Pages

Wednesday, 31 December 2014

Selamat Tinggal 2.0.1.4

Bismillahirrohmanirrohim.......


Setahun dah berlalu. Banyak suka duka dan airmata yang mengalir sepanjang tahun ini. Kadang-kadang bila tengok balik hari-hari yang telah berlalu, rasa macam eh jauhnya perjalanan hidup aku. i can't imagine, how can i go through it. Especially, masa MAK sakit tu. 



Untuk 2014 ni, antara yang menarik bila aku dapat bercuti bersama kakak aku kat Terengganu, ngan kawan office kat Singapore, dengan MAK kat PD dan dengan kawan-kawan ke Sabah ke Bukit Tinggi. Alhamdulillah. Besar dan banyak rezeki ALLAH bagi. Syukur.



Dan tak lupa kisah yang pahit. Yang buat aku benci daripada sorang now dah jadi 3 orang. Semuanya sebab mulut lahanat hazam tu. Mulut penyampai..mulut puaka. benci aku kenangkan perangai dan perbuatan dia. Benci tu terus sampai kat abang aku. Benci sampai aku xnk tengok muka dia. Kalau boleh, aku x hingin lah nk ada kaitan darah daging. Kalau lah boleh padam. hmmmm....tambah lagi list benci tu kat sepupu aku. Bila recently, aku jumpa dia and time aku nak salam tu dia punya tak pandang muka aku. time tu aku rasa, podaaaahhhh ko ingat ko kaya, aku kene melutut kat ko ke? aku ni punyalah takde cari pasal dengan dia. Tapi dia punya respond macam aku salaah banyak kat dia..ewah..buat muka masam, xnk pandang muka aku. Do i care? Lain lah aku ada cari pasal dengan dia. Ni aku mmg xda masalah, pastu dia nk tarik muka. Sorry, orang lain mungkin leh bodek orang-orang kaya. For me, respect yang baik x kisah kaya ke miskin. So i will treat her like she does. hohohohoho.



ok thats was another bad and horrible story. Ignored.



So overall my 1 years back and i still considered it was a wonderful year for me. Even tho too many things happened. I assume all the challenging i face is part of LIFE. Normal lah..hidup memanjang senang x seronok gaks. 



Sesekali ada drama air mata, ada marah, ada gelak ketawa, ada kenangan manis. ok lah tu...why ask for more kan? Syukur dah ALLAH bg segalanya. itupon culas2 je buat ibadah. Kalau jenis istiqamah, agaknya lagi mcm2 ALLAH reward. 

So, my hope for the next 365days. Semoga umur aku and MAK masih panjang. Diberi kesihatan yang baik, untuk melangsaikan misi 10000 itu. Mudah-mudahan. Nak melancong ke lebih banyak tempat, untuk menikmati alam semesta. Nak memperkukuhkan keseluruhan iman didada. Semoga lebih istiqamah. Mulakan dengan misi-misi yang lebih kecil dan mudah dicapai. 

Selamat Tahun Baru u olssss...~~ 

Tuesday, 30 December 2014

Ujian itu ada Kemanisannya

Bismillahirrohmanirrohim...

29Dec2014, berkesempatan menjengah TESCO EXTRA Puchong.
Terselit rasa bangga, happy, teruja and sayu saat tiba kat area parking lot tu.
Oh, sebelum terlupa...Kat Tesco Extra Puchong ada buat event untuk kumpul barang-barang yang kita nak agih2 kepada Mangsa-mangsa banjir.

Belom masuk parking pon dah jem jalan. Berebut-rebut tangan nak hulurkan bantuan.
I'm so Proud of MALAYSIAN. Kita sangat prihatin.. Alhamdulillah. Yayyy~!!!

Sedih memang sedih, tengok mereka yang terlibat dengan bencana ni. Sangat tidak disangka.
Dalam kesedihan itu terselit rasa jengkel dengan segelintir manusia..yang komplen-komplen-komplen. Komplen orang tu, komplen orang ni. Ada saja yang tak kena. haishh... No Good!

