Pages

Wednesday, 26 March 2014

#Sedetik Lebih

Bismillahirrohmanirrohim....

Lirik ini khas untuk
Dia yang paling istimewa,
paling terbaik yang ALLAH beri,
Paling comel dipandangan mata,
Moga MAK sihat selalu, gembira selalu, panjang umur.
YOU'RE the BEST EVER GIFT i HAD.
Bersyukur, walau sampai syurga...MAK tetap MAK orang..sampai bila-bila..



Muahhhhhhhhhh :-*

Erti Kawan dan Hati

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak cerita pasal kawan dan hati. Kenapa aku tiba-tiba nak cerita? sebab ada kisah pengajaran yang aku belajar. Last week aku pergi Jalan Tunku Abdul Rahman. Mula-mula plan nak pergi dengan orang lain, dah janji awal-awal. So sampai pada hari yang sepatutnya, kawan to inform yang dia x dapat pergi. Byk kali gak dia says sorry. Aku pon tarak hal laaah, sebab jalan TAR tu aku boleh pergi sendiri. Memang lah ada rasa tak best kan sebab kita macam dah set nak pegi...tapi aku bukan ada hal sangat hal kecik-kecik cam ni. So aku bagitahu anak buah aku yang aku nak pegi jalan TAR, then dorang nak ikut. Kakak opis aku pon nak ikut jugak. Nampak x macamana ALLAH tu gantikan rasa kecewa kita? Sepatutnya pergi berdua tibe-tibe berempat. Siap lepas pergi jalan TAR teman dorang g cari wallet Hello Kitty, aku pon dapat baju selai and dinner kat Nando's.

Hari Ahad aku keluar dengan kakak aku dari tengahari sampai lah ke Maghrib. Teman dia cari kain nak wat baju raya. Hurmmmmm so dia dah dapat tema color biru. Macam aku ni jenis berdua dengan MAK. MAK dengan aku kan dah macam laki bini..haruslah kami pon ada tema..hahaha naaaak jugak! Tapi aku belom sure lagi nak color ape. Hajat hati nak buat baju guna kain sari..tp tengok lah macam mane...nk kena lining2 ni cam malas ler pulak. This year raya kat bangi lah kot..Sebab tahun ni semua orang turn raya kat kg mertua masing2..jadi yang xde mertua ni kumpul sesama sendiri..hahaha..kesian nau bunyinye...Tapi aku okey je~! ite ilekss jer...

Berbalik pada point asal, masa aku dpt tahu yang plan x jadi..aku memang frust laaa..tapi ckp kt diri sendiri. "Takpe lah Jun, kita merancang ALLAH jugak yang menentukan." Walaupon ada suara - suara yang menghasut untuk membenci, aku rasa better aku ignore pandangan dorang sebab kalau aku layan kang jadi menyampah plak..tak baik tu. Tapi bila aku fikir balik, walaupon kita kecewa at first, rupanya ALLAH nak gantikan dengan yang lebih baik. Sepanjang hari tu aku rasa awesome sgt, ape aku nak beli aku dapat. Siap tengok orang shooting "Ramadhan jangan pergi. arahan Jinggo and Siti Saleha yang belakon" eh comel betol saleha tu pakai tudung....putih melepak..kecik molek. Azab jugak jadi peakon ni, ye lah dengan cuaca panas..ko nak kena ngadap camera at the same time public semua kerumun focus tgk ko..weh, kalau present depan class pon segan-segan ni ko nak kena belakon dpn org x kenal, ramaaaaaiii plak tu..hebat2..hehe

ke laut ek? muhahaha...xpe, janji kakak shukeeerrr...
k lah, nak balik dah..bubye :)


Friday, 14 March 2014

Sibling interaction

Assalamualaikum


Semalam mood x berape elok, so terlepas marah kat MAK. Hmmmm...
Aku ni ada 5 bradik, anak ke-4. Dan hanya ada 2 anak perempuan je. Kakak yang Sulong n aku.
2 Abang and sorang adik lelaki.
Since kecik aku memang stayed dgn MAK n ABAH. Bersama dengan dorang tak pernah berpisah kecuali masa belajar. Itupon kat Shah Alam je. 
Bila arwah Abah dah takde ni, aku tinggal berdua dengan MAK.

Kadang aku mengaku yang aku "penat" sebab nak buat semua kerja. Aku buat sorang. Kadang aku kecik hati everytime adik bradik complaint rumah kotor and tak kemas. Masing-masing tak paham. Once aku dah kemas or mop umah, MAK selambe je buang tisu bawah katil, nak nangis je tengok perangai cam tu. :(
Tapi takpe lah orang tua kan. Barang pon banyak kat umah tu, kalau nak buang pon kena pilih2..bukan ape, kang kalau buang depan dia..dia melalak..sanggupkah kau tengok nanti?

