Pages

Friday, 18 December 2015

Struggle

Teringin jugak nak merasa rumah sendiri, especially rumah baru.
Semalam bila geng aku sound, 

"Jue, ko asyik berjalan je, Beli la aset pulak"

Terus rasa panas je telinga aku, marah la konon. haha
Kalau lah orang nampak rasa disebalik senyuman kita mesti orang x judge kita kan.
Aku cuma mampu cakap, betapa aku struggle beli rumah cash. Ingat senang ke nak kumpul?
Dengan makan gaji ni.. Adoi perih tau aku ketepikan duit gaji setiap bulan.
Dalam ketepi-tepi tu aku menyempat jugak beli iphone. renovate rumah. muhahahhahaa
pastu gelabah duit tak cukup. kekekeke. Tapi InsyaALLAH akan ku cukupkan jugak. No matter what.. Go Go Girl. You can do it. 

Entah, aku rasa aku cuma perlukan 1 rumah untuk tinggal, kenderaan untuk bergerak dan semestinya duit untuk belanja. Selebihnya aku pakai makan apa yang mampu je. Nak kejar dunia sangat sampai ko tak sempat rasa nikmat apa yang ada atas dunia ni. Chill laaa...

Next year aku rasa aku nak tingkatkan lagi jumlah saving bulanan aku. Kalau mampu. Aku nak simpan sebulan 1000. hahahhaha :p

Ok laaa...dare to dream, kan?

Mana tahu gaji naik banyak. Amin Ya Rabbi.

Terima kasih ALLAH sebab selalu layan baik saya yang hina ini. 
Allah, malunya lah. 

-__-'

Love.
June

Wednesday, 18 November 2015

Makan - Makan at Jogoya Starhill

Bismillahirrohmanirrohim

Semalam 18/11/2015, lepas kerja aku dengan officemate 8orang pergi Starhill.

Boleh lak time kitorang nak pergi ni ada banyak sekatan dan penutupan jalanraya area KL sempena Persidangan ASEAN. sebok je. Buat ape pergi Starhill petang - petang ni? Of course lah sebab nak pergi Jogoya Buffet ni. Sebelum pegi Sabah lagi dah booked nak makan kat sini. So gaji aritu teruslah collect duit (bayar sendiri ye u olsss) huhuhu xde mana company sponsors.



 Breakfast tu makan Nasi Lemak sikit..haha sebungkus ler jugek. :p
Tengahari memang tak makan, simpan perot laa katakan...hehehe




 Sampai je memang dah set nak cari tempura. Sebab tekak melayu, mana maunya makan yang mentah kan. So lets kembara. Ni first plate.
 Lepas dah makan, terus ke 2nd plate. Dapnyaaa...rasa nak jilat skrin. hahahaha. Sangat suka sushi..

 Oh, ni plate shima rasanya...saja snap...Tengok laa udang yang dia hidangkan...besar gabak ok.
 Yang ni plate kak ida....dia memang suka yang jenis mentah2 ni....eerrrrrr.....

 Ni pon plate kak ida...OMG! Siput tuuu...oink oink haha
 Ini baru pinggan ke-TIGA i..hahaha lepas makan yang ni terus tersandor..hongeh orang kata. hehehe kalau boleh nak bukak butang seluar. hehe. Suka gile squid grilled tu.. Lamb grilled pon, Prawn pon. Dimsum pon...adoiiiii napa buat entry ni?? huhu



 Ni lah K. Ida, Yang kongsi nama abah yang sama. Abdul Rahman. So kitorang declare kitorang ni adik beradik tiruan. hehehe.. weee Ahad ni dia nak belanja tengok teater u olss... sayam kak ida ku ini...hehe.. Muachhh banyak

 Ni anak dara metrohm jugak. Shima and Anis. Single lagi ni... :)

Ni menu last sampai.. Ya ALLAH sedapnya.. Semua orang dapat rasa. Best Part is, kitorang pergi 8 orang.4 Muslim 4 Chinese. Tapi dorang bagi kitorang makan dulu. Lepas kitorang dh makan baru dorang pulak makan. Btw, menu ni untuk members jogoya je. yumsss



Ok lah, nt kita up entry lain plak k. 

Bye

Campur Tolak Bahagi

Bismillah...

Hari ni Big Boss dari overseas datang. So, aku? purak-purak lah datang awal. Kata pekerja contoh, muhahaha. :D

bytheway, cream puff ni sedap gilos ok. 

