Pages

Wednesday, 12 November 2014

Aku Benci sangat dengan Kau.

Hati aku sekarang rasa sarat sangat.
Sarat dengan benci kat seseorang. Actually dua. Tapi yang sorang tu takde lah benci sangat. Masih boleh tolak tepi lagi lah masalah tu.

Tapi dengan yang satu ni, ya ALLAH. jangankan tengok muka dia, tengok nama dia dalam hp pon boleh buat dada aku sebuuu....hahaha

Aku dah jadi macam anti dengan dia. Walaupon darah daging sendiri. Sejak dari kes dia nak pijak muka aku seinci jarak sebab berdebat pasal kualiti student Politeknik dengan Kolej Cosmopoint. Ok fine aku forgive and forget, till lah sampai recently aku rasa too much sangat.

Kes status raya haji, pasal aku luahkan kisah anak-anak yang sepatutnya datang jumpa Mak. Dia baca or entah lah aku taknak amik tahu. Yang pasti ada bitchy yang puaka sangat hidup dia sampai nak jaja status tu satu dunia..walhal bukan masalah dia. eh, dh jadi macam 2 cerita plak skrg..ok back to the point.

Kalau nak kata aku perli dorang, aku rasa macam takda point pon sebab sorang pon adik bradik aku takda dalam frenlist aku. Tapi since dah tahu tu, aku biarkan aja. Kalau sentap tu memang kene lah dengan pepatah melayu kan. Salah aku sorang je ke? ko makan cili, ko rasa pedas. So?

Yang buat aku jadi benci sangat-sangat bila dia attack mak aku. Dia buat Mak kesayangan aku susah hati, dia buat Mak aku nangis. Dia menyusahkan hati Mak aku. Once dia buat Mak aku, dia lupa yang Mak aku ada anak yang sentiasa akan bela dia no matter what. 

Actually benda ni drag dari kisah pembahagian rumah tinggalan Arwah Abah aku. Mak aku dah umumkan kat semua adik beradik aku yang rumah aku stay sekarang ni nak serahkan kat aku. Dari riak dia, memang nampak dia tak puas hati..even dia sendiri memang secara lisannya cakap yang dia x setuju tapi TERPAKSA setuju. Itupon bersyarat. Kalau ikutkan dia nak farait. Nak ikut market price. Syarat dia aku kena bayar pampasan kat empat orang adik bradik aku dengan sejumlah wang yang masing-masing telah persetujui. Aku dah mention, dalam setahun aku boleh kumpul 6k macam tu. Dalam sebak aku dengar titah mak aku. Aku sedih bila dia terpaksa berdepan dengan situasi tu. hmmmmmmmmmmmmmm....

Dan saat aku sebak itu jugak, "dia" mention kononnya dia taknak aku byr ansuran. Dia nak aku bayar lump sum. Tak kisah lah aku nak cari duit tu macam mana. Pinjam along ke ape ke. Dalam hati aku masa tu rasa "oh myyyyyy.....how small i am without MONEY!" sedih sebak aku rasa cukup terhina. Lepas je meeting tu aku terus naik atas, aku nangis. Aku rasa aku useless, sebab aku terpaksa letakkan MAK dalam keadaan macam ni. AKu sedih tengok Mak kene tekan macam tu. Batin dia tertekan. itu aku boleh rasa.

Since tu aku nekad, by 2015 aku akan pastikan aku dapat duit tu. Aku akan bayar dia cash dan surat perjanjian. Cash tu aku nak letak dalam plastik sampah hitam. Ada simboliknya plastik tu. Macam mana ko buat aku rasa terhina....macam tu lah aku nak ko rasa 1 day. 

Tahap benci aku tu sampai terdetik lah dalam hati aku waktu aku tengok eksiden motor-motor besar baru-baru ni. aku nak sangat dia jadi salah seorang mangsa eksiden tu. Pegi MATI lah hendaknya. Puas hati aku. Kejam? Memang, utk orang yang macam tu aku rasa he deserved it.!

Hidup ni tak selamanya dibawah, pon tak selamanya diatas.
ALLAH melihat, mendengar. Aku sikit besar zarah pon takda nak jealous kat orang-orang yang senang keliling aku. Lantak kau orang lah, usaha dan rezeki korang. 

Buat masa ni, aku memang BENCI dengan dia. Betol kata Prof Muhaya, semakin kita benci dan dendam, semakin orang tu sentiasa dihati dan minda.

Semoga aku cepat let he goooooooooooooooooooooooo dari life aku. Semak kepala..Semak dada aku.

puih!

No comments:

Post a Comment