Pages

Thursday, 6 November 2014

#playlist AL NURAA



Yang hidup pasti mati.
Yang menjadi persoalannya, 
BERSEDIAKAH KITA?



*nangis*

USTAZ EBIT LIEW

Assalamualaikum.

Semalam seharian aku dengar ceramah ustaz Ebit Liew. Aku suka Ustaz tu..Aku mmg suka ustaz tu punye talk. Bicaranya lembut, suaranya sayu dan aku rasa it touch my heart. Serious.

Aku nangis kaw-kaw bila dengar pasal tajuk IBU, ENGKAULAH RATU HATI KU (if im not mistaken). Ustaz tu ada lah cerita kisah seorang hamba ALLAH yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW. Kisah seorang anak yang menjaga ibunya. Mendoakan ibunya setiap masa. Aku skrg ni dpt peluang tu, tapi aku x sehebat hamba ALLAH tu. Kadang-kadang aku tewas, aku rasa letih, aku mengeluh, mengadu..Bukan aku x redho, sekadar nak berkongsi rasa beban dalam hati. Aku sayang MAK. Aku suka ALLAH pilih aku untuk pikul tanggungjawab ni. Aku sayang ALLAH. Aku syukur padaNYA. Syukur sangat-sangat. ALLAH sangat - sangat BAIK. Sangat-sangat.



Seronok dengar ceramah ustaz ni, boleh mengalirkan airmata. Semoga ALLAH memberkati semua usaha ustaz. Amin :)

Wednesday, 8 October 2014

#Manusia Bertopeng


Manusia itu lain benar hati budinya
Tak peduli apa hubung kait ikatan
semahunya engkau mencetus sengketa
Dosa ape yang terpalit di hati 
sehingga terbuta mata dan jiwa
Hilanglah sayang, timbullah benci

Kerana mulut lebih berbisa dari patukkan ular
Lebih tajam dari sang pisau
Lebih panas dari api

Sungguh aku tak mengerti
ape mahunya engkau 
menjadikan keadaan tegang begini

Benar
aku melepas marah untuk membela hati sang IBU
Namun
bagaimana sanggup engkau melukai hati wanita tua itu umpama diri sendiri
Kelak
Ko merasa apa yang telah kau sakiti

Kerana mulut badan binasa
zahir tak kelihatan, batin merana siapa yang tahu?
terhukum dengan keterlanjuran lidah
tersiksa oleh hati berunsur dengki

Sayang engkau berlindung dibalik wajah 
perilaku umpama maksum
hakikatnya kami dan ALLAH telah tahu
Engkau memilih menjadi MANUSIA BERTOPENG




nukilan,
Juliana Abdul Rahman
9th October 2014