah..Kehidupan tu jadi macam biasa. Normal. Kalau dulu, duit banyak. Pong pang pong pang cakap senang lah mudah lah. No NO No...Bukan semudah yang disangka. Duit ada. Masa takda. Kalau ada pon..banyak habiskan dekat leader..or program company..or paling tak pon kat network. Kawan yang dari kecik pon jarang jumpa. Alasan apa? Busy. Sekrang ni, aku boleh kata..setiap bulan shopping, pastu 3,4 bulan sekali mesti nak berjalan. Sekejap pon xpe. Asalkan ada. Kenduri kawen sedara mara, rakan taulan pon leh datang. Syukur Alhamdulillah. Rezeki yang sedikit tapi cukup membahagiakan. Nilai Berkat agaknya.



Jiran Psiko...

Assalamualaikum wbt.

Terbaca kisah jiran dari blog peej.
Terasa macam nak meluah kat sini jugak. Aku ni mmg makaaaaaaaaaaaaaan hati dengan perangai jiran yang seperti tidak punya otak apetah lagi hati perot. serius aku malas nk fikir..tapi kalau dah hari-hari ko ngadap situasi sama. memamg kesabaran ko akan tergugat jugak.

Bukan isu besar..tapi entahlah..Pada aku besar gak lah kot.
Alkisahnya bila jiran sebelah rumah hampir setiap hari parking kereta depan rumah.
Walaupon dia tak block semua jalan..tapi aku terpaksa senget-senget keta nak adjust parking.
Kalau ikutkan hati nak rempuh jer keta dia..tapi kang jadi cam few years ago.
Langgar sikit, ketuk kita sampai RM300..pastu resit semua takda.
Time banyak duit, aku byr je. Malas nk panjang citer. Tak lama lepas tu dia kena byr jiran sebelah rumah dia almost RM3k sb anak dia panjat bumbung org sebelah..skali jatuh..huhuhu..ALLAH bayar cash kan

Last week dia tolong kemas pasu2 bunga kat rumah tu.
Pun nawaitu tu tak tahu la.
Tapi pasu-pasu yang aku duk atur kt sebelah pasu dia semua dia dok alih.
And tindih pasu tu bertingkat.
What?? what..? cam harem je. Budget nak rumah dia nampak cantik lah
so pasu-pasu kosong aku tu cam block pasu dia...please lah..
Pastu cakap kat mak aku, dia ada letak tanah kt pasu. konon kesian tak terbela.
Klau risau tak terbela pon pasu rumah ni tak ada kena mengena dengan rumah dia.
Pastu yang pokok mangga dia menyepah2 kan daun n bunga mangga tu xde plak dia kesah.
Peliks..!

Lagi menyampah, bulan puasa. Bile Mak dah balik kampung, aku memang kadang-kadang tido rumah kakak aku. Tapi ada masa aku balik jugak. Ade sekali tu aku balik..boleh plak keta tu kat dalam kawasan rumah. Sudahnya keta aku plak parking depan keta dia.

Menyiraaap je..

Sejenis bini dia plak kalau datang terus pulas tombol pintu, meluru masuk sampai terjah dapur!!
Motip tu ape sebenarnya?? tak ke peliks.
Even jiran pon, kitorang mmg jarang lawa dia masuk dalam.
Malas nak berbaik-baik sangat. Sebabnya spesis ni kalau baik terus naik lemak.
Bukan dia xde plan nak ajak aku ke sana sini shopping kononnya.
Tapi sorry to says lah, i wont be a foolish girl yang nak ikut cakap dia.

Nevah~!

Dan aku pon bukan sejenis busuk hati nak balas dendam ke apa..
Aku syukur lah, MAK BAPAK aku x ajar aku cara cara terkutuk tu.
So, aku malas nak layan. lantak kau lah.
Kalau teruk sangat, aku jerit suruh dia alihkan kereta.
Dengan Harapan, biar ALLAH je beri hidayah pada mereka2 ni.