Bismillahirrohmanirrohim...
29Dec2014, berkesempatan menjengah TESCO EXTRA Puchong.
Terselit rasa bangga, happy, teruja and sayu saat tiba kat area parking lot tu.
Oh, sebelum terlupa...Kat Tesco Extra Puchong ada buat event untuk kumpul barang-barang yang kita nak agih2 kepada Mangsa-mangsa banjir.
Belom masuk parking pon dah jem jalan. Berebut-rebut tangan nak hulurkan bantuan.
I'm so Proud of MALAYSIAN. Kita sangat prihatin.. Alhamdulillah. Yayyy~!!!
Sedih memang sedih, tengok mereka yang terlibat dengan bencana ni. Sangat tidak disangka.
Dalam kesedihan itu terselit rasa jengkel dengan segelintir manusia..yang komplen-komplen-komplen. Komplen orang tu, komplen orang ni. Ada saja yang tak kena. haishh... No Good!
Aku play save, aku share benda elok-elok je. Aku cari alternative sendiri untuk membantu mana yang patut. its totally about kemanusiaan. Kalau sampai saat genting macam ni masih nak cari salah orang, rasanya elok kalau dia saja yang menjadi mangsa kejadian..huhu. keeennnn..
tengok bantuan dari orang ramai melalui FB, aku terus tukar point of view aku tentang bencana ni dari sudut positive. Mana taknya, semua rakyat Malaysia (kebanyakkan) berganding bahu berkongsi rasa dan beban antara 1 sama lain. We do our part as best as we can. Mana ada duit, bg duit. Ada pakaian bg pakaian, tak kurang yang menyumbang tenaga untuk menolong paling tidak pon mereka berdoa untuk kesejahteraan semua. i am still proud of! Hats Off untuk sesiapa yang telah membantu.
Dan selepas ini, harapnya semua yang terlibat redha dan terus bangkit meredah ujian ini dengan hati yang terbuka. Menerima setiap yang terjadi sebagai hukum alam. Dunia ini semakin tua, untuk memikul segala macam jenis perangai penghuninya. Doaku sentiasa untuk kalian. Semoga ikatan silaturrahim setiap negeri semakin utuh dan terjalin dengan baik. Kita betolkan mana yang kurang. InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment