Pages

Thursday, 27 November 2014

Back to Normal LIFE

Assalamualaikum wbt.

ALHAMDULILLAH...satu per satu kehidupan yang telah hilang kembali semula dalam hidup yang baru ini. Actually since i was in primary school, *chewah* idok pernah lah merasa nak ikut mana-mana lawatan kat skolah.. Drpd skolah rendah sampai lah skolah menengah. Program yang aku pernah pegi pong masa tadika aku g Zoo Negara and Tugu Negara itu kira paling best lah tu..skolah rendah aku dapat pergi kem motivasi dengan Dato Fazilah Kamsah (masa tu 1 malaysia takde letrik) and paling mencabar aku joint kem bina insan masa sekolah menengah. Haaa, tu je lah kot yang aku dapat join. hehe

Sebabnya parent aku ni bukan kategori senang, senang pon senang makan je lah..Try ler tengok size! teeheee -____-. MAK aku selalu cakap berpuloh puloh kali, korang kalau nak pergi mana-mana. Dah kerja nanti, pergi lah mana nak pergi. Pergi lah sampai hujung dunia sekali pon. Sebab tu lah, bila aku kerja aku memang aim setiap tahun aku nak berjalan. Paling terok 1 kali setahun, konsider tak berape teruk kalau dapat melancung 2 kali setahun.

Masa kerja dengan Public Bank, aku tak dapat berjalan sangat. Maklum lah kerja pong 6 bulan je...hohoho..So paling awal aku pernah travel dengan duit sendiri masa aku kerja dengan EONBANK GROUP sekarang dah jadi HONG LEONG BANK. Masa tu aku dapat belanja MAK aku pergi LANGKAWI. Time tu first time dapat naik kapaitobang. Seronok, eksaited. Since tu lah, biasanya aku kumpul duit, then aku berjalan.

Nak kata banyak sangat tempat aku pergi tu, takde lah. Tapi kalau setakat acah-acah jejak negeri dalam Malaysia ni complete semua 14 Negeri aku dah jejak. ALHAMDULILLAH

1-Selangor (tempat tinggal)
2-Negeri Sembilan (Kampung Halaman)
3-Melaka (Menara Taming Sari)
4-Pahang (Telok Cempedak)
5-Terengganu (SATA Pak Ajis)
6-Kelantan (KB)
7-Pulau Pinang (favorite place)
8-Sarawak (miri to brunei yo)
9-Sabah (Baru je balik Awal Nov aritu)
10-Perak (to Ipoh we Go)
11-Kedah (kenduri kahwin kawan linda) muhehehehe...syhhhh
12-Johor (umah bekaih kak ipau)
13-Perlis (pon sama macam reason no 11)
14-Wilayah Persekutuan

Yahuuuu, ALHAMDULILLAH untuk peluang-peluang ini.

Kalau luar Negara aku cuma dapat touch down di BRUNEI, HONG KONG, SINGAPORE, THAILAND, INDONESIA. hurmmm itu je lah kot setakat ini. InsyaALLAH ada rezeki menyusul ke tempat lain.

Untuk 2014 ni, aku rasa tahun ni aku banyak kali travel. Aku g Terengganu, aku g Cameron Highland, aku dapat g Penang sekali, aku g Bukit Tinggi, aku pegi Sabah, aku pergi Singapore and next month aku nak pegi PD. Walaupon makan gaji je, tapi ALHAMDULILLAH. Rezeki tu ada.

So far aku get back my old life style. Keja - kumpul duit and Bercuti. yehaa!