Aku play save, aku share benda elok-elok je. Aku cari alternative sendiri untuk membantu mana yang patut. its totally about kemanusiaan. Kalau sampai saat genting macam ni masih nak cari salah orang, rasanya elok kalau dia saja yang menjadi mangsa kejadian..huhu. keeennnn..

tengok bantuan dari orang ramai melalui FB, aku terus tukar point of view aku tentang bencana ni dari sudut positive. Mana taknya, semua rakyat Malaysia (kebanyakkan) berganding bahu berkongsi rasa dan beban antara 1 sama lain. We do our part as best as we can. Mana ada duit, bg duit. Ada pakaian bg pakaian, tak kurang yang menyumbang tenaga untuk menolong paling tidak pon mereka berdoa untuk kesejahteraan semua. i am still proud of! Hats Off untuk sesiapa yang telah membantu.

Dan selepas ini, harapnya semua yang terlibat redha dan terus bangkit meredah ujian ini dengan hati yang terbuka. Menerima setiap yang terjadi sebagai hukum alam. Dunia ini semakin tua, untuk memikul segala macam jenis perangai penghuninya. Doaku sentiasa untuk kalian. Semoga ikatan silaturrahim setiap negeri semakin utuh dan terjalin dengan baik. Kita betolkan mana yang kurang. InsyaALLAH.





Tuesday, 23 December 2014

Happy Birthday Kekasih Hati

Assalamualaikum wbt.

Hari ini 23/12/2014 Birthday MAK yang ku paling kasihi dan sayangi.
MAK ni sangat kuat and tabah orangnya.
Dalam keadaan tak berapa kuat, tapi still dia gagahi diri untuk melalui kehidupannya.
Siapalah sangka kan, pemergian suami tercinta boleh bagi impact besar dalam kehidupan MAK.
Sedikit sebanyak, i know her suffer behind her sweet smile.. U strong enough MAK.
Macam-macam dugaan MAK lalui depan mata aku. Dengan Sebelah mata yang dah tak berfungsi,
tahap kesihatan jatuh esp bila doctor inform buah pinggang MAK dah rosak teruk. Dah tunggu masa..Whatsoever lah, kalau diri ini yang diuji pon tak tahu lah macam mana kuat ke tidak.
Tapi ALLAH tu MAHA BIJAKSANA. HE know whats best for us.

Too be honest, teringin sangat nak bawak MAK pegi LANGKAWI tapi aku berdua dengannya memang tak berdaya. Anak-anak yang lain pon x memahami. So plan itu kita letak tepi.
Aku decide nak bawak MAK pergi bercuti. Macam last year aku bawak MAK bercuti ke Cameron.
Masa tu aku tolak MAK dengan kerusi roda. And ramai jugak yang tolong aku masa kat pasar tu. 
Alhamdulillah..Kuasa ALLAH. Stranger lebih baik hatinya.

Tahun ni, aku dah booking awal-awal aku nak pergi PD..Sebab MAK cakap dia nak tengok laut.
Sedaya upaya aku cari hotel yang Seaview. Harga berpatutan. Bilik besar. Konon nak suprise..tapi mulut ni asyik mention nak pegi PD..hahaha aci x? hehe..sendiri pulak yang excited.

Aku pegi awal...12hb December 2014. Sehari sebelum nak pergi tu, kakak aku pegi reveal..nyampah! hahahaha..Jumaat pagi tu, beli nasi lemak siap-siap..Makan dulu. Lepas tu gerak pegi PD. Tengok hotel semua. Ok dah jumpa. Senang. Aku pegi Telok Kemang kejap..sementara nak tunggu check in.
2hari1malam, kitorang spent time together. Tido pelok-pelok. Borak sama-sama..Buat facial untuk MAK. Pegi dinner makan masakan thai. Sup Ekor fav dia..kebetulan sedap masakan kt restoran tu..Ape lagi, makan sampai kenyang lah dia. Facing sunset sama-sama..Breakfast sama. Harap-harap Happy lah dia. Kalau x hepi, xkan request semalam lagi..ye dak? hahaha


Jom cuci mata jap.

