Pages

Sunday, 9 March 2014

MH370 bukan sandiwara

Assalamualaikum.

Terpanggil untuk mencoretkan rasa simpati buat keluarga Anak kapal dan juga penumpang MH370 yang masih belom dijumpai. Sesungguhnya, ALLAH SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Dari sudut hati kecil, sedih lagi hiba mengenangkan nasib kesemua yang berada dalam pesawat.

Seawal jam 7pagi lebih kurang aku baca tweet2 ditwitter, antara percaya atau tidak. Benarkah? atau sekadar troll semata-mata. Al-maklumlah, sejak beberapa jam sebelum tu Malaysia (rakyatnya) terfocus dengan gossip seorang artis (cinta 3 segi) dan keputusan Mahkamah berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Mana mungkin isu MH370 ini berleluasa. Again, antara percaya atau tidak. Setelah membaca tweet dari beberapa wartawan dan menteri, akhirnya aku akur mempercayai bahawa ini bukan mainan cyber. Sah, ianya hilang dari radar malah tidak mendarat di destinasi yang sepatutnya. 

Amat menyedihkan apabila isu sebesar ini, hanya dipandang ringan oleh mereka-mereka yang cetek ilmu, cetek perasaan. Langsung tidak peka malah tidak sensitif. Media sosial sangat menakutkan sekarang kerana terlalu ramai wartawan, menteri, pilot, pakar aircraft, pakar geologi, dan segala bagai pakar-pakar "JADIAN". Percaya rumors, percaya benda x sahih, percaya dari sumber-sumber yang meragukan. Lebih worst bile mana ada yang sengaja mencari salah, sengaja menunding jari. CUKUP-CUKUP LAH!

Its not the right time guys, we shud focus to find and rescue instead of point finger to one and another. The rest yang tak berkesempatan menghulurkan bantuan, doa juga antara pertolongan yang mampu disumbangkan. Terima Kasih buat negara-negara yang sudi membantu. Kami sangat menghargainya!

Semoga ALLAH menyingkap rahsiaNYA dengan menemukan kita dengan pesawat #MH370 dan isinya dengan selamat. Moga ALLAH melindungi mereka-mereka dari sebarang kecelakaan. Amin :)


No comments:

Post a Comment