Kemain awal lagi bangun siapkan makanan MAK sebab arini selasa, MAK ada dialysis. Kena bawak bekal. Macam biasa Tenggiri Goreng Cili Api. Sambil goreng sambil puji..Sedapnyaaa lah hai.. hahaha..kekdahnya puji sendiri. Kau mampu? ai is pon terkejut tau. haha

Dah siap-siap semua. Maka aku pon terus bersiap nak pergi keja. Konon nak kluar rumah 7pagi, takda makna ok. 7.30 jugak sudahnya. At least awal laa setengah jam. Tapi ai is sampai before 8am ok. TAHNIAH...!!! *tepuk tangan sikit*

Diam tak Diam harini genap lah seminggu aku baru balik dari Sabah, company trip. Best gile trip pegi sabah tu. Nanti lah hapdet kalau rajin. Ngeeee =____=

Lagi nak cerita apa eh.

So far aku dah keja Metrohm ni almost 3years. Keja ALHAMDULILLAH. Gaji pon cukup. Kawan-kawan pon best. Asyik makan dan makan je. Seronok la... Rasanya ni company yang paling tak banyak songeh compare dengan company yang aku pernah keja. Tapi previous company pon semua kawan-kawan best. Apapun tetap syukur dapat rezeki kat sini. Nak kata jauh berulang..entah, sebab dh biasa kan. Lebih kurang aku berulang kerja serdang and putrajaya je lah. Tetap kluar lambat..walaupon...hahahhaa ishh tah bila nk berubah tah.... kikiki :p

Ok lah tu je nk cerita. bye

Tuesday, 27 October 2015

P A L A T

Ermmm.. Tak tahu lah. Kadang aku pelik,
kenapa orang yang aku treat elok-elok selalu bagi taik kat aku?


What have i done?
Like recently,
After Langkawi trip semua benda berubah.
Trust kelaut, sana sini sentap.
Dari sekecil - kecil benda semua jadi palat.
ha ha ha ha

sungguh, bila ko cuba untuk fixed the things.
Someone ruined it. Tak ke palat?

Dah la main hide n seek.
Bila kantoi, aku terbuka menerima sebab aku cuba untuk meminimakan masalah.
Buat ape nak buat things jadi lagi worst. Aku jadi pendengar.

Then, bila aku gembira dengan kawan - kawan aku.
Aku jadi terasa bila orang sampaikan kat telinga aku yang aku ni cuma orang tengah.
Iye, orang tengah!!!! Memang palat lah kan. Foinee..aku lek lek je.

Tapi bila aku wat lek lek.
Puakaz pulak main peranan. Walhal aku x kacau pon dia.
Sampai satu masa, aku nk confront. Tapi thru messenger je.
Dah dia pon provoke aku thru online.
Benda habis setakat tu. Tapi....

>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>








EVERYTHING HAS CHANGE NOW...!!!


Kuddos for both of you KIDS.
:) Hope you enjoyed it. *GAME OVER*



Wednesday, 21 October 2015

Aku Sehelai Tissue


Aku sehelai Tissue.

Yang biasa orang gunakan untuk menghilangkan kotoran.
Yang selalu orang cari saat dia bercecehan airmata
termasuk air hidungnya.
Yang selalu orang guna untuk nampak lebih baik. Lap peluh contohnya.
Yang orang perempuan utamanya, simpan dan jinjing sampai ke bilik air.

eeeee...TISSUE.
Kadang engkau juga penyelamat bila ada ingin dicatatkn sesuatu (option kertas)

eeeeee...TISSUE.
Manfaat ko banyak tapi kemana sudahnya engkau dicampak?

eeeeee...TISSUE.
Putih tapi selalu dikotorkan untuk membersihkan manusia/benda lain.

eeeee...TISSUE.
Kewujudan ko hanya ketika manusia tengah bersedih atau kotor.
Jarang aku dengar orang guna TISSUE saat dia ketawa gembira.

Sampai habis benefit aku, manusia buang bagai tiada nilai.
Sampai habis ko kotorkan aku, manusia tinggal tidak dipandang.
Sampai sudah, itulah nasib TISSUE.



Tuesday, 20 October 2015

O' Allah

Ya ALLAH,

Temukan aku,
Dekatkan aku,
Kenalkan aku,

Dengan hamba-hambaMU yang....











































MencintaiMU dan sentiasa memimpinku ke JalanMU
Membimbingku ke SYURGA INDAH MU, Ya ALLAH.
Kalau tidak ramai, sekurang-kurangnya ada SATU. Please.

Aku Merayu dengan sangat, Ya ALLAH.
Cinta itu ada tapi tidak mekar. Rugi......................... :(

Sesungguhnya aku tidak mahu hidup dalam kerugian lagi.

Sunday, 4 October 2015

KAWAN.

Kawan ada macam macam jenis.

Kawan.
Kalau ko jumpa kawan yang selalu mengalah dengan kau.
Tak kisah perasaan atau kehendak sendiri tapi tetap lebihkan kau dalam segala hal.

maka WAJIB untuk kau sayangi dan HARGAI dia.

M i found mine?
Yes.. I Do.


Kawan.
Kalau kau jumpa kawan yang selalu ingatkan kau pasal kebaikan.
Dan terima kau saat kau lakukan keburukan.

Maka. WAJIB untuk kau SIMPAN dia dalam hidup kau.

Kawan.
Kalau kau jumpa kawan yang boleh kongsi ilmu dunia akhirat.
Walau saat tu ilmu kau lagi hebat.
Kalau kau jumpa kawan yang ingin belajar, walau hanya dari secebis pengalaman.

Maka. WAJIB untuk kau DEKATKAN dia atau engkau mana satu yang lebih cepat.

Faham?


sekian,
dari saya yang masih perlukan kawan,

June



Sunday, 27 September 2015

Siapa diriku?



Semoga Enjoice. !!

Aku cuba....

Haaaa Hujan lebat pagi ni, seraya menghilangkan asap jerebu ni.
Syukur ALHAMDULILLAH.

Since malam tadi hati tu asyik nak hangin je.
Pagi pulak terjaga jam 7.15. Matilaaanak...
Aku bebel la kt MAK...asal x kejutkan?
sebab aku kelam kabut nak masak tuk dia jugak.
Dah laaa serba serbi x siap. Ikan x keluarkan. Sayur n bawang tak potong lagi.
Ko rasa? x kelam kabut aku pagi-pagi tu.
Bila pkai selipar tengok basah..means dia bangun amik air semayang.
Tapi tu lah x kejut. stress ok.

Malam tadi dh ok..Borak semua.
So ke dapur sambung nak basuh pinggan and siang ikan.
So tgh kemas tu aku nampak sampah atas meja.
Ada penutup jarum insulin tu. Laju tgn ni amik.
Tercucuk laaa jarum tu kt ibu jari. Agak dalam..So byk darah keluar..
Memang bisa..benda tajam kan. Aku basuh dgn air paip. Biarkan air tu membasuh luka...githu.
Mulut masa tu start lah maki marah-marah sambil ambil tisu.
Tisu plak habis. Lagi laaa stress. *time marah mulut memang xleh control*
Benci sgt kalau terlepas anger tu. Dah lah mood swing sebab tengah period.
Aku geram laaa..jarum tu jarum yang dah guna. Berminggu-minggu dok cucuk insulin dia.
So benda tu x hygiene. Patut sangat benda tu di buang bukan disepah macam tu.
Or at ask my favor to dispose benda tu. Bukan susah. Sebabkan cuai macam ni, aku jadi mangsa.
Bengang tau x. Hurmmmm.....

So bila dah marah, perasaan aku ni bercampur baur.
Kat opis tu mula laaa nk melalak je.
Benci lah.!

sekian. nak sambung keja

Tuesday, 1 September 2015

Merapu

Assalamualaikum.

Hi, Salam Merdeka buat readers ahkak.. Readers? hahaha
blog sendu camni, mana datang reader-readersnye. kekeke

ok konpiden penting.

Hari ni nak cerita ape ye?
DIY?

Ye aku lately ni kaki DIY.
Sejak bulan puasa aritu, aku habiskan tenaga kreatip aku untuk Project DIY #wallpaper hall rumah aku. Mendapat pujian ramai dari kalangan para tetamu. Kembang hati akak deknon. haha

Actually, pemilihan corak tu yang nampak rumah bersih.
Nampak umah sangat lapang.
Gitu..
Walaupon kekadang aku tengok..aku sendiri serabut. haha cemane tu?


eh akak byk keja lah..akak sambung nanti2 ye?

ok, bye. Take Care


Friday, 24 July 2015

RAMADHAN DAN SYAWAL BULAN MULIA

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga yang baik bertambah baik.

Yang lepas jangan dikenang.

I love You!

Thursday, 11 June 2015

F A T I G U E W E E K

Bismillahirrohmannirrohim

Dear Blogs,

This week a week that really fatigue.
Like seriously. Nangis!

Time Management failed disitu.

i need a simple vacation


Laters,

June
12/6/2015; 11.19am

Tuesday, 26 May 2015

Dia lagi kuat dari aku.

ok,

Lets make it short, simple, straight and fact.

Macam ni, aku namakan dia Pathma. Because i heard nurses call her with that name.
A young lady, indian, diagnosed kidney problem. (Nefro Ward~of course ler kan.)




My first time saw her lay down on the dialysis chair with a scary pose and look. Tehee..
That time, terus curi-curi snap. Dalam hati rasa macam terkejut, and rasa nak tergelak.
Nak pegi amik air panas pon macam tak berani. hew hew hew. Gile aku!
I guess she need a aircond, sejuk. Sebab area tu memang dapat rasa aircond.

Then, next day. My MOM bed need to transfer to the another place. (area orang tengok tv, wad full to the max). She (Pathma) slept over there. From that, i try to b a friendly. She look weird. Really. Sebab dia korek-korek batu yang dalam pasu bunga plastik. (u guys tahu x. Batu kecik mcm batu sungai color putih orang letak dalam pasu jernih then cucuk bunga plastik?) i was like WHATTTT? Staring at her while pretending that im not. Scary ok...kang kena cepuk naya je. Lagi mengerikan tengok dia gigit batu tu. hahahaha LOL. Dah kenapa? i told to nurses there. And nurses asked her why she ate that stone. She slumber said, NO. THIS IS A GULA BATU!! hahahahaha

After a few hours, Pathma ni punya lah peramah..merapu lah cakap itu ini. Makan tak sedap lah, boring lah. i was told by her; hospital is her 1st house. Plan to go to JPN, sebab nak tukar address IC. hehehe....i was laughing while having a chat with her. Kelakauuu nak mam...Dia stay kat spital tu almost 3-4 bulan. kadang-kadang terpaksa melarikan diri. HOMESICK maybe. :'( tapi tak lama, after few days mesti kena datang spital. Sesak nafas. (Dia sendiri make confession)

Malam je dia mengerang, sakit. Panas. Gatal. Hmmmm..kesian sangat. Kalau time elok, tak duduk diam. merayau pegi katil kawan dia. since she claimed that she is KETUA KAMPUNG kat wad tu. hahaha..Sampai nurses kena jerit panggil nama dia nak cucuk ubat. baru dia keluar, get back to her bed. Itu lah dia Pathma. Nampak dia macam busuk, nurses bebel suruh dia mandi. Dia cakap, kejap lagi saya mandi..betol-betol punya mandi.. hahaa (Dia x boleh mandi, sebab kat perot dia ada Tenckhoff). Terus nurses jerit, jangan Pathma..then we all sama-sama gelak..!

Bila dia tengah masuk ubat, aku sembang-sembang dengan dia. Rupanya dia sebaya aku. 31 tahun, dah kahwin and ada 2 orang anak perempuan yang dah besar. Asalnya dia ada darah tinggi. Lepas tu ada masalah buah pinggang. Then sesak nafas semua. Ezcema lagi. Tunjuk kaki dia dah kering, kuku kaki dia pon dah pecah and hitam. Dia keluarkan 1 album dari drawer tepi katil dia. Tunjuk picture lama dia yang masih sihat. Masa tu memang dia "SIHAT" pon. Lain sangat muka dia. Gemok sama macam aku. Gambar dia senyum, sejenis yang happy go lucky. Dia cerita pasal kakak dia, paksa dia botak rambut sebab dia ada kutu. Masa tu umur dia 10tahun. Dia sampai anti gile dengan kedai yang botakkan rambut dia..hahaha..cerita sambil gelak. Pastu dia cakap..punya laa malu..dalam rumah pon pakai topi. Bila sedara-mara dtg tanya apesal pakai topi..dia cakap panas (matahari). hehehe..cute!!
Bersungguh cerita sambil show me the album.

Pathma, kalau lah kau ko baca ape yang aku tulis ni, aku nak ko tahu.
i adore your spirit, your happiness, your strength, your patients towards all the journey you've been through. Ya ALLAH, aku rasa Down bila MAK sakit. But when i see you that go through all those pain, i realize that ALLAH SWT planned was right. Yes, absolutely right. Because HE test those who can bear with it.. Pathma muda sama macam aku, plus dia seorang isteri dan ibu. Suppose dia menikmati kehidupan yang complete, membina keluarga bahagia. Tapi dia sakit, dia tak macam aku. Aku sihat, aku masih mampu tidor lena, boleh makan, boleh berjalan, boleh itu ini. Arghhh....see, if we think our problem is big, others is BIGGEST than us. ALLAHURABBI. Beringat dan Bersyukur lah june. Masa itu berjalan dan takkan mampu berpatah balik.

Dear Pathma, aku doakan semoga ko diberi HIDAYAH ALLAH, aku doakan ko kuat jalani kehidupan ko, aku doakan kesihatan ko semakin baik selepas ni. (who knows, m i r a c l e )
Semoga ko terus ceria as always, semoga ko happy dengan family and kawan-kawan ko. Semoga anak-anak ko sayang ko walau ape pon keadaan ko. Teruslah tersenyum sebab kita tak tahu, WHEN our "last"..... See you when i see you.

