Sayu plak hati ni bila nk review sepanjang tahun 2013 ni.
Sepanjang tahun banyak sangat benda kita dah lalui. Yang pahit dan yang manis. Like seriously, i go through all?? Sebab kadang-kadang kita tak sangka yang kita berjaya hadapi dengan senyuman. Walaupon benda tu pahit.
Alhamdulillah, dah setahun aku keja kat Metrohm ni. So far, so GOOD. ALLAH jua yang memberi rezeki.
Kesihatan MAK pon tak menentu. Kadang baik kadang teruk sikit. Turun Naik. Satu2nya harapan aku untuk melihat dia sihat dan panjang umur. Satu-satunya harapan MAK nak tengok aku naik pelamin. Semoga kedua2nya dimakbulkan.
Susah macam mana pon hidup.. tetap diteruskan. Suka atau x suka tetap jua diteruskan. :)
Apa yang dah berlaku, tetap berlaku.
Apa yang akan datang, kita rancang sebaik2nya. Semoga rancangan kita direstui dan diberkati.
Sempena Tahun Baru ni,
Aku berazam untuk memulakan hidup dengan matlamat yang mudah untuk dicapai. In Shaa ALLAH.
Untuk sesiapa yang terbaca blog ni,
Aku ucapkan selamat Tahun Baru. Semoga kalian ceria, gembira, sihat dan panjang umur.
HAPPY NEW YEAR 2014
No comments:
Post a Comment