Pages

Thursday, 27 June 2013

Tiramisu Cake Homemade

Assalamualaikum.

Actually, aku tak tahu macam mana nak mula. Apa ayat yang sepatutnya, tapi aku nak Berterima Qaseh kat kak ida. Sebab dia selalu ada untuk jadi pendengar aku bila mana aku susah. Dia ambil berat, dia bagi nasihat and the best part is....dia selalu gelak kalau aku wat lawak dan gelak dia tu BEST and Cool je kalau dengar.. hahaa..comel. Bila dia ada masalah, selalunya dia diam je. Buat keja sorang-sorang dia je. Dah kewl sikit, baru dia start cerita sikit2..itu pon sikit je lah. Takpe aku paham, kadang x semua benda nak reveal. Aku suka Kak Ida ni sebab apa? aku pon x tahu. Tapi masa 1st time keja kt Metrohm ni, aku cuak jugak. Nanti nak kawan dengan sape? Nak lunch dengan sape? But so far, ALHAMDULILLAH. Mereka yang ada disini baik-baik belaka kecuali Mr. W...x suke dia..huh~~! (eh, tgh gumbira tak boleh marah) huhu

Ok, sebenarnya nak cerita pasal kak ida ni haaa...dia ni memang jenis sekepala..Ajak shopping pon best...tak shopping, g window pon best..Shopping stationery opis pon jadi. boleh? hahaha. So pagi tadi dia datang office macam biasa tapi dengan sesuatu di tangan. Dia buatkan KEK TIRAMISU. Ya ALLAH, Terharu sangat. Rasa mcm nak nangis, bergenang lah jugak air mata ni haaaa..


Kek untuk aku bawak ke cameron highland nanti. :) Sebab aku nak naik cameron esok. Bercuti berdua dengan MAK. Saja bawak MAK jalan-jalan. Dia kan dah lama x jalan-jalan. MAK pon suka cake ni, dia minat Tiramisu rupanya. Memula dulu tahu dia suka cheese cake je. *confuse, ni entry KAK IDA ke entry MAK? haha @_____________@

Ok, back to reality..Kak Ida ni aku dah anggap macam kakak sendiri. So Far, aku memang rapat dengan dia. Sometime i ask some advice from her. Orang dh ada family, dh tahu mane baik mane buruk. So dia pon anggap kitorg kt opis ni mcm adik2 dia. hehe (yeke?suko ati ekau yo claimed sendiri..haha)

Apa-apa pun, bukan kek ni yang buat aku sayang kt dia. Tapi Kasih Sayang dari sorang kakak buat si adik plus dia buat kek ni special untuk MAK. So i do appreciate and berdoa moga rezeki Kak Ida lebih berganda-ganda, diberkati dan berbahagia sentiasa. Amin Ya Rabbi :)

Bila kita baik dengan orang, ALLAH akan hadirkan orang-orang yang baik untuk kita juga. Wallahualam

Last but not least "HAPPY BIRTHDAY TO ME~~!!" 

Wednesday, 19 June 2013

Hari INI Hari Bahgia..

Salam..

ALHAMDULILLAH,

Pagi ni bermula dengan baik. 1stly mesti lah sebab aku dah baik dengan MAK kan. Biasa la majuk-majuk manje tu kan. Time gaduhnya sampai bengkak lah mata ko melalak kan. Malam tadi MAK balik rumah, before dia balik..Aku dh siap kemas umah bersih-bersih. And paling penting aku dah pergi beli tilam. haaa, 9" tebalnya..Kalah tebal LEHA..hahaha..So malam tadi borak sikit, kasi warm up dulu relationship..perghhh mcm couple..hihi. tu la x menyempat nak cerita, mula dengan pagi tapi isi situasi malam, no wonder Bahasa Melayu ko 5 je, june..ni lah sobab eh..muhahaha

Tak ingat brand ape, tapi 9inch with 10years warranty. yer sangat lah tu..huhu

So ni betol pagi td punye celita, aku bangun awal. Sebab nak siapkan mak (tipu je, sebab dia siap sendiri), aku just prepare dia Hot Milo dengan Biscuit sebab MAK cakap abang Yus amik dia awal arini. Tapi aku cam pelik MAK punya appoitment (laser mata arini) kul 11. Tapi kul 7 dia dah semangat tunggu kat depan umah..ahahaha...X tau dia deal mcm mane dengan abang aku. Tadi kul 1pm cam tu dia call dah siap semua, then dia cakap abg aku dtg kul sploh..kan dh cakap dh..urmmmm...So masa dia dh siap, turn aku lah siap nak g keja. Aku pon siap2 semua, MAK aku panggil..DIK sini jap, Aku pon meluru terus salam n cium tangan dia mintak maaf. huhu :( pastu dia cakap MAK sayang kat ko ni..Tapi ko suka marah MAK. huhu..Ko la segalanya, kita ni berdua je sekarang..pastu cium-cium..wah,gitu lah citernya. Sayu memang sayu tapi aku suka je...ahaksss..manenya tak, seronok lah MAK cakap dia sayang aku kan....kembang kempis idung tu jam jugak. Bawak keta pon kemain lagi berbunga-bunga. :) hewhewhew