Lokasi : Avillion Admiral Cove

Facing up to Sunset. Suka sangat pic ni. Moment tu capture mirror effect from sunset. haaaaaaaaaaaaaaaaaa, lawahnyerrrrrrrrrrrrrrr! *matiklahsendiripujiphotosendiri*




 View form above *balcony*
Sofa bed khas to menghadap laut nan permai..saujana mata memandang...*heaven*
Kapal layar keluar masuk..melintasi bilik..What a panorama i enjoyed.



Macam nak beli satu...comel je...sweet plak tu..



Ni last day, kami pegi breakfast sama-sama....Awal2 lagi dah dengar suara riang ria orang pergi breakfast. Kuat noooo mulut aunty2 tu..bingit...padahal diorang lalu kt bawah..tapi sebab bukak sliding door so dpt dgr suara tu...huhuhu..

So on the way nak ke cafe tu, kita lalu kat tepi laut. Tengok lah ikan-ikan ni dulu..lagipon, MAK xleh jalan laju..Slow motion and kene cari tempat nak duduk...



Jalan sikit, pastu duduk..tapi location hotel & tempat makan jauh sikit..so mcm tak sesuai and x selesa kalau bawak senior citizen ni...Kesian MAK..

Tapi dia punya posing melepaskan penat, kemain u ols...x tahan kittew..hahaha. Dengan baju merahnya Mak Ngah, tak nampak langsung yang sebenarnya MAK tengah sakit..Nampak ceria cam orang sihat je kan..


Ni swimming pool dia..geram je kita tengok...nasib xde geng..huhuhu



Sewonokkk tengok pwincess kita makan...macam-macam kita amikkan...


Ni after breakfast..turun tangga terus cari kerusi..hahahaha 
Tapi posing tak hengat..hahaha




View kat sini, memang totally x nampak macam kat Port Dickson. Ramai jugak yang tertanya-tanya..
Kat mana kat mana..Saje je bakor line..xnk reveal..hehe. Tapi last-last check in jugak kat FB..hehe




Suka and senang hati to see u like this MAK..kalau lah MAK tahu hati ni setiap hari igt MAK..huhu :'(


otw balik bilik dah ramai yang swim..Tapi u ols dont worry, swimming pool dia besar dan botingkek-tingkek

Again, taking her rest and recharge her energy before climb the stair. Kewll je kan..padahal time ni semput...Sorry MAK..kalau kuat, dah dukung dah bawak naik..lift takdo..huhu




Sempat senyum lagi tu, aku dari atas bg kata - kata semangat.
and yes, She manage to finish it. Sokay MAK...i'll wait for you. Take ur time...
Bukan sofa je ada kt lobby, katil pon hadooo..hahaha
View from lobby

To dearest MAK..u will always be my love. U r my Everthings. U know that i really LOVE YOU no matter what. U r my LIFE. U half of Me. U r adorable. U r my precious gift from ALLAH SWT.


Semoga ALLAH tempatkan MAK diSyurga Firdausi. Semoga ALLAH redho and merahmati MAK seadanya. Semoga ALLAH menjaga dan memelihara MAK sebaik2nya. Dan semoga ALLAH izin kita bersama untuk tahun-tahun seterusnya hingga ke syurga.
 I LOVE ALLAH.. I LOVE MAK too... *nangis*


Love.Live.Laugh.
Juliana Abdul Rahman
23/12/2014-5.18pm

Thursday, 18 December 2014

RezQi ALLAH

Bismillahirrohmannirrohim.

Syukur for all that i had. Alhamdulillah.

Bila cakap pasal rezeki ni, aku rasa. Aku bertuah sangat. ALLAH memang sangat baik.
Kadang malu pulak, asyik menerima sedangkan diri jarang memberi kepadaNYA, :(

Ok, cerita ni bermula bila kisah budak baru kat office ni.
Semalam, dia datang kat meja aku, dengan muka yang kusut (stress).
Kesian ada simpati ada. Nak tolong pon x tahu macam mana. Dia belom confirm lagi, and big boss pon macam xnk dia lagi. so belom bg kata putus lg. Just bagi hint2 je. Kesian pulak kan. Macam tergantung.

To be frank, aku pon pernah lalui pengalaman yang dia lalui sekarang.
Macam tua je aku, byk sangat pengalaman yang aku dh lalui..hahaha.
Aku rasa sama, so aku just bagi dia advice lite-lite je lah.
Kalau bab nasihat aku memang refer more to agama lah, bukan alim pon. Tapi aku rasa ISLAM tu dah cukup indah. Dan cukup untuk kita rasa tenang walau dalam apa keadaan sekali pon.
The strength will attached in any situation. Yang penting kita yakin pada ALLAH SWT.

Letme share my experience.

Sebelum-sebelum ni aku dah start keje dari zaman sekolah lagi,
Tingkatan 5 aku dah kerja kat kilang Secura, buat simkad.
Rasanya job task paling x best kat kilang biskut lah, keje kilang yang takde aircond. (masa tu aku form 6). Then aku sambung belajar kat politeknik Shah Alam.

Lepas habis poly, aku pernah keja kat Public Bank and Eonbank. Pastu masuk Goverment under Kementrian Kesihatan Malaysia. Pastu aku seronok buat MLM. Income more than 10k/month, Aku resigned Govt. hehe.

MLM tu x lama....bertahan for few years je. Then business drop, aku continue buat Forex. Trade until you drop..hahaha.Habis dah duit. Aku takde pilihan, aku kene kerja. Sebab duit makin sikit. Nak xnk. Aku dapat kerja kat company F&B (Curry House U olsss), Keje situ best sebab kawan je. kalau bab BOSS cam harom. Tak lama, sebab masing-masing rasa x selamat keje sana..hahaha. Bygkan nk brcakap dengan kwn sebelah meje pon xleh weh..hahaha kelaka. So masing-masing decide untuk resign, sebelum resign aku dah dapat keje. Kawan aku yang recommend. Keja dengan company Security Guard. Aku wat account, bahagian gaji. Seronok keje situ sebab dekat. Walaupon ada sesekali tu, aku kene sound dengan boss jugak pasal aku nak cuti xdapat. nak balik awal x dpt. Aku memang xleh nak beralah. Dia nk marah ke ape ke lantak lah. Malas nak fikir. hehee. Tempat keje pon dekat dengan aku. Sampai lah aku dioffer oleh sepupu aku keje dengan husband dia.

Bukan keja directly under dia, dia offer keje dengan company yang husband dia ada share. Lepas discuss semua, dia ada cakap yang kalau boleh dia nak aku buat sales, dia nak aku jadi tourist guide. Offer nak bagi peluang bawak orang g melancong, Memang seronok gak lah offer2 tu semua. Plus gaji yang dioffer pon beza 1k dengan gaji tempat lama. Company security tu ada lah wat counter offer. Tapi dia boleh naik tak banyak. Dalam 200 je macam tu. So aku decide to choose better offer.
Mudah-mudahan. Masa aku jumpa manager dia, aku rasa pon macam boleh corp lah sebab that ahso speak so nicely. hurmmmm pura-pura je orangnya..plastik surgery sangat weh..haha

Bila aku start keja sana, 1stly aku kena naik public transport. ok tu takpe lagi. Pengalaman hari pertama buat aku teruja. Sebab macam-macam jenis orang ada. Masing-masing berpusu-pusu naik train untuk ke tempat kerja. For sure ade beberapa type keja and level bersama-sama dalam train tu. Tengok dari pakaian dan personaliti masing-masing. Yang ready, yang terpaksa, yang kemas, yang macam baru bangun dari katil pon ado..hehehe

Bila hari pertama aku rasa ok. Tapi bila masuk seminggu kerja aku dah rasa aku x sesuai. Sebabnya, aku pernah kerja big company yg berpegang pada rules and regulation. Kat company tourism ni, aku x boleh balik sharp. Aku kene tunggu semua orang habis kerja baru aku boleh beramai-ramai. Lunch ikut turn. (takpe sebab counter) then aku kena paksa kemas-kemas office tu sampai lewat malam. Eh, x kuasa lah aku..nak tolong kemas-kemas semua. OT xde ok! ko nak wat renovation, ko upah lah bibik kemas. Paksa-paksa aku angkat benda berat. TAKNAKKKKK~~!!!! hahahaha Taknak sebab sampai malam, during office hour aku nak lah. Ishhh, x kosserr..hahaha..since that aku dh start annoyed gile dengan ahsooo tu. Pastu dia suruh aku issue air ticket. Depan customer dia suruh aku buat..padahal, yang ajar aku tu pon sekali lalu je. Dia ada hantar aku wat ticketing. Tapi course tu bukan isu air ticket pon. Macam basic sangat, so dia assume once dah pergi tu, aku dh leh issue ticket. Start situ aku dah menyampah giler dengan ahsooo tu..Aku start cari keja lain, aku malas dh keja dengan suasana pressure macam orang bodoh. Kena jerit-jerit..eeeeee...spesis neraka kot..hahaha xleh blah aku weh....So masa tu aku memang cakap..aku nak resign by end of the month. Aku just nak tunggu gaji je. Aku nk resign 24hrs...puihhh...rupanya belom sempat aku resign, dia dh terminate aku. Dia bayar aku sebulan gaji..aku punya happy.. Aku dapat gaji terus pegi SOGO jalan-jalan.

Start lepas tu aku down kejap..sebab x memasal je aku nak kena cari keje baru kan...Kebetulan kawan aku still macam pujuk aku masuk keje kt opis lama. Dia cakap boss aku ada tanya. And boss aku suruh datang jumpa dia. Aku masa tu macam nak ke xnk ke. Macam malu pon ada. Tapi masa tu kawan aku yakinkan aku yang boss tu yang suruh tanya and dia suruh datang jugak. So aku bg date bila nak datang. Masa pegi tu aku sampai2 je teruk jugak lah boss tu cuci aku..Aku gelak2 lah bila dia perli tapi dalam hati malu kot. Menyesal pon ada sebab kenapa aku datang balik office ni? haishhh...so dia cakap nanti apa-apa dia bagitahu balik. Aku pon x harap sangat, Lepas turun dari office tu, aku dalam hati rasa memang xnk dah keje situ sebab aku rasa..ishhh..ape ke heynya aku mcm jilat ludah balik je ni...Dan aku rasa ALLAH itu pon tahu apa yang rasa, memang takdir aku. Boss terus diam kata kawan aku. or maybe kawan aku simpan apa-apa maklumat itu aku x pasti. Aku pon taknak amik tahu dah.

Akhirnya aku dapat email invitation for interview. Sayangnya..aku terlambat bukak email tu. Aku email dia balik..aku x bukak email so ada lagi x interview session tu? dia cakap datang kat branch dia kat Summit USJ..Jumpa staff kat sana. Aku pegi sana...Rupanya tu agensi pekerjaan. Serene tu recommend aku keje kat Metrohm. Kebetulan Metrohm nak pakai staff, Aku pon pegi interview kat Metrohm. Alhamdulillah dapat. Gaji yang dioffer 400 lebih rendah dari company cousin aku tapi still high than company security tu.

Dah nak masuk tahun 3 aku kat sini. Tapi kalau ikutkan 2 tahun je..hahaha sebab aku joint bulan December 2012. So far so good. Adelah kekadang tu menyampah dengan boss, mula lah mengagau cari kerja. Tapi sekadar cari je lah...Applynya idok pon..hehe

Tu lah namanya Rezeki kan. Kita kadang tak dapat apa yang kita minta, tapi kita dapat apa yang kita perlu. Life is like that. Up Down tu biasa. Some said life is battle..wow! sampai gitu skali. Apa-apa pon, move on. Rancangan ALLAH tu lebih baik dari rancangan kita. Berserah dan redha. Kemain aku..haha diri sendiri pon kelaut..*sigh..*

Now that girl dah officially terminate by top management, may her rezeki lebih luas kat luar sana. Sini x sesuai untuk dia. huhuhu....k lah, 


Tata.
JulianaAbdulRahman




Tuesday, 16 December 2014

Singapore Trip - Part 3

Assalamualaikum. 16december2014. wohooo...pheeewww..fuuuhhh..

haha cemane gayanya nak ingat semua benda yang dah berlalu..ngeee..takpe.
kita cuba okehs??