Thursday, 20 November 2014

SWEETYLOVESHOP??? POYO LAH KAU

Assalamualaikum,

Aku baru balik bercuti dari Sabah 2hb November 2014.
As usual, bila kita bercuti kat laut to be exact. Biasanya sunburn tu sangat-sangat ketara.
So, lepas balik dari Sabah, rutin harian selain dari kerja..aku suka baca blog kegemaran aku.
Kebetulan Namee wat review product untuk whitening ni, aku tgk IG dia not that bad..ramai followers. So, dengan teruja aku pon order lah sunburn set tu. Kebetulan harga dia murah jugak laaa...sebab dapat 3 item kan. Seronok wat payment lepas tu hati terus berkobar-kobar tak sabar nak pakai..and tengok kesannya. Tapi hampa...hampas..hampagas akhirnya. Penantian 1 penyiksaan. Untuk tempoh yang lama tunggu punyaaa tunggu...punya tunggu....punya tungguuuuuuuuuuuuuu..
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa memang makan sound lah namanya.
Payment 6hb (Khamis), consider lah kita follow up next day kan 7hb (Jumaat)...bukan terus tanya parcel ek? masih provide details lagi. Sebab jenis x balas email terpaksa double remind thru whatsapp...email 6hb...x reply.
Isnin 10hb whatsapp mangkuk ni lagi...Itupon dah nak masuk tengahari. Bukan sebelum subuh yerk..sebab POS LAJU kat area opis ni selalunya sampai sebelum kul 11pg. SO dia cakap ape? POS EVERY RABU SAYANG (Foineee~~!!!) *dalam hati, laaa apesal ko x cakap awal2*

Kita Tunggu sampai khamis, kalau pos RABU, By KHAMIS dah dapat dah parcel ku..hoooyeahh!
13hb (KHAMIS)...Parcel x sampai. Apelagi..kita whatsapp mintak tracking no je...NO RESPOND.

14hb(Jumaat) Tak sampai jugak. Ayat a bit strict tapi still tak menyakitkan hati budak ni. Masih relevan soalan-soalan patut tanya tu...then what i get? NO RESPOND.

17hb, Isnin pukul 10pagi dengan ayat sopan aku tanya status parcel. Dia mintak details. Konon dia post kt IG yang whatsapp dia problems. Helloooo aku ade email ko 2 cara. Dari transaction maybank2u. and dari Email Yahoo aku. Takpe lagi. I olsss punya sabar ni kira lama jugak. Penah lah dapat pujian dari Imigresen Singapore dulu.hohoh Aku bg dia bukti pembayaran. Baru lah dia reply. Will update aku later since dia dalam kelas lagi.

17hb jugak tapi Lepas maghrib aku hantar whatsapp just nk remind dia pasal details aku.
Dia punya pelik tu aku dah nampak dah tahap VANGANG dia. Kalau barang return, ko inform lah aku macam ni"KAK, pos laju return brg akak..bg alamat kak" susah???

 Punya lah kasi chance kan, aku dok bagi details kali keberapa tah...

17hb ISNIN 11.57mlm. Then dia pon hantar whatsapp kasi tahu, barang return. Nanti dia pos semula.. Ko ada jumpa dia punya sorry???? kalau ada, aku bagi korang RM50.!!!

20hb. Khamis aku whatsapp dia kul 3 petang. Ayat aku dh straight call her name dengan permintaan yang sama. BAK SINI TRACKING NO. (Dari haritu aku mintak payah sangat nak bagi, pastu ko cakap pos laju return. Bila aku key in, xde ape maklumat pon barang tu return.. Even tracking no tu x wujud pon masa ko bg aku pic barang return 17hb.) Dengan selamba khinzir dia tanya barang apa aku order? pastu mention kat aku yang dia punya pos Hari SABTU OR ISNIN SAHAJA. Maciam cilanga jugak lah...Aritu ko cakap ko pos every RABU SAYANG..(refer pic whatsapp no. 2)
Aku takleh blah orang berdolak dalih nih, aku request nak COD. Since dia cakap dia kat klang je kan, ape ade hal. Lain lah dia kat siam ke. Ayat xleh blah "Dtglah, Kalau sy ade kt rumah :)" eh cam babi plak ko punye respond kan, ko igt aku main2 ke? ko igt aku nak main hide n seek dengan ko? Pastu offer nak jumpa kt sh alam, sabtu..lepas kul 10mlm shj. tah kali keberapa dok tnye aku order ape...skrg ni ko punya mainan macam nak order kaki aku je aku rasa.
Aku frust gile kot, aku ckp aku order sunburn set, aku punya payment 6hb, hari ni dah 20hb.
Dia punya nak tegakkan kebenaran dengan tidak mengaku salah sangat lah kelaka plus VODOH.