Yang complaint kalau datang then tolong kemas takpe, ni haram...so pada aku layan, baik aku masuk kiri keluar kanan.. lantak kau lah. ada aku kesah? haha

Tu lah, MAK selalu cakap. Banyak pahala tolong jaga MAK ni. Aku cakap itu kalau ikhlas MAK. Memang aku buat and dalam hati xde plak x ikhlas cuma aku selalu merungut. tu kira x ikhlas lah yerk? ke cam ne? hehe. Aku selalu cakap kat MAK aku, ni semua tanggungjawab anak-anak lelaki MAK. Orang x kisah buat semua ni, tapi mana tanggungjawab dorang? lebih kurang tu lah benda yang aku bebel..hehe....Aku geram kat dorang, tapi aku bebel kat MAK aku. Kiranya DOSA ke erk???? hmmmm........ T____T

So macam semalam aku berangin, aku after work memang akan masak sendiri kat rumah. Apa yang ada tu aku masak je. So semalam aku dah kuarkan cencaru tu awal dah siap gaul kunyit and garam. Kangkung pon dah siap potong. Aku tanya, MAK ada masak nasi ke? Dia cakap takda sebab dia nak makan bubur. Tapi dia nak aku tumis bubur tu. Kan leceh namanya, bubur kosong letak garam sikit then makan dengan lauk kan sedap. Ni nak tumis-tumis, ikan bilis dah abis lak tu..huhu. Dah jadi keja nak ke kedai plak. Aku start lah moody, sebab nak melambat2kan keja jadinya, dahnya aku tumis ngan bawang je. Pastu aku goreng sayur kangkung and goreng ikan cencaru. Kesian pulak cam takde kuah, aku tengok balance daun kesum ada lagi dalam freeze. Aku pon amik daun kesum and bahan-bahan untuk masak asam pedas. keh keh keh
So menu dia, Asam pedas ikan cencaru goreng dengan sayur kangkung. tadaaaa....Siap! kretip kakak kan??? haha

Selalunya aku akan whatsapp dengan kakak aku borak-borak kosong..kalau tak hari-hari selang dua hari mesti ada conversation lah cam tu. Tapi this conversation make me cry..huuuu huuu huuu....rasa touching babe, aku sememangnya dah x perlukan perkataan "sabar" dari orang-orang sebab apa yang aku lalui ni sememangnya dah mendidik aku untuk sabar. Cuma kadang-kadang aku hilang sabar. Tapi sekejap je, lepas tu sabaaaaar balik. Whats more important to me is "encouragement or thankful" Enough. FullStop. 


Selalunya mesti tanya keadaan MAK macam mane?


Pastu sesi luahan prasaan..haha



Kita ni adik beradik, ada macam-macam. Ada yang sangat closed. Macam aku xlah closed sangat sebab gap aku dengan dia 11years. So sesi skolah tu dah lain, bila aku skolah dia plak dah keja. Bila aku kerja dia dah busy dengan keluarga dia. So bila dah besar close macam ni je lah. Tu pun dah bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah

Sunday, 9 March 2014

MH370 bukan sandiwara

Assalamualaikum.

Terpanggil untuk mencoretkan rasa simpati buat keluarga Anak kapal dan juga penumpang MH370 yang masih belom dijumpai. Sesungguhnya, ALLAH SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Dari sudut hati kecil, sedih lagi hiba mengenangkan nasib kesemua yang berada dalam pesawat.

Seawal jam 7pagi lebih kurang aku baca tweet2 ditwitter, antara percaya atau tidak. Benarkah? atau sekadar troll semata-mata. Al-maklumlah, sejak beberapa jam sebelum tu Malaysia (rakyatnya) terfocus dengan gossip seorang artis (cinta 3 segi) dan keputusan Mahkamah berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Mana mungkin isu MH370 ini berleluasa. Again, antara percaya atau tidak. Setelah membaca tweet dari beberapa wartawan dan menteri, akhirnya aku akur mempercayai bahawa ini bukan mainan cyber. Sah, ianya hilang dari radar malah tidak mendarat di destinasi yang sepatutnya. 

Amat menyedihkan apabila isu sebesar ini, hanya dipandang ringan oleh mereka-mereka yang cetek ilmu, cetek perasaan. Langsung tidak peka malah tidak sensitif. Media sosial sangat menakutkan sekarang kerana terlalu ramai wartawan, menteri, pilot, pakar aircraft, pakar geologi, dan segala bagai pakar-pakar "JADIAN". Percaya rumors, percaya benda x sahih, percaya dari sumber-sumber yang meragukan. Lebih worst bile mana ada yang sengaja mencari salah, sengaja menunding jari. CUKUP-CUKUP LAH!

Its not the right time guys, we shud focus to find and rescue instead of point finger to one and another. The rest yang tak berkesempatan menghulurkan bantuan, doa juga antara pertolongan yang mampu disumbangkan. Terima Kasih buat negara-negara yang sudi membantu. Kami sangat menghargainya!

Semoga ALLAH menyingkap rahsiaNYA dengan menemukan kita dengan pesawat #MH370 dan isinya dengan selamat. Moga ALLAH melindungi mereka-mereka dari sebarang kecelakaan. Amin :)


Tuesday, 4 March 2014

S.A.Y.U

Bismillahirrohmannirrohim.

Assalamualaikum.

