Pages

Wednesday, 20 August 2014

Rumahku Syurgaku

Hyeeee, Assalamualaikum. Sihat?? ;)

Kak Juju pon sihat je arini..ALHAMDULILLAH.
Belek-belek fon banyak gambar, so boleh lah up entry.

Sekarang menetap kat Taman Sri Puchong. Rumah Teres 2 tingkat, 2 bilik.
Rumah lama peninggalan arwah Abah untuk ahli keluarga. Semenjak semua dah kawin ni aku duk dengan MAK kat rumah ni. So kemas ke x kemas ke, ikut kitorang lah. Mana yang dan. Duk berdua. Apa ada hal...kan

So menjelang lebaran baru-baru ni, ade lah niat nak berhias sikit.
Actually, memang dah niat nak tukar set sofa. Nak amik yang simple-simple jer. 
Sebab yang lama tu dah tenggelam..hahahaha *bukan salah daku*
Lagipon pernah laaa orang tegur, eh macam sofa kt karaoke jeeee...choiii sangat!! hahaha


Ade budget lebih sikit, jadi mari lah kita membeli membelah and deco-deco sikit....


Sebelum raya aritu ade lah belikan MAK bunga kat nilai 3. Rupanya dia x minat bunga yang aku pilih tu. Bukan macam yang dia nak kononnya...huhuhu..Then aku pergi mydin, tengok bunga kat sana lagi murah-murah dan cantik. So aku beli je color kuning and putih ni. Time nk mencucuk tu, hentam sudah...hehehe..mane lah ahkak tau dek nonnn...ahkak bukan kreatip sangat...lols


Ni la sofanya. RM400.00 beli kat sri kembangan. Merah u olss..L SHAPE and kecik sikit. Sesuai dengan rumah. xoxo Actually dulang ni bukan dalam list, kebetulan masa tu pergi nilai 3 nak cari pinggan melamin sekilo RM10 cam tuh...pinggan pon main kilo?? dashit..hehehe..Tapi aku tahu ni memang taste MAK ni, aku pon beli jer. Murah jugak lah...RM39.90 bukan harga jadi ukuran  tapi kegembiraan MAK keutamaan aku... @_____@
 Lepas raya tu, pergi beli rak 3 tier ni, RM40 kot harganya. Kat Puchong perdana. Seronok lah MAK..sebab dapat hias balik pasu-pasu lama dia ni...Dulu nyaris nak campak ke longkang..laju je MAK pi kutip balik...hehehehe...

Jadi ini lah rumahku, syurgaku.
Alhamdulillah.

bye u olss,

Kak Juju

Tuesday, 19 August 2014

#TRIP - CAMERON HIGHLAND


Assalamualaikum :)

Semalam sempat draft gambar, tapi ayat tak sempat taip. Kan best kalau keyboard ni jenis suara..ehekss *dasaaaaar pemalas sangat kan?*

Memandangkan raya tahun ni jatuh senin and selase, so aku amik cuti 3hari. Ikut kawan2 opis semua cuti direct seminggu. Tapi sebelum raya tu aku tanya adik-adik aku (Mona & Che) dorang cuti berapa lama? Tetibe berdua tu cakap cuti rabu then sambung isnin & selase next weeknya. Sebab masing-masing tak kemane...Lagipon cuti Che x approve minggu raya tu. 

Plan awal nak kembara ke Johor, sebab Mak request nak beraya ke Johor. Aku jadi driver dia. Boleh tarak hal tapi memandangkan kesihatan Mak x berape elok kalau perjalanan jauh, specially kaki dia mudah bengkak kalau terlalu lama dalam kereta. aku kesian pulak nanti x selesa kan. Jadi kita CANCEL plan tu. 

Aku cakap dengan Mona, kalau x jadi ke Johor, aku nak pegi bercuti kat somewhere else, lagipon masa kitorang cuti, orang lain dah sibuk kerja. so jalan memang clear wa cakap lu. Memula decide nak pegi PENANG, maklum lah...aku memang suka pegi PENANG sebab sana makan-makan best...*oh gumuksss! 