1-klass full, transport takde
2-barang return, pos laju buat hal.
3-barang rosak satu, dia rugi, tak mintak ganti rugi kt aku.
4-bagi dia masa
5-dia x duduk rumah, dia duduk hostel


Ni aku nak bagitahu wahai SOLEHAH aka SWEETYLOVESHOP

1- Kelas ko full 24-7 bukan masalah aku, Ko pandai2 lah arrange masa, Ko yang meniaga bukan aku. Aku bayar, aku nak barang aku. Susah sangat ke ko nak paham etika orang berniaga.

2- Barang return hari ape? kenape ko tak inform aku barang tu return? ke sbnrnya ko tak pos brg tu?

3- Barang tu rosak sebelum sampai kat aku, kalau ko rugi tu bukan masalah aku. Dan ko patut bertanggungjawab barang tu sampai dengan selamatnya kat tangan customer ko. Konon aku ni untunglah xyah bayar ko ganti rugi? aiyooooo kesian gile pemikiran ko ni. Seller mana ko rujuk, barang rosak suruh customer tanggung cost?

4- Aku bagi masa dari dari 6hb sampai 20hb ko rasa nak berapa lama lagi? 3 bulan? 6 bulan? 9 bulan ke Setahun? ke sampai ko abis belajar? ko xyah duk hostel? tunggu sampai ko dah beli kenderaan sendiri? cakap!!!

5-Ko duduk lah mana-mana negeri ke space yang ada dalam malaysia ni, totally bukan masalah aku, Masa aku beli barang, aku x pernah plak kena ambil tahu seller tu duduk kat mane. Makan ape, buat ape? kan? so kalau ko nak duk rumah ke hostel ke, itu bukan urusan aku. Urusan aku bayar and dapat barang. Urusan ko, pastikan service ko sampai kat customer

Bila aku cakap hormat hak masing-masing, aku maksudkan hormat hak aku sebagai customer yang dah buat payment dan menunggu parcel macam orang bodoh. Dah lah aku yang hari-hari nk follow up dengan ko, Shipments prob, ko xnak inform aku sampai aku plak yang nak kena remind ko. BERPULUH KALI dok tanya aku order ape. Details aku ape. Ko seller, memang x tulis note ke barang customer ko, siapa customer ko, payment customer ko? ke ko jenis yang bergantung dengan whatsapp kat hp canggih ko? Bila aku cakap aku nak cancel and i want u refund my money back, See, dengan poyonyeee..."hehe anytime nk refund"
Ok, aku nak tengok ko refund ke tak. Memang tak lah jawabnya bila aku tetibe dapat parcel.
Tetiba pulak barang dia sampai. eh??? 8.30 pos laju pick up? ko cakap nak cod after 10pm sahaja. Ni 8.30 ko dh pos? pastu barang ko x cukup 1. Ko x return aku punya duit whitening cream tu. Bila aku whatsapp ko x reply. Cam nokharom je perangai tu. Reply bgth exctly bile ko leh transfer maybank2u kt aku. bukan kena ada transport pon. Takde maybank2u? pfffttttt...Online seller cemane tuh? kalau xde online banking. ye dok?




Urusan tu kalau x berakhir kat dunia, kita boleh berakhir kat akhirat je. Bukan besor nilai duit tu, tapi besar jugak nilai kejujuran peniaga online dengan customer ni. Kadang-kadang kita ambil masa nak built nama, tapi dengan satu tindakan bodoh..Nama yang naik tinggi tu leh jatuh paras bawah bumi. Bukan aku yang tentukan rezeki ko SOLEHAH (nama sedap dah tapi xde ciri-ciri kat attitude), Tapi ALLAH yang tentukan. Cuma kalau ko bawak attitude sambil lewa ko ni plus kebiadapan ko dengan tidak mengaku salah dan tak reti nak mohon maaf kat customer, memang x kemana lah bisnes ko. Tagline nak rezeki diredhai ALLAH tu harus seiring dengan Perangai yang diredhai jugak.



