Pages

Thursday, 6 November 2014

USTAZ EBIT LIEW

Assalamualaikum.

Semalam seharian aku dengar ceramah ustaz Ebit Liew. Aku suka Ustaz tu..Aku mmg suka ustaz tu punye talk. Bicaranya lembut, suaranya sayu dan aku rasa it touch my heart. Serious.

Aku nangis kaw-kaw bila dengar pasal tajuk IBU, ENGKAULAH RATU HATI KU (if im not mistaken). Ustaz tu ada lah cerita kisah seorang hamba ALLAH yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW. Kisah seorang anak yang menjaga ibunya. Mendoakan ibunya setiap masa. Aku skrg ni dpt peluang tu, tapi aku x sehebat hamba ALLAH tu. Kadang-kadang aku tewas, aku rasa letih, aku mengeluh, mengadu..Bukan aku x redho, sekadar nak berkongsi rasa beban dalam hati. Aku sayang MAK. Aku suka ALLAH pilih aku untuk pikul tanggungjawab ni. Aku sayang ALLAH. Aku syukur padaNYA. Syukur sangat-sangat. ALLAH sangat - sangat BAIK. Sangat-sangat.



Seronok dengar ceramah ustaz ni, boleh mengalirkan airmata. Semoga ALLAH memberkati semua usaha ustaz. Amin :)

Wednesday, 8 October 2014

#Manusia Bertopeng


Manusia itu lain benar hati budinya
Tak peduli apa hubung kait ikatan
semahunya engkau mencetus sengketa
Dosa ape yang terpalit di hati 
sehingga terbuta mata dan jiwa
Hilanglah sayang, timbullah benci

Kerana mulut lebih berbisa dari patukkan ular
Lebih tajam dari sang pisau
Lebih panas dari api

Sungguh aku tak mengerti
ape mahunya engkau 
menjadikan keadaan tegang begini

Benar
aku melepas marah untuk membela hati sang IBU
Namun
bagaimana sanggup engkau melukai hati wanita tua itu umpama diri sendiri
Kelak
Ko merasa apa yang telah kau sakiti

Kerana mulut badan binasa
zahir tak kelihatan, batin merana siapa yang tahu?
terhukum dengan keterlanjuran lidah
tersiksa oleh hati berunsur dengki

Sayang engkau berlindung dibalik wajah 
perilaku umpama maksum
hakikatnya kami dan ALLAH telah tahu
Engkau memilih menjadi MANUSIA BERTOPENG




nukilan,
Juliana Abdul Rahman
9th October 2014

Thursday, 18 September 2014

Tiba-tiba sedih

Assalamualaikum

Lately ni, aku rajin lepak ngan comel.
Maybe semenjak Mak dia meninggal, so kitorang macam close jugak lah.
Lagipon kenal dia dah lama..since skolah menengah lagi.
Kawan - kawan cam tu je lah, tak rapat sangat sebab aku more tu kawan lagi sorg. Shida.
Comel ni dari zaman remaje sorang yang ceria and ligat. Thats why lah jugak aku x mampu nak follow rentak dia. Maklum laaa, bapak aku garang gile...ishhh, seram lah kalau nak ingat penampau buaya abah pernah bagi aku 2 das dulu..huhu

Comel dengan aku sama-sama bujang, walaupon sebelum ni dia pernah bertunang..
Tapi dengarnya kecundang halfway. i dun understand. so lets considered tak ada jodoh.
Mak dia meninggal due to kanser usus...sebelum ni pon macam banyak lah kanser kena.
Dah tertulis takdirnya gitu. Aku x sempat ziarah MAK dia kt spital.
Masa aku nak pergi hospital, Comel balik rumah. Pastu masing-masing busy nak raya.
Dalam bulan syawal, ALLAH jemput MAK dia kembali. Innalillah.
Aku sempat ziarah waktu Mak dia tengah nazak. And pagi sebelum arwah dimandi/kafankan.

Lepas MAK dia meninggal, we ols still keep in touch.
Till bila x ingat, tapi ade sekali dia dtg raya kat rumah.
Aku buat laksa dat time..buat sekilo ikan, laksa sebungkus..hahahaa
Memang x cukup laaa...tapi apa-apa pon mesti make sure tetamu makan.
Kebetulan kakak aku serbu 1 family. aku dengan busuk2nya...
melayan tetamu. Nak wat cemane..huhu...tak sempat.

Comel datang bawak future husband dia. Orangnya boleh tahan, gaya macam seorang gomen. polis or soljar. Faizal namanya. Ok laaa..sebab sempoi je. Tak sombong.
Pastu comel cerita pasal hubungan dia dengan bf dia belom diwar-warkan pada family.
Dia risau, kalau-kalau mendapat tentangan keluarga. Mungkin sebab dorang sepupu yang rapat.
Takpe kita doakan yang baik-baik untuk dia dan pasangan.

Lepas pada beraya tu, comel still contact-contact. Aku anggap dia bosan and sunyi sejak Mak dia Meninggal. Aku pon sorang, so sementara free ni, boleh lah aku temankan kalau dia nak kemana-mana. Tapi as usual, aku pon ada tanggungjawab, tak boleh nak huha-huha lebih-lebih. Sebab aku ada MAK yang aku kena jaga. 1st time aku keluar dengan comel masa tu hari merdeka. Dari pagi keluar sampai malam baru balik...lama betol..haishh..

pastu ada lah few times yang pergi tgk wyg lah, berbasikal lah, then invite dia makan and masak kat rumah.
Lama-lama macam close pulak. Sampai lah 1 hari tu, dia cakap yang faizal nak confront dengan family dia tentang hubungan dorang, comel nervous and quite runsing kot memikirkan pasal ni. Aku keluar dengan dia g makan, g pasar malam semua. Next day tu, dia call....Dia bagitahu, yang family faizal setuju and restu. Meaning to says dorang dah bersedia untuk kahwin. Aku happy (tipu). Actually aku nangis...tibe-tibe aku sedih, aku rasa...im going to lose another friend. iskkk...iskkk... :(

Aku menangis, kenapa pulak comel nak kawen ni...alahaiiii..hurmmmmmm kena tinggal lg lah ni.
Tapi tu lah, hari tu jelah sedihnya...pastu dah normal balik..hahahhaa..gile kan? fitrah lah manusia ni, teringin nak hidup berpasangan, jeles tgk psngn lain. itu aku rasa fitrah. aku memang nak, cuma takdir belom menyebelahi aku.

Walau apa pon. life must go on. Kalau dah jodoh dia sampai dulu, ape yang boleh kita buat. Doakan kebahagiaan dorang. Dalam masa yang sama, doa untuk diri sendiri jugak.

InsyaALLAH kalau takde didunia, akhirat kan ada. Janji ALLAH itu benar :)