Pages

Sunday, 13 April 2014

PERCAYA TRIBUTE TO #MH370


A song that tribute to #MH370 tragedy.
A sad story to all Malaysian and to those affected.
Wherever you are, I really Hope You guys still Alive and Safe.
Andai tiada jodoh kita bertemu didunia fana ini,
In Shaa ALLAH kita PASTI bertemu diakhirat nanti.

Ameen Ya Rabb



Friday, 11 April 2014

#Sambung Selebriti bersama #AWI RAFAEL

Assalamualaikum.

Semenjak radio kereta ni dah x weng macam dulu, jadi aku setiap kali balik drive mesti dengar radio sementara nak hadap jammed kat LDP tu kan.
So pagi aku akan selalu dengar ERA.fm.
Sebab aku tak tahan dengan si jemah n kawan-kawan tu.
Kelakau beb...kadang-kadang tergelak kuat aku x tahan dalam keta sorang-sorang.
Orang nak pandang lantak pi lah..janji aku happy..hehe

Petang aku layan Adi Fashla dengan Zahid. Bagus berdua ni rajin RT Tweet aku. (eh?)
hahahahaha...
So bila petang, aku selalu dengar segmen #SambungSelebriti ni.
Pebenda #SambungSelebriti nih? haaa nak citer lah ni
ERA.fm akan suruh kita register kat website dia then kita kena message kat FB Adi or Zahid or Both.
Nak message ape? Message bagitahu yang korang nak borak dengan siapa (Selebriti pilihan / pojaan hati korang) dan boleh jugak nak surprise kan org tersayang dengan selebriti yang dorang minat)
Nanti selebriti tu akan call korang or sape2 yang korang suggest kan. (SWEET AN? AN AN An???)
Tiap - tiap hari aku melayan segmen tu. Kadang-kadang aku tergelak..ada part yang aku rasa touching gile. (Emosi babe time Dr. Fazley)


So aku pernah tweet Adi yang aku teringin nak cakap dengan #Awi Rafael..keh keh keh.

Sebulan yang lalu kot....Wink~~Winkk

Adi reply membakar betol....geram je masa tu nak reg ke taknak? Malu tapi mahu...heee :D


Tah kenape 3rd April tu aku saje gatal tangan nak register. Reason pon sempoi je. X memuja Xmembodek ke hape. Aku pon PM DJ berdua tu. Berharap pon ala kadar je lah. Confirm lah ribu2 yang register kan. Tapi dalam ala kadar tu ade gak aku berangan kengkonon aku dapat panggilan tu. Aku dah susun ayat dah nak cakap apa, nak tanya apa..text ucapan tu dh siap lah kata kan...hahahahha

7 April 2014, Aku g UM survey tempat sebab esoknya aku ada seminar kat Jabatan Kimia dalam tu. Balik tu mengadap jalan jammed. Mood pon kelaut sikit sebab ada benda yang x memuaskan hati. Aku whatsapp kakak aku nak amik Eein kat taska. Dengan tiba-tiba. BB punya batery drained. Terus mamp**. I is tensi. Elok je aku charge dalam 5 minit cam tu. Fon aku berdering. Aku tengok no yang call macam no Astro.



Tapi takkan laa...Aku jawab then line tu senyap..Aku ni dok laaa Hellooo...Helloooo..Ellooooooooooooooowww...tup tup aku dengar suara LELAKI.
Yes suara tu sama macam dalam TV. Sama sangat bila dengar dia bercakap....hahahaha...Hooomaaaiii...Hoomaiiii....Hooomaaaiiiiii...terus eksaited.
Kemain laju aku bercakap...tah apa-apa tah suara. Dasar feminat tak sedor diri katanye..kah kah kah

Apa-apa pun aku rasa ohsem sangat.
Yelah apa yang kita hajati tercapai kan? Meaning to says
ALLAH tu makbulkan doa-doa kita.
kena rajin doa lagi nih


Malam terus takleh tido senyum sampai kejang pipi kakak tauuuu...bertweet bagai. Ingat kan live lah kuar kat radio. Sekali aku dengar, STACY punya call...Balik aku citer kat MAK aku....hihihi. Esok aku suruh dia dengar. Pastu esoknya dia call..komplen apesal orang lain. "Aku ni nak sembahyang pon tangguh-tangguh..hahahaha..Sekali dongar orang cakap Nismilan" (WARIS pulak...bila turn aku ni??)

Rajin kan ADI and ZAHID RT

Then Rabu masa aku dalam keta nak balik, MAK aku call...dia cakap haaa lopeh ni nama ekau ni MAK donga tadi dio koba "Juliana Abdul Rahman.hahah sweet je MAK ni kan....terlebihhh sudah~! haha
Dengar petang tu betol suara aku...kekekekeke...malu lah ai is...*tutupmuka*

 Duhhh....Awi tu siap Reply..Adi siap Mention bagai....Ishhhh cair lah camni..hahaha

Siap Fans Group Awi pon dok RT and Reply....Tengkiuuuu


 
Pastu nak bagitahu, Imran Ajmain follow ittew....hahaha =,=

btw, thanks a lots kat Awi Rafael kat Adi Fashla and Zahid

Kalau korang pon nak rasa macam mana bestnya rasa yang aku dah rasa tu. Jemput lah daftar kat

http://www.era.fm/Program/ERA-fm/Petang-ERA/Sambung-Selebriti


AaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaNNNDDDDD

My Midnight Besfreng pon dengar segmen tu malam tadi. Ada ulangan. Dia terus call...hahahahhahhahahahaa....macih Chedah!

Thursday, 10 April 2014

Move On

Bismillahirohmanirrohim...

MOVE ON?
Dalam kehidupan kita ni, sedar atau tidak.
Yang kita semua pernah "move on" sometime memang kena "move on".
Kenapa MOVE ON?
Sebab life ni tak laaa smooth like what we expect and not like what we want it to.

Bila kita Move On ??
Saat-saat orang kesayangan kita tinggalkan kita, (samada hidup atau mati)
Saat-saat kehidupan kita jatuh, jatuh pada paras yang paling bawah mungkin.
Saat-saat kita hilang segala-galanya melainkan ALLAH.
Saat-saat kita rasa kitalah paling malang sekali dalam nasib =_=
Saat-saat kita rasa kita tak patut lalui semua ujian-ujian ni.
Saat-saat kita hadapi kenyataan yang perit (sakit, hilang upaya, etc)
Banyak lagi lah kalau kita nak list kan, betol x?

Kenapa kita patut or perlu MOVE ON?
1- Sebab masa berjalan kehadapan bukan kebelakang.
2- Memang ALLAH takkan ubah nasib seseorang jika tiada usaha untuk berubah.
2 point ni aku rasa dah paling Make Sense untuk kita paham Y? Y shud i?

Ingat SYURGA ALLAH itu mahal, bukan calang-calang orang.
Sebab tu bila kita hidup kat dunia ni, macam-macam dugaan kita dapat.
Kadang kita suka, kita terima dan kita boleh handle.
Kadang kita tak suka, kita terpaksa terima dan had to handle.
Atas bantuan ALLAH SWT, diri sendiri dan keadaan sekeliling.

Kenapa aku cakap pasal move on ni tetibe?
**Sebab aku terkesan dengan kisah kawan aku yang baru divorce then mengenangkan dilema dia yang tersepit antara perasaan diri sendiri, keluarga dan ex yang masih x berubah.
**Sebab aku almost hari-hari dengar luahan jiran aku yang ada masalah keluarga.

Semua orang ada masalah, semua orang ada rasa give up, semua orang rasa "ujian" bezanya situasi tu yg x sama.
Aku xnk cakap banyak sebab aku lack of experience, even tak pernah ada experience pon. (i is kan single)
Aku cuma xde experience bercerai ni, tapi aku ada experience "moving on".
Banyak kali ok.

Apa yang kita pernah lalui, kadang kita ambil sebagai pengajaran.
Jadikan ianya sebagai alasan membina diri sendiri.
Jadikan sebab untuk tidak ulangi kesilapan.