Credit kat Namee jugak sebab fast respond. Bukan nak buruk kan keadaan, since aku memang notice ads ni from her product review, aku anggap online shop ni antara yang boleh dipercayai lah jugek...tp hampeh..Service totally badass. Pasal balance tu, aku malas nak fikir. Malas nak bergaduh. Kalau dia orang baik dia akan return.. Kalau x..paham-paham je lah.

K lah, sekian Product review servis hampagas dari aku.
Muhahahaha....xde mood nak bertofu-tofu...puih~~!!!

Wednesday, 12 November 2014

Aku Benci sangat dengan Kau.

Hati aku sekarang rasa sarat sangat.
Sarat dengan benci kat seseorang. Actually dua. Tapi yang sorang tu takde lah benci sangat. Masih boleh tolak tepi lagi lah masalah tu.

Tapi dengan yang satu ni, ya ALLAH. jangankan tengok muka dia, tengok nama dia dalam hp pon boleh buat dada aku sebuuu....hahaha

Aku dah jadi macam anti dengan dia. Walaupon darah daging sendiri. Sejak dari kes dia nak pijak muka aku seinci jarak sebab berdebat pasal kualiti student Politeknik dengan Kolej Cosmopoint. Ok fine aku forgive and forget, till lah sampai recently aku rasa too much sangat.

Kes status raya haji, pasal aku luahkan kisah anak-anak yang sepatutnya datang jumpa Mak. Dia baca or entah lah aku taknak amik tahu. Yang pasti ada bitchy yang puaka sangat hidup dia sampai nak jaja status tu satu dunia..walhal bukan masalah dia. eh, dh jadi macam 2 cerita plak skrg..ok back to the point.

Kalau nak kata aku perli dorang, aku rasa macam takda point pon sebab sorang pon adik bradik aku takda dalam frenlist aku. Tapi since dah tahu tu, aku biarkan aja. Kalau sentap tu memang kene lah dengan pepatah melayu kan. Salah aku sorang je ke? ko makan cili, ko rasa pedas. So?

Yang buat aku jadi benci sangat-sangat bila dia attack mak aku. Dia buat Mak kesayangan aku susah hati, dia buat Mak aku nangis. Dia menyusahkan hati Mak aku. Once dia buat Mak aku, dia lupa yang Mak aku ada anak yang sentiasa akan bela dia no matter what. 

Actually benda ni drag dari kisah pembahagian rumah tinggalan Arwah Abah aku. Mak aku dah umumkan kat semua adik beradik aku yang rumah aku stay sekarang ni nak serahkan kat aku. Dari riak dia, memang nampak dia tak puas hati..even dia sendiri memang secara lisannya cakap yang dia x setuju tapi TERPAKSA setuju. Itupon bersyarat. Kalau ikutkan dia nak farait. Nak ikut market price. Syarat dia aku kena bayar pampasan kat empat orang adik bradik aku dengan sejumlah wang yang masing-masing telah persetujui. Aku dah mention, dalam setahun aku boleh kumpul 6k macam tu. Dalam sebak aku dengar titah mak aku. Aku sedih bila dia terpaksa berdepan dengan situasi tu. hmmmmmmmmmmmmmm....

Dan saat aku sebak itu jugak, "dia" mention kononnya dia taknak aku byr ansuran. Dia nak aku bayar lump sum. Tak kisah lah aku nak cari duit tu macam mana. Pinjam along ke ape ke. Dalam hati aku masa tu rasa "oh myyyyyy.....how small i am without MONEY!" sedih sebak aku rasa cukup terhina. Lepas je meeting tu aku terus naik atas, aku nangis. Aku rasa aku useless, sebab aku terpaksa letakkan MAK dalam keadaan macam ni. AKu sedih tengok Mak kene tekan macam tu. Batin dia tertekan. itu aku boleh rasa.