Part 3 setelah berbulan-bulan..hahahaha..lantaknya..
Ok day 3rd ni, aku keseorangan..Tsk T__T
Sebab Kak Ida and Wee Leng dah start masuk opis and belajar.
Konon sebelum pergi opis tu, beria-ria dorang suruh aku follow sekali.
Aku xnak. Aku malas nak joint. Baik aku jalan-jalan or aku sambung ZzzZZzz
Dorang konon yakin seyakinnya yang class tu half day je..kejap je pon.
ok fine, u ols g belajar dulu. pape hal kang uols roger je iols..kemain konpiden aku..hahaha
Tah, kat SG ni i feel safe. Maybe negara diorang jarang dengar kes-kes ragut ni kot. Pastu suasana pon nampak cam selamat je. Berserah sudah!



Orang dah siap-siap nak tinggalkan kittew..pastu sibuk laaaa ajak bergambar..hahahaha (itu aku)
Lepas je dorang gerak..aku konon nak sambung tidor..tp tak leh plak..cam berdebar2 je..hahaha takut terlepas flight ke. Takut terlambat ke. Pastu macam, eh nak g mana yerk arini. Alone plak tu. huhu. Then, wake up and taking my bath. So be ready, im gonna explore u SG. U must be watcha..hahaha *poyo*
Sudahnya iols poie BUGIS STREET again.. hahaha kali ni siang. Pastu macam best gak jadi solo traveler ni. Rasa diri ni, confident and most important yet proud of myself is Im INDEPENDENT girl..yeeeeeeee :D
 Bugis Junction ni shopping mall.. masuk dalam ni menumpang kesejukkan aircond. Hakikatnya poket hanya layak ditabur dilaman Bugis Street...hahaha murah memang murah beb..tp kalau ko x convert lah. Kalau ko convert, aku syak u olsss sure puasa kat sana.. haahaha

Lain machiam bangunan kat area bugis ni, lawa gak aku nengok. lalu, sebagai pelancung luar negara, Harus kita abadikan gambar bangunan sebagai kenangan.. hahaha 
Kebersihan di SG ni much better lah dari negara kita, sebab tu dorang haramkan makan chewing gum tu. Sebab tahu, manusia ni pelik2. Tapi i ols masih setia dan tetap mencintai MALAYSIA. muaaahhhh..... ;)
 Nun diseberang sinun, tempat permainan ku diwaktu itu. chiewah~!!
Cer tengok line ni, pelik kan..kat MALAYSIA x jumpa. Kat SG i is jumpa. Tapi x tau apa function dia, nak kene jalan pengkau ke ape? hahahaha

Dua picture kat atas ni, bangunan belakang Bugis Street. Jalan punya jalan, sampai cross road. Ronda-ronda ala-ala macam PS kite le u ols...
Okeh, ni BS dari jarak dekat. Dah x sabar nak abiskan sisa-sisa terakhir SING DOLLAR yang ada ni haaa


Kat dalam tu ada jual macam-macam. Yang lain macam pon ado. hahaha korang cuci je lah mata tu erk...keh keh keh
Aku snap je picture ni, tapi aku x tahu lah ape kebendanya ni smua..hahaha..igtkan barbie dolls.. tapi macam dolls lain je..hehe

Ni kedai yang jual benda-benda pelik. Lawa jugak. Tapi ongkos pon dah sipi-2. 
kita beli yang perlu je lah erk...






Jalan punya jalan, perot pon macam dah bagi hint, aku rasa perlu isi perot ni dulu. Kang meragam, mau aku membuang diangkasaraya plak kang.. hahaha. Sebelum kuar hotel tadi aku dh gugel awal-awal restaurant zam-zam ni. Aku siap tulis mana station, ape landmark, jalan apa semua. So lets mari searching guna ketajaman aqal. auuuuwww


Memula sekali dorang dah mention, keluar je station MRT cari Hospital Rafflesia. So dh jumpa. Checked!


Pastu katanya suruh cari Arab St. i did it, CHECKED..!
Dah dekat katanya...akan nampak Masjid.. Yes, i saw it...i saw it...
Rasa nak menjerit weh..mcm explore race dh rasa..hahaha 
walaupon keseorangan.


Dan pabila terlihatnya masjid ini, maka Anda Telah Berada Di Lokasi ittew.
Yer, sangat tepat guide tu sebab restoran berada sebelah kiriku. Kanan masjid. Ada dua. 1 lagi x ingat. Tapi jenis sepesen jugak lah menunya. Dah memang cari Zam-Zam Restaurant takkan nak masuk kedai lain plak kan. Naik atas, amik seat tepi dinding  meja untuk 2 orang. Orang tengok aku, aku tunduk malu...hehehe. Cisss, kenapa aku ditakdirkan jalan sorang-sorang ni, takpe. Amoi depan aku pon ada gaya pelancung, Bawak Camera. Pen, and kertas. Solo jugak. Sama lah dengan aku. hahaha. Aku extra sikit. Bawak BACK PACK. ahahahaahhaa... Mamak pon datang tanya order.. Nak order ape kejadah ni??? nasib aku agak baik. Dinding yang aku sandar tu, siap-siap tampal menu..Besar lak tu. kah kah kah. *macam tahu-tahu jek*


Sebesor-besor gambar u ols..siap rege. Baguih-baguih..
*tepuk tangan dalam hati* hahahaha


Taraaaa, i ols mencekik sorang. Habis katekawww... hahahaha..maklumlah..pagi tu x breakfast. Hotel tu provide dua je. Jadi bibik aku yg nak masuk kelas tu dah isi perot awal-awal..haha. Dah kenyang, aku pon byr dan chow slowly jalan. Sambil2 tengok bangunan. 
Nampak pulak BUS sambung cenggini..hahaahaha...boleh ek.?? Ingat train je ada sambung-sambung. BUS pon boleh. Agak-agak korang bus tu macam flight ke? ada economy class, ada business class ke? hehehe

Pastu nampak plak tangga pusing and warna warni ni, Masa aku snap picture ni, ada uncle tu lalu..then dia cakap.."haaaaa, nice izzit?" aku pon...ya ya ya its look colorful and unique. Kena lah ramah. i kan pelancung negara dia..hahaha layan beta elok2 sikit ek...hehe


Pastu aku sambung beli ape yang patut kat sini..Nepal Garment. Ko mampoooo? hahaha
Lepas je makan and beli apa yang patut, aku pon straight naik tren pegi Airport. ni pon 1st time jugak aku buat. Main redah je. Mula-mula aku salah gate..hahahaha pastu aku rasa aku kena naik train gi T2 kot. Sampai aku jumpa kaunter Air Asia. Aku pon melepak kat sini tunggu anak didik aku merangkap bibik aku.. nanny pon boleh..hahaha... Tengok je muka dorang..lega dah aku. hahaha
 Flight senja. So sampai KLIA2 malam sikit. 

Dalam Flight tengah dok comfortkan diri before take off..FA dtg melutut kat aku, dia speaking, Aku tolong korang translate kan. hahaha. Dia tanya aku fly sorang ke? pastu dia mintak aku temankan kanak-kanak kat belakang tu sebab seat diorang takda orang dewasa. Since mak dia kena duduk row sebelah carry adik dorang yang kecik. Aku pon cakap. Ok lah. No hal, bngun then duk belakang. aku dapat tepi tingkap..yeyeaahhh...Pastu borak ngan bebudak ni. Best gak...hahahaha sb dorang paham aku speaking. kah kah kah =___=

Nama dorang yang aku ingat Laura and Lisse. Tapi mane satu hak milik nama aku x ingat..hahahahahahhaha...pelupa benor nih!


Orang kalau single traveler ni camni lah gayanya. Tapi mamat belakang tu ape kes? ni tengah tunggu turn nak check passport nak balik MALAYSIA...waaaa ai is mindu angin MALAYSIA..hahahhaa ceh, padahal seberang tambak je pon. hehe...

Itu lah akhirnya kisah aku bercuti secara seludup ke Singapore bersama rakan sekerja. ada jugak part-part yang xleh lupa. Macam aku stay hotel 1st tu, ada pakej dengar orang mengerang sedap ke sakit ke x tahu lah..tapi confirm kene lanyak lettew..hahaha #ayamharam. Nasib baik staff hotel tu ramah tamah, muka manis-manis. siap suggest pegi mana. then ada lesung pipit...auwww..hehe..

k Lah, got to go.
bye2

Salam 1 Singapore..ewah! hahaha
Juliana Abdul Rahman