Rileks je smile. I love you Pathma. U teach me a LOT!!


26-May-2015;5.04pm/Tuesday/8Syaaban

June - looking for the POSITIVE AURA

Thursday, 21 May 2015

Warded

22May2015; 11.52am

Dear Blog,

Pagi ni aku siapkan beg ringkas untuk MAK. Berita sedih untuk aku, bila senja semalam MAK call sendiri bagitahu dia kena admit ward hari ini due to her blood test result. Normal people know, if you have to warded because of blood test. Its simply mean something is NOT RIGHT there. ALLAHURABBI. Aku sedih. Kejahilan aku meluahkan dengan rasa sebu "WHY AGAIN?" Forgive me ALLAH. :'(

I HATE HOSPITAL...
Seriously, i hate! For me, hospital = death. Arwah wan aku, arwah Abah aku antaranya. hmmmm....
Tapi kat hospital antara tempat Malaikat-Malaikat berkumpul mengiringi pelawat dan pesakit. Tempat dimana most of them berdoa kepada ALLAH Yang Maha Pengasih untuk diberi peluang kedua. (including me. p a r a n o i d)

Abang aku hantar MAK pagi ni, aku cakap dengan MAK do not worries. i'll be there once i finished my work. Rezeki aku makan gaji, aku kena jaga juga periuk nasi. Tapi kalau perlu resign. i will do it. Eh, itu belakang cerita nanti. Now focus yang depan mata ni. Tak sabar nak tunggu petang. Nak mintak chow awal tapi segan.  huhuhu. Tadi MAK call, dia cakap kejap lagi dia dah nak start dialysis air tu. Sedih aku, sebab takda sape teman dia. What if dia nak makan nanti? Nak minum? Adoii...tak sampai hati lah. Moga ALLAH boleh jaga MAK. Please ALLAH, im begging you. =___= tsk tsk

Hari ni jugak aku message adik aku. Suruh datang tengok MAK. Hope kedatangan dia nanti make MAK happy. Harap-harap jugak result darah and dr review nanti everythings will be fine and OK. Tak larat laa nak nangis je. huhu 
:( eh, aku kena lah positif. Aku kan memang orang yang selalu positif dulu.. why not now. *pangmukasendiri*


Orang kuat selalu diuji, eceh!
ALLAH SWT Sentiasa bersama-sama dengan kita. Yakin Diri ok. :)


Thursday, 9 April 2015

Nasib seorang Ibu tua yang sakit

Disatu pagi hari raya,

Sepasang suami isteri termenung sambil mengenang nasib.
Suasana pagi raya yang sepatutnya gembira, bertukar menjadi sunyi dan hiba.
Saat terdengar laungan takbir raya, kedua suami dan isteri ini diam.

Suami lantas menyapa isteri yang sedang mengesat airmata.
Anak-anak kita ramai, tapi sorang pon takda dengan kita.
Dulu masa anak-anak kita masih kecil, semua kehendak mereka kita turutkan.
Just to make sure they all happy. Because happiness is Our Priority as parent.
Don't We?

Isteri mengangkat muka, senyum hambar. Tonton TV walau hati dan fikiran entah kemana.
What to do, bang. Anak-anak dah ada keluarga sendiri. Ikut suami.
Yang si Zul (anak lelaki) pula sayangkan isteri. 
Anak bongsu kita pula belajar nun diluar negara. Tak balik.
Harapkan anak kita yang masih bujang tu pulak, asyik busy dengan kerjanya saja.
Sampaikan hari raya pon terlupa untuk apply cuti... haishhhh...(mengeluh)

Rumah itu sunyi, sepi.
Mereka berdua terasa seperti diasingkan.
Tiada panggilan telefon, tiada mesej, tiada kunjungan anak-anak.
Tiada gelak tawa cucu-cucu.
Sunyi...
Lemang, rendang, kuih-muih kesukaan anak juga terhidang diatas meja.
Hanya mampu dipandang sayu, kerana hanya mereka berdua sahaja yang akan menghabiskannya nanti. 

Hendak berjalan, kaki dah tak sekuat dulu.
Pernafasan pon tidak selancar ketika muda. Semput dan termengah-mengah.
Apa yang mampu mereka lakukan? hanya terperap dirumah.
Menunggu dan terus menunggu. 
Hinggalah, seminggu sebelum berakhirnya syawal baru lah anak-anak mereka pulang.
Itupon setelah kering airmata mengenang nasib.
Pulang pon tak lama, sekadar 2hari 1malam.
Tidak mereka sangka, kasih sayang yang dicurah selama ini.
Langsung tidak dihargai. Malah, mereka tidak lagi menjadi priority dikalangan anak-anak mereka.

Hiba............... 
Usai solat isyak, si isteri menangis.
Menangis teresak-esak...hingga perlu dipujuk suaminya.
Ibu tua itu menangis bukan kerana anak yang telah ketepikan mereka.
Tetapi menangis sebab dia pernah melayan Arwah MAKnya seperti itu.
Meletakkan MAKnya sebagai penghalang untuk bergembira.
Meninggalkan MAKnya yang sakit semata untuk menggembirakan anak-anaknya
Mendahulukan orang lain lebih dari MAKnya yang susah payah melahirkan dia.

Mungkin ;
- Kurang kemesraan yang menyebabkan dia rasa EMAK itu hanya sekadar EMAK.
- Tiada pengalaman melalui kesakitan melahirkan anak secara normal. 
- Waktu itu umurnya muda dan rasa tanggungjawab lebih pada suami
- Perasaan simpati melebihi dari perasaan Kasih Dan Sayang
- Itu sudah nasib EMAKnya, dan MAK harus redho
- Perasaan MAK hanya kerana MAK itu seorang pesakit. Ahhh, tak usah diturutkan.
- MAK sudah terlalu Tua untuk enjoy, jadi berehat sajalah.

Walau apa pon kemungkinannya, past is past.
Tak guna untuk dikenang, orangnya pon sudah tiada.
Kini, tiba masa dia pula dilayan sebegitu.
Ah, kalaulah aku tahu nasib ku akan begini...??
Bisiknya dalam hati yang paling dalam.
Dia menyesal. Dia Menyesal dan Dia menyesal.

Benarlah kata pepatah,
"sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"


Sekian,
Sekadar imaginasi.
Tiada kaitan pada yang hidup mahupun mati.





Wednesday, 8 April 2015

RE-UNION ESEMPI 2001

Bismillahirrohmanirrohim.

8 March 2015, hari yang bersejerah.
Ececece...ye ye je. Takde la ape. Hari tersebut, semua (yang commit je) Ex-Student Esempi batch 2001 berkumpul. Lokasi yang ditetapkan kat Kemensah. Aku join jugak event ni sebab Eja, Ena and Ica pon joined. So, seronok lah bila orang yang kita biasa join sekali. huhuhu Lagipon, kitorang support lah orang-orang kuat event ni, rasanya makan tahun jugak niat dia nak kumpulkan semua.. hahaha. So, lets chekidaut the picture k. Nak cerita panjang pon dah tak berapa nak ingat..hehehehe Maklumlah, dah lama perap picture ni....huhuhu



 Ni antara chief admin laaa (SELAMAT)..esp, bab collection duit..hahaha...
 Dua orang tukang masak ni, antara yang paling bujang..teruna tu xpasti lah pulak..hehehe
(SHAZZAN and ADI)

 Menu ada BBQ as usual, ada ayam and kambing...shedapnyaaa..*telan ailio jap

 Ni ENA...paling menjaga tatasusila hari tersebut sebab dia nak elak orang panggil dia Penguin..hahahaha....
 Ni memang tak dapat elak....EJA. Dia punya lah risau kalau-kalau bebudak ni ejek dia..hehe..tapi nak wat cemane..karakter tu terlalu closed..hehehe
 Antara bebudak lelaki yang dulu keding now dah godang-godang...Yang ada hari tu, ade jugak yang tak berapa cam. (Farid, Adol, Sobrie, Jelin, Azli, Amy Mamang, Emi, Tompel, Saiful Azhar, Azlee, Fariqq) 


 Yang Ni NOR, dulu aku rasa mesra je aku dengan dia kat sekolah, laaaa ni bile jumpa dah x macam dulu. Eh, kenape pulak ye? huhuhu
 Shah and Ku Azira, Shah ni antara kawan aku paling comel kat skolah rendah. Aku suka kawan dengan dia dulu. Umah kat batu 14, selalunya Jumaat aku mesti g makan umah dia. Dia dh tak ingat kot..hehehe..
 Pai pon ada...yang remain the same. Pendiam tapi peramah..cemane tu? hahaha...

 Ni muka-muka yang tak terjun kolam. Geli pon ya jugak sebab air tu x mengalir..hahahaha...
 Memasing tengah discuss, pasal siapa yang lucky or tak lucky. Aku Eja and Ena, dok cakap laa yang nama kitorang ni jarang nak kena lucky draw..hahaha sebab hari tu ada lucky draw, power bank. Lagi tak ramai datang, lagi besar chances nak dapat power bank..hehehe
 Sekali, tengok-tengok..orang yang 1st dapat lucky draw no aku..eh, suka lah..hahahahaha...sebab masa sampai aku terus cakap..seumur hidup aku tak pernah beli power bank..hehehe...
 So Admin yang seksi yang passkan hadiah..weeehhheeeeeee...yahuuuuu dapat power bank!!
 Lepas dapat lucky draw, kitorang merayau-rayau kt belakang pulak..sementara tunggu next lucky draw...ni lah antara 3 kawan aku yang rapat kat skolah. Selalunya, kasut kitorang sama. pastu nanti rehat sama-sama..x tahu nak wat ape..dok bawah pokok..hahaha..kelakar.


 Ni pon 1 group kat skolah. Rasanya dari dulu till now, geng ni remain unchange. Samaaaaa jek macam dolu-dolu
 Kiorang bertiga still lagi dok bincang sape lah yang dapat lucky draw pas ni..hahaha

 Jeng Jeng Jeng.....Next lucky No..goesssss to ENA...yaaaay..suka, sebab keta kitorang dah dua orang dapat. hahahaha..dah janji, sape dapat..kasi pinjam seminggu-seminggu..hihihiksss

 Next lucky No Aisyah yang dapat..suka dia dapat lucky draw..Eh, siapaaaaa yang tak suke kan?
 Double suka bila yang sampaikan Adi pulak..olololo shooo shuweet :p

Sekian lah dahulu cerita reunion ini. Looking forward to the next event. Harap-harap makin eratkan silaturrahim antara kita. InsyaALLAH..amin :)

Monday, 16 March 2015

Fast and Fastest.

Assalamualaikum.

Sesi meluah lagi ke??? hahaha
Kali ni tajuk fast-fast gituh..kalau fazzz itu fazura.
i loike!

AKu ni fussy jugak ke?
Tengok keadaan...tapi ada lah sikit..(banyak kot)
Pastu bila kita fussy, orang yang kita deal with slow.
Harap bertabah..hahaha

Itu kalau sejenis yang bersabar. Kalau jenis yang kurang macam aku ni?
Jenuh laaa kan. Nak menahan sabar.
hahaha

Macam recently happen, aku dh terliur nak try Naan Cheese Best in Town.
Aku roger lah geng makan ke geng jalan aku tu.
Soalan dijawab dengan soalan.
Pastu mcm nak kena tunggu jwpn tu kena dptkan jwpn dari sorang lg.
Aku bukan ajak makan kat KL Tower. Aku ajak makan Naan Cheese.
Naan Cheese tu paling mahal pon RM7.
So, bila sorang lagi masuk..pon still response yang sama.
Soalan jawab dengan soalan.

Kebetulan tengah whatsapp dengan kakak aku.
Cakap kat dia, nak try makan naan cheese best in town kt KL.
Dia terus cakap bila? Dia ok jer.
Nanti dia pinjam duit anak dia..hahahhaa
Maklumlaaaa x gaji lagi.
Senang deal dengan orang yang easy ni.

So my invitation at first terus cancel.
Sorry. Next time lah aku ajak dorang.
Bagi dorang bertenang dulu...hehe
Lagipon aku pon baru nk try.
Kalau ok, boleh laaaa ajak lagi.itupon kalau dorang tak byk songeh lah.


so, lepas ni kita layan Fast & Furious plak..
eh, takde kene mengena. haha

k bye,

June





Thursday, 12 March 2015

Hentam sajalah labuuu

dari sari ke sari aku rasa nak menulis.
Tapi bila bagi salam je, terus aku jawab.
pastu click button CLOSE.

Rasa macam ape benda aku nak tulis ni?
Aku baca blog orang lain, macam-macam dorang cerita.
Sekarang ni aku rasa takut pulak dengan reality.
Mana taknye. Kes yang bukan2 jer kt tv/internet.
Seram.
Accident yang teruk. Kes tembak lah..kelar lah..
macam-macam. Ai is takut!
Kenape orang jd insane ni? Adududu

Pastu yang latest, isu Mufti vs Ustaz.
Tak paham kenape jadi sampai cenggitu sekali.
Masing-masing ada ilmu didada, tapi when it comes to opinion.
Bila tak setara, jangan lah sampai kita memperlekehkan orang pulak kan.
Echewaaahh aku ni..yeye jerrr...hehe

skrg ni aku balik keja cepat2 mandi..hehe
eh itu pon nk bagitahu. xde lah...
sebabnya aku tazabar nak melekat depan tv.
Gara-gara si EL ni lah. Kayra lagi..haishhh
eh sape dorang ni? sape lg kalau bukan hero heroin #TemanLelakiUpahan
Best weh citer dia. Bersahaja, funny, romantic.
Eh..suka lah..setiap hari ternanti-nanti.

Auummmm...

K lah u ols...sambung laters..
bubye.
Salam.


Tuesday, 17 February 2015

Errrr.....June ke nih?

Assalamualaikum.

Hello u all.

This few days rasa macam not in mood.
Mungkin sebab Red Flag kot plus a week before keje bertimbun timbun. Oh my...
So, mood fierce tu datang lah kalau silap sikit.
hahahaha eh mcm selalu je in that mood. pheww

Sometime bile kita chat dengan someone.
I wish to receive comment in good aura/vibes.
But still; vice versa.
What u Give, You will get it back.
Eh, cenggitu ke i ols repond ke u ols?
teruknya I... Sobbb..sobbb
Bebila dapat feedback yg mengharukan..terus QUESTIONMARK ke diri sendiri.
What have i done? what wrong with Me? mane silap ni.!!
hmmmmmmm.....

At certain point tu, i felt like mcm nyesalnya x ada Best Friend Forever
Tapi tu lah, since dulu-dulu kalau set BFF jer mesti balik balik kita jer terkono.
At last..malas dh nak baik sangat-sangat.
Now rasa perlu, bila orang sekeliling yang sebaya mostly dah kawen.
So kalau nak ajak memane, either nk bwk husband or xleh joint because of family.
Ok, paham.! padan muka haku...

I do love travel. Tak kisah dekat jauh. Tak kisah murah mahal.
Asal cukup duit. Jalan.
Gamble jer...ceh.! tapi kalau xde geng..cemane nk kira gamble?
hahahaha...aku salute lah minah saleh yg aku jumpa kt krabi tu
Lone ranger jer pergi holiday. Rileks je.
Kalau aku, mau kejung kot. huwaaaaaaaa :'(

Admit la...aku quite jealous tengok orang yang ada BFF yang selalu buat benda sama-sama
Macam kak Bai tu. Macam Amy, Macam Mona. (close reference)
Macam aku? MAK je BFF yang aku ada. Kalaulah MAK sihat.
Aku dah travel dah berdua dengan MAK.
Tapi MAK x sihat. hmmmmmmmmmmm....... #nangis

Aku still ada kawan-kawan yang bujang. Yang okey jer untuk teman aku travel.
Tapi tak smua tempat kita suka dia akan suka.
Macam kak Shally, dia suka nature atmosphere tapi x suka beach.
Macam wan, dia slightly macam mona n che.
Everythings nak kene explain, nak kena tlg gugel kan.
Pastu nak making decision tu lama. Banyak benda dorang nk consider.
*hakak fenat nak arrange*
Actually, linda paling best ever #BEFORE.
Cakap je..pastu kalau line clear..Terus ON.
Tapi now, she has partner. Pon dah lama x jumpa dia.

Haih, susah tau nak cari geng yang sekepala.
Yang boleh corp dengan i ols yang kepala kejap ok..kejap berangin.
For now, i just follow the flows.
Memane yang ok..aku bedal je asalkan aku leh travel.
Hahahaha....


ape-ape pon... I LOVE EXPLORING~!!!!


Monday, 19 January 2015

SUSU IBU-IBU MELAYU BERTEBARAN DILAMAN SOSIAL

Assalamualaikum. WBT.

See, tajuk macam album ko...hahaha
Okey, a bit emosi pagi ini bila terkesan dengan status malam tadi.
Resultnya amat mengejutkan..hahaha
Sapa yang tahu je memahami.

Sebelum ni aku pernah up entry pasal ni. Tapi itu merangkumi semua.
Aku bukan alim ulamak yang senang menjatuhkan hukum. 
Its just that my statement tu guna harsh word kot. (masih xnk ngaku) hewhew
Yelah, aku bagi contoh lembu, tu yang kasar gamaknya..Sorry mommys

Mungkin itu sekadar pendapat/pandangan / teguran secara indirectly kepada mereka2 yang terlibat.
Dah banyak kali aku tengok..ibu-ibu (among my friends) ni dok excited upload hasil air badan dia.
Tayangan secara umum and FREE. Mungkin ok pada mereka. But not for me.
Aku rasa macam benda tu terlalu peribadi. Air susu badan ko sendiri. (susu cam gantung).
Ada yang inform, tujuan untuk memotivasikan ibu-ibu diluar sana. 
Ok, ini i ols terima. Tapi i ols terima if motivate ni disalurkan kedalam group tertutup.
Tapi entah lah ekkk..dorang selesa kot cara macam tu.

Susu tu bukan laaa benda yang menjijik kan...memang x jijik..
Bagus untuk baby, tapi tu lah kadang2 ibu-ibu ghairah sangat upload.
Tak fikir akan perasaan orang keliling.
Yang melihat tu ada budak, ada bapak budak, ada ibu yang xde susu banyak,
ada pasangan