Since tu aku nekad, by 2015 aku akan pastikan aku dapat duit tu. Aku akan bayar dia cash dan surat perjanjian. Cash tu aku nak letak dalam plastik sampah hitam. Ada simboliknya plastik tu. Macam mana ko buat aku rasa terhina....macam tu lah aku nak ko rasa 1 day. 

Tahap benci aku tu sampai terdetik lah dalam hati aku waktu aku tengok eksiden motor-motor besar baru-baru ni. aku nak sangat dia jadi salah seorang mangsa eksiden tu. Pegi MATI lah hendaknya. Puas hati aku. Kejam? Memang, utk orang yang macam tu aku rasa he deserved it.!

Hidup ni tak selamanya dibawah, pon tak selamanya diatas.
ALLAH melihat, mendengar. Aku sikit besar zarah pon takda nak jealous kat orang-orang yang senang keliling aku. Lantak kau orang lah, usaha dan rezeki korang. 

Buat masa ni, aku memang BENCI dengan dia. Betol kata Prof Muhaya, semakin kita benci dan dendam, semakin orang tu sentiasa dihati dan minda.

Semoga aku cepat let he goooooooooooooooooooooooo dari life aku. Semak kepala..Semak dada aku.

puih!

Monday, 10 November 2014

TRIP : Singapore Sept 2014 - Part 2

Assalamualaikum wbt.

Again, part two... Sebabnya ada few place lagi yang harus di publish tapi kena lah ikut turn ye dak? hahahaha


 Ni 2nd day, mission nak tengok Pulau Sentosa and beli T-Shirt HRC yang adik Kak Ida kirim.




 This time completed 3 orang...hehehe walaupon Wee Leng tak sempat masuk USS. Tapi kitorang tetap nak snap picture together-gether githuuu





 OK ni Sentosa jugak...Kalau naik train dari VIVO CITY, ade 3 stesen korang boleh stop. Macam monorail lah train dia. 1st station USS, 2nd Station ko akan jumpa S.E.N.T.O.S.A ni haaa...ada few game kat sini. Tapi kitorang tak masuk pon.




 LionPura stand behind me



 Kemain comel sign Female Toilet...auwww
 Tetibe dekat 3rd station jumpa beach..kitorang pon tak sangka..Sentosa Island ni luas and ada macam-macam. Ape lagi, explore lah macam-macam kan. Bila upload picture dekat Island ni, semua pon macam huwaahhhh, kat mana ni? hahahaa kembang kempis hidung. 



 OldChang Kee ni sedap curry puff dia..yummeh :D


 Ni masa on the way nak cari MBS (Marina Bay Sands) 
Wall dia macam menarik je..sTOp and Snap.

 Memang worth it lah, berjalan jauh tapi hasilnya, view yang cantik..sama cantik dengan modelnya...hahahaha matikk lah puji diri sendiri..hehe
  

 Kalau malam lebih nice..ada lampu colorful...
Tapi malam we olss ade project lain.


 Eyes of Singapore...phewww :p

 Haaaaa, suka sangat building ni. 



 Building yang seolah-olah ada kapal kat atasnya. Swimming pool kata orang. Boleh naik..tapi kene bayor lew...hehe


 Sini pong Cantik view ala-ala Hong Kong

 Kemain yang belakang tu mengushar...???? hamboiiii



 LV ni memang stylo...Galeria dia pon high class, tentunya harga pon high-high kan? hahaha
 Kebetulan takda orang...Kosong githu..
LV ni ana yang funyaaa lah



 This is Bugis Street... Tempat shopping murah-murah

 Pilih-pilih jangan tak pilih..sila jangan convert. :p
 Fresh Juice dia murah 1SGD, pekat and sedap
 Dah puas shopping, ape lagi? menapak lah balik rumah eh balik hotel. Ni Hotel hari kedua. Upgrade sikit..hehe


to be continue part 3 and hope that one is the last part...phewww...
Tak larat nak ingat semua..dah lama berlalu..hehekss

bye,