Pages

Monday, 10 February 2014

Sabtu-Day

Assalamualaikum :)

Semangat Isnin kembali lagi. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Kasih sayang semakin mekar. Eh, dah macam sajak plak haih..muhehehe. Hari ni masa x rasa lama sangat. Jap je dah lepas kul 5..yeaaay, jap lgi dh boleh balik dah..suke suke suke..ahakss.

Weekend :
Hari Sabtu pagi tu melayan mak tengok ceramah kat tv. Start around 7am macam tu kot. Lepas satu-satu tengok. Seawal pagi aku dengar MAK tergelak2. Aku senyum then aku cakap "WAH, MAK skrg pagi-pagi dah happy." *dalam hati aku----SENANG~!* Pastu cadang nak pergi pasar pak Din kat Taman Medan tu tapi tengok ceramah bagai dah kul 8.30am. Memang buang petrol lah namanya, sebab kalau pergi kul 8 pon selalunya aku balik dengan tangan kosong..huhu. Aku dah siap2 ni aku jadi confuse nak pergi beli ikan kat mana pulak. huhuhu...Aku keluar nak start keta, aku nampak Abg Mie sebelah tu nak kuar g keja. Ape lagi laju lah tanya KAK ZIE mane..hahaha. Tengok2 kak zie kat pintu tengah melambai-lambai suami nak pergi keja..hahaha. Aku ajak dia pergi beli ikan kat pasar borong selangor.

Perangai :
Kak Zie ni jiran yang memang rapat lah. So the best part is. Kak Zie ni, dia lembut cam MAK. Kelakor je..ahakss. So mase kat pasar, aku ni jenis cepat je wat keputusan. Mane aku nampak ikan yang harga ok..segar. Aku ON je..kekeke..Aku dah pilih-pilih, Kak Zie ajak aku round lagi. Betol-betol sampai hujung dia round..hahaha. Sebijik PERANGAI MAK. Tapi Okey lah. Sebab aku leh jumpa ikan merah sekilo RM16.50. Niiiiiiiiiiicccceeee kan? Dapat Ikan Tenggiri. Ikan Cencaru n Ikan Selar. YES..Tak Payah nak g kedai lagi. Murah plak tu. X abis pong RM50.

PeTaNg :
Makcik aku ajak makan-makan kat SOHO Bangi. Sempena ape tah. Mak plak tibe-tibe cam malas nak joint. Dia penat lah ape lah. Aku whatsapp akak aku. Cakap MAK xnk pergi. So aku pong malas nak pergi. Tibe-tibe akak aku call..cakap dia nak pergi pasar, balik dari pasar terus fetch aku kat umah. Suruh aku siap-siap sb boleh pergi sekali..huhuhu. Aku pon laju-laju lah siap. X sempat pakai tudung dia dah sampai umah dah. Laju gile. OTW pergi tu abang aku no.3 call bgthu yang SOHO tutup hari ni. So tukar place. Dia cakap g tempat lain. Makan satay. Aku cakap, SATAY WILLY ke.? hahaha. Rupenya betol weh. Order 250cucuk satey..gile ape byk benor..memang x abis pon, sebab ade order side dish semua. Lepas tu makcik aku leh kuarkan KEK. wakakakaka....maka bernyanyi-nyanyi lah ramai-ramai kat tengah2 food court tu. Kakak aku sampai merah hidung dia malu..hahahha. Sebab birthday dia 6 Feb.  Once settled, kitorg decide g putrajaya. Ingatkan 1 keta..rupanya semua nk joint kecuali Cousin aku. Kak Ita. Melepak kat sana sampai kul 11 kat dataran perbadanan tu. Semua happy lah main lari-lari kan, sampai umah kul 11 lebih.


I Choose to be with my FAMILY during my weekend. Its more than worth :)






Wednesday, 5 February 2014

Buku Favorite korang ape?

Assalamualaikum wbt.

Bila cakap pasal buku, jangan lah relate kan dengan Al-Quran / Muqadam or Hadith ke hape. Memang tu bentuk buku, tapi yang tu Special Kategori ok...

Ni nak cakap pasal buku, kenape? Sebab aku baru je beli buku.
And aku dapati (geli aihh, terus igt capati) buku aku baca ni tak semua kawan-kawan aku akan baca.
Ye, kawan-kawan tu memang ramai. Tapi kawans yang aku refer is kawan sekolah menengah aku, kawan Poli cam dah jauh sikit, tapi still leh cakap kawans jugak. Kawan opis aku sekarang, and kawans yang sejiwa lah kunun.

Dorang bukan jenis x tahu baca, tapi bahan yang dibaca tu yang membezakan aku dan mereka. chiewaaah
Aku dulu memang layan novel-novel ni. Ekceli before ni pon aku dah start stay away from novel bila aku perasan yang aku dah tak mampu nak abiskan senaskah novel dalam masa 3 bulan..hak hak hak. Mental.!

Tapi bila aku start baca buku Wani Ardy (Langit Vanilla), lagi lah aku takleh nak accept novel-novel ni. Bagi aku (memang bukan bg orang lain) muahahahaha... Entah, pestaim bace terus jatuh cinta, pandang bace pertama. haaa githuuu terus tukar peribahasa. Aku suka kisah hidup seseorang yang suka duka gurau ke maki ke tertulis rather than bace apa yang writer imagine mostly wangi2 buat manusia terbang melayang2.

Aku suka bace benda yang real..Really happened. Sebab kena ngan jiwa. Contohnya, bila orang cerita angan-angan dia kat aku. Opkos aku akan dengar dan aku akan lupa. ngeeee...Tapi bila orang cerita pengalaman hidup dia. Macam time dia kecik-kecik dulu, time dia 1st time g interview. Apa-apa je lah. Aku akan amik tu as a lesson. "Iktibar" kata orang melayu. Dalam masa yang sama pengalaman dorang tu buat aku kenal sape dorang ni. Means, bila aku kenal ngan seseorang yang "reserved" or maybe sombong kata orang..aku takde lah terus nak label dia cam tu. Once aku dh dgr ape yang dia lalui..then aku akan cakap "No Wonder lah dia jadi macam tu" Ingatlah selalu. Things Happen For A Reason. 

My Favorite Book such As : 
Bogel Menuju Tuhan by Zahiril Azim.
Sperma Cinta
Sengih Kerang (baca ni leh imbau kenangan kanak-kanak beb)
Dari Tg Malim ke KLCC
Kitab Terfaktab
Tentang
Yasmin How You Know?

Yang belom masuk dalam list tapi bakal ada dalam list:
Puisi Tepi Jalan-Fynn Jamal.
Teringin sangat nak beli tapi belum ada jodoh lg. Tunggu sat naaaa...hehe

Penulis buku ni dh selamat menjadi Isteri Orang. Aku paling suka tajuk KASUT~!

Kalau tak kenal sape Yasmin Ahmad...hmmm x tau lah nak cakap. She is Superb gifted

Tajuk buku ni antara tulisan paling best dibaca

Memang tersengih...hehehe

Cinta pertama
Ni fav aku lah, and genre aku. korang pulak cemane?

Apa-apa pun, jadikan membaca amalan kita....baca status pon boleeeeyyy... :)

Tuesday, 4 February 2014

Penyedap Halwa Telinga


Solat Tahajjud taknak buat, 
dengar lagu Tahajjud cinta boleh pulak..hehehe


oppppsssss....