Pages

Wednesday, 3 April 2013

Parlimen Bubar aku geli hati

Haaaa, amboi amboi amboi sangat tajuk..kan? teheeeheee :p


Geli Hati bile terbaca status-status dilaman sosial.
Especially Facebook.
Sejak Parlimen Bubar kurang lebih 11.35am tadi, macam-macam status up kat facebook.
Ada yang post own status, ada yang like, ada komen, ada yang buat troll pasal undi Hantu Kak Limah
Eh, suka korangs kan...? Tak sabar nak mengundi lettew..hik hik hik

Ini cuma Pandangan..
Dalam Tempoh berkempen kan lebih baik war-warkan kebaikan berbanding keburukkan parti lain.
Bersaing lah secara sihat, kalau masing-masing nak dabik dada bagitahu yang sana corrupt, yang situ scandal, yang sinun sesat. Macam lah masing-masing tu SEMPURNA.
Sudahnya minda masyarakat makin lama makin NEGATIF la.
Sebab input dan bahan yang dicanang-canang semuanya berbaur NEGATIF. Jangankan orang dewasa yang cerdik pandai..budak-budak yang belom faham apa-apa pon akan tersalah faham.

Yang dok sibuk berkempen pon bukan lah calang-calang, sebab masing-masing ada pandangan ada pendirian ada kepala otak nak berfikir..kan
Ada jugak yang salahkan media massa, media cetak. Setiap parti ada majalah sendiri, ada akhbar sendiri. Rasa banyak duit haaa pegi beli media yang paling ramai feminat. Ibarat macam, ni aku punya..so aku punya suka lah nak buat ape pun.

Apapun sokongan anda pada sesuatu parti, jangan lah terlalu taksub, sampai tak nampak kebaikkan sesuatu parti yang lain. Masing-masing ada lebih dan ada kurang.

Be Wise, Choose the Best. Undi Anda Adalah Rahsia.

Saya PILIH MALAYSIA YANG AMAN MAKMUR, MAJU DAN BERJAYA



No comments:

Post a Comment