Semalam memang sayu hati since early morning, till the night. Aku akui lah yang aku ni kurang sabar sikit and sikap paling x helok sekali dalam diri aku ni "baran". Pagi semalam aku rushing nak siap-siap pergi keja. Tu jam lah nak kemas tempat tido, nak mandi and nak iron baju bagai (belom decide nak pakai ape). So biasanya aku kalau kat rumah, aku x sempat nak make up. Aku just pakai cream muka (ganti fondasyen) pastu aku sambung kat office. Ikut tahap kerajinan lah, kadang tu aku sambung "esok pagi" je...ihikss!

Once dah rushing tu mula lah kelam kabut kan. MAK aku kat dapur. Dari dapur dia jerit. "MAK x nampak lah ni botol ubat yang mana satu". Oh ye, aku bawak MAK hari ahad lepas ke Pusat Rawatan kat Sh. Alam. Abg aku yang suggest. tu nanti aku setori lain entri. Bila aku dengar dia tanya cam tu. Darah aku menyirap naik ke kepala...Tu yang jadi kepala angin (tapi yang naik darah, y x sebut kepala darah pulak???? why why why? peliks) Dah la botol tu banyak, then nak suruh aku explain yang mana satu..Haruslah aku bengang lalu aku tertinggi suara kat MAK. Aku sound lah kenapa pagi ni baru sibuk nak tanya, walhal semalam time dia minum, dia xnak tau pon nama-nama ubat kat botol tu. huhuhu. Aku tunjuk tapi dalam keadaan marah. Botol-botol tu aku asing-asingkan kedudukkan dia. Memang biadap lah tindakan aku tu. *nanges dalam hati*

Perangai aku ni, once aku dah marah-marah. Few minutes later, aku akan rasa bersalah gile. Aku susah hati. Sampai je office, aku luahkan kat kak Ida tu sambil nangis-nangis. Sebab aku sedih, aku xleh nak control anger aku. Iskk...iskk....Sooobss....sobbsss. Syaitoooong sangat kan. Kat office pon aku x on9 sgt. Sebab hati aku sayu. Aku siapkan keja apa patut. Sampai umah (6.30pm) aku terus makan, lapaaa coz aku skip lunch. So balik aku makan nasi, lauk yang aku tinggal tu ada lagi. Lepas makan tu aku rest jap, tengok MAK aku dah keluarkan ikan. Menu Kari tapi santan takdo??? Harus kau setat keta pegi kedai beli rempah ngan santan kotak. Balik terus masak. Alaaa, kari ikan tu pejam mata je masak..haha (*velagak kau skg kan? cuba 5tahun lepas? menangis kau nak siang bwg..hahaha)

Lepas masak-masak (terus bagi MAK makan), aku kemas-kemas dapur, tukar cadar, sapu and mop lantai. After that aku bakar ubat nyamuk sebabnya nyamuk banyak nak mamps! So bakar awal-awal. Macam umah kmpg lak rasa. Aku sidai baju yang MAK dah tolong basuh siang tu. Sambil tu aku pesan kat MAK sapu ubat kat kaki tu, lepas 1/2 jam kang aku cuci balik ubat tu. (kapas rendam air suam then lap kaki tu, bersihkan ubat) sambil nak tunggu dia kering aku dan lah lipat baju yang dah kering. Lepas siap lipat aku pon g dapur amik air and kapas. Cuci kaki MAK. 

Kaki MAK hitam, teruk sebenarnya. Tapi color je. Bila aku tekan and tanya dia, sakit tak.? Dia cakap x sakit. Tapi gatal. Kulit MAK kering sangat, pastu gatal-gatal. Sebab dia ada diabetes, so cepat jadi kaler hitam-hitam tu. Sambil cuci aku baca Al-Fatihah, aku selawat. Aku Mohon pada ALLAH moga dipanjangkan umur MAK. Sembuhkan penyakitnya, kasihanilah dia. Makin lama aku makin tunduk, aku tak tahan. Air mata aku jatuh laju. Aku takleh bayang hidup tanpa MAK. MAK cakap, "ko sorang je anak MAK yang pegang kaki MAK." Yang lain tu tengok pon dari jauh. "Kesian kau penat jaga MAK, semua ko nak kena buat" aku balas "tapi MAK, orang tak sabar"Aku nangis sebab sedih :'( MAK tenang je cakap, Takpeeeee, MAK faham! Meleleh airmata aku ni...huhuhu..Tapi cover line at the same time aku nampak dia pon lap airmata dia. hmmmmmmmmmmmm.........Sayu!

Dan dia cakap lagi, aritu Adi datang..MAK lupa nak cakap kat dia. Rumah ni MAK nak bagi kau. MAK rasa Adi taknak umah ni, diorang pon dah ada rumah masing-masing. Aku cakap, takpe lah MAK..biarlah kalau dorang nak ambik. Harta ni x bawak mati pon. Pandai-pandai lah orang nak hidup nanti. Mulut ni terkumat-kamit nak cakap. "Kalau MAK takde, orang pon x tahu boleh ke tak duduk rumah ni lagi" Tak tercapai akal nak membayangkannya. 

Sesungguhnya Sayu semalam lekaslah berlalu. Moga ALLAH permudahkan urusan.

I Love you sooooooo much! MAK