Lepas tanya budget bagai, tup-tup offer dorang another choice. Jom CAMERON. Sejuk sikit, xde lah hangin sangat kalau penat...kan? So everyone pon macam "lets jom". Khamis and Jumaat keja, terus online booking Hotel. X payah nak meriah sangat, kita amik yang boleh masuk 3 orang and paling penting SELESA! jyeaaahh

Ahad pagi tu terus gerak ke Cameron, jalan clear beberape jam dah sampai cameron. ALHAMDULILLAH. 


Moh ler layan gambar k :)




Sampai-sampai je terus ke pasar yang jual macam-macam tu. Sebelum Brinchang...apeketah namanya. Sebelum sampai cameron aku pon confident cakap kat dorang, kimchi goreng dia sedap...hahahahhaa bila sampai sana tengok-tengok orang tulis "KIMCAM" cam harom aku kena bahan ngan bebudak dua ekor tuh! hahahaha



Lepas Check - In bagai, rest kejap. Pi tapau nasi kat food Court dia yang bagai baru lepas diserang...hehe..Dorang nak ajak petik strawbery, aku pon bawak lah pegi strawbery farm sekali masuk je charge RM25. Max:2 person....ishhhhh mengarut sangat uncle india tu haih...udoh2, kita bergambor je. Lagipon stoberi dia kecik-kecik..hahahaha...selambe je kutuk!



Sesuatu sangat cactus kat kedai uncle india ni...benih ape dia guna erkkk? haha

Dengan adik bongsu termuda (CHE) yang cool tapi suka memberontak! hahahah kejap-kejap kang melawan..hehe

Yang ni lagi sorang adik (MONA) suka repeat ayat sama, kalau suruh mandi tu selang seminit suruh...hahaha manelah si CHE tu tak hangin, kang bila che tu menjawab dia pulak sentap..tapi kejap jer sentap dorang tu. Masalahnya aku ni yg tak tahan nak nengok perangai dorang. kakak kau ni perati je perangai korang ni. Layan je.....puih!

Bunga-bunga cintaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...auww :p







THR33 of US yang plan, pastu kira-kira budget pastu kang setuju, then sampai dah kat CH. Simple jer bunyinya kan? Padahal aku nak kena jawab 50 soalan sebelum dapat jawapan "ON" tu...Stress kita tau kalau deal dengan dorang, meaning to say kalau nak kemane-mane dengan dorang paling tidak ko kena kira budget dulu, survey dulu kat tempat ada apa, pastu activity apa nak buat, berapa orang yang pergi, pukul brape nak bertolak, nak PAKAI BAJU Apa??????? huwaaaaaaaaaaaaaaaaa :'( cenggitu lah setiap kalinya!!! paham sangat dah...hehehe Sorry Mona n Che. :p

Lepas tu gerak ke Bharat Teh sebab nak bawak MONA tengok Ladang Teh...kekekekeke.... Mona gigit bibir je lah tahan geram kan? sebab asyik mention nama dia je...hahahaha




 Mona dah kurus lah sekarang, kakak jeles....



 Macam-macam Version melompat tapi amik yang ni je...


Dedaun nan hijau, sesejuk mata memandang. Suka cameron sebab sejuk baq hanggg...If letih berjalan sekali pon tapi kalau angin tu dingin jer, xde lah penat sampai nak moody kan? CAKAP "YA" Sekarang!! hiihii


Malam tu pekena steamboat, sedapnya lah hai dengan sejuknya pastu hirup sup panas-panas...sesuai sangat. Tapi kak juju order chicken chop. Auwww taste nak western je...k0nOn O_O


Memandangkan tidur CH satu malam je, budget x berapa nak ade tu sempat lagi hilangkan kad bilik...Tak memasal je kene denda DOPLOH Hengget...Nasib lah Doploh...itupon rasa macam, adoiiii guiltynya. How lah kan? Thing happened. Bayar je lah. So next day pegi membeli membelah, konon pegi just nak tidor je...Beratus jugak lah nyopping sayur. Yang berdua tu specially CHE memborong bantal. G sini pegang bantal, g sana pegang bantal..hahahaha.

Ada gak lah bende kelakar yang jadi, time dorang nak shopping bantal tu..hehehe...Mula-mula bagi diskaun, lepas tu owner dia tarik balik diskaun, reason dia sebab bentuk bantal x sama...bongok2 je kene main. Dah lah yg jual tu foreigners. Ape kita pulak yang kene bargain dengan dia...cissss!!!


Last pit Stop kat Taman Lavender. Eh, ke kat kedai orang Asli tu??? hahaha

Tapi serius, taman lavender ni memang cantik...untuk bergambar memang we olsss suggest lah, lagi-2 bergambar dengan MICKEY tu....Kalau ke sana x bergambar dengan mickey, maka RM5 tu dikira sebagai sia-sia..muahahahahaha. So kepada kengkawan sila bergambar dengan mickey okey??? O,O

Isshhh..penat lah membebel...lets cuci mata. Tengok gambar je k...





Kasi LEHA paneh hati tengok Hello Kitty dengan Antiju

haaaaaaaaaaaaaa, cantiknya bunga-bunga ni...cam nak bawak balik Puchong :/



Sayang kat budak dua orang ni. Sporting, Memahami, Kelakar, Gila, baik lak tu. i luffchiuuuu adiks!!

Ni lah MICKEY yang dimaksudkan... INGAT pesan Kakak juju ni tau. PASTIKAN berselfie dengan MICKEY..kekekekeke :p


Note : Picture ihsan dari Ipad CHE

looking forward to the next Trip! yeaahhhh

Bye,

Kak Juju

Friday, 15 August 2014

eeee lamanya menyepi

Assalamualaikum...hi, hello! :)

Lamanya kak juju x hapdate belog ni.. since nak celebrate birthday yang ke 20 30 aritu..kan?
Yelaaa, bulan puasa busy, bangun awal pagi masak. balik kerja rushing untuk berbuka. Malam kalau x letih, ke surau. bizi benor ai ols. itu lah kisah bulan Ramadhan.

MAK? ALHAMDULILLAH, sepanjang ramadhan ni MAK berjaya puasa penuh. Bersahur berdua, berbuka bersama. How sweet, right? Kami lah anak beranak yang kadang gaduh kadang baik. huhuhu...Taknak fikir macam mana kalau ALLAH ambil salah sorang, kalau takda jodoh aku harap amik lah kami sama-sama. huhu

RAYA pulak kali ni semua adik beradik yang berkeluarga raya umah mentua memasing. Yang xde mentua or takda suami terpaksa lah memeriahkan raya secara sederhana. Kumpul kat umah ita, memang boring lah i tell u, ape pon x buat malam raya tu. Tidur kul brape tah, pagi raya kul 9lebih baru bangun. Ishhh, malu! hahaha..Around 12 tu gerak balik kampung. 2 kereta. Konvoy, aku berdua dengan MAK another car MAK AN Familys. So sempat lah pergi fews rumah yang memang penting lah. Means tiap tahun selalunya kita akan ziarah rumah tu time raya.

Raya ketiga aku dah start balik rumah, raya ke4 aku naik kerja. Stress giler keja time org lain (muslim staff) takde. Macam tempat lepas geram je aku rasa time tu...huhuhu. Buat ape serba x kena. Keja Khamis and Jumaat, then Senin ngan selase aku cuti balik..kemane? itu nanti aku update ok.

STILL SINGLE? yes i.am! y bother??? hahaha

banyak nak cerita. nanti lah yek..satu persatu

jumpa lagi nanti...lufchiu