Adik lagi sayang MAK tau...sangat-sangat..cium MAK doplohjutakali


Lunch hour plak aku, kak ida and shima merendek pi makan Sushi King sempena BONANZA RM3 per plate tu. Makan pon biasa2 je sebab aku x kenyang sangat and x lapa sangat. sedang-sedang je. Pastu kak ida offered dia nak belanja today..ALHAMDULILLAH...HEPIIIII...Thank You Kak Ida, even dia tengah stress keja...dia sudi plak nak belanja kami yang tak seberapa ini...kheeennn...Moga ALLAH saja yang membalas dan meluaskan rezeki mu kak. Amin Ya Rabbi.





 Kak Ida and SHima

AKu biasa lah....tah ape2 je snap gamba..bedal je lah kan...



Monday, 17 June 2013

MAK vs AKU

Semalam..sedih, air mata, bengkak, non stop.

Aku tak tahu nak gambarkan perasaan, situasi yang berlaku. Cukup menyedihkan, cukup menyesakkan dada. Aku salah..aku berdosa..aku tewas dalam menangani erti sabar.

Aku tahu MAK sakit, dia terhimpit dengan masalah kesihatan. Dia tanggung benda sama mcam aku. Beza cuma kerisauan dia dan aku sama tapi tak serupa. Ya, Sama sebab masing-masing risau untuk each other. Aku paham MAK..MAK pon paham aku. Tapi semalam sampai hari ni aku rasa beban masih belom reda. Aku LOST / KECEWA / DOWN / TIRED / GIVE UP untuk kesekian kalinya. *Diam, Tunduk*

Lepas ni kalau MAK dh tak ada (andai terjadi), aku memang dah takda sapa-sapa lg dalam dunia. Ya, aku ada 5 adik beradik. Tapi semuanya buat hal masing-masing. Yang kakak macam ni, yang abang macam ni, yang adik macam ni. Aku kalau kat luar, dengan kawan-kawan..Aku lah yang paling happy. Tapi kalau dalam family, aku diam. Aku malas nak bersuara. Aku ni tak setaraf diorang. Hurmmmmmmm....

Siblings pada aku cuma masa hari raya jer. Orang lain seronok ada abang, ada kakak untuk share everythings tapi aku x boleh camtu. Mungkin sebab kami dibesarkan oleh individu yang berlainan. Corak pemikiran, semuanya x sama. Lain acuan, lain lah bentuknya. X gitu. Tak boleh reveal everythings sebab, BAHAYA.

Aku sayangkan MAK. Sangat-sangat. Aku rasa aku ni useless..bila aku tak mampu nak tunaikan hajat dia. Aku sedih, aku cuba piker alternative. Tapi bila aku suarakan hajat aku, ikut kemampuan aku. Mak aku balas dengan jawapan yang mematikan segala hasrat. Betol cakap kak zan...Mati tu Pasti..tapi x payah la nak mintak-mintak. Aku rasa benci bila aku je yang asyik berdoa untuk panjangkan umur MAK, sedangkan MAK asyik cakap dia nak mati nak mati nak mati. Habis aku ni ape? aku nanti macam mane? Mak xnak pon fikir prasaan aku. Aku ni tiap malam..sebelum tidor piker MAK ni macam mane. Aku tahu MAK pon piker benda sama. Aku dah besar, tapi aku ni jadi beban kt kepala dia. Aku pon taknak takdir mcm ni. Tapi aku xde pilihan. Aku dengan MAK kena terima segala ketentuan. Dah nasib mcm ni. Nak buat macam mana, kan.

Sekarang aku duk umah sorang-sorang. Balik rumah..Sunyi. Kosong je. Aku selalu tutup pintu umah sambil dlm hati cakap.. Macam ni laa kalau mak takda. EMPTY. Tapi beza prasaan tu, sebab kita tahu MAK tu hidup lagi. Bila-bila kita nak..kita boleh call je tanya khabar. Bila-bila perlu kita boleh jengah dia tengok dia tido dengan dia.

Entah laaa....aku bingung. aku sebak..aku sesak. Aku perlukan masa untuk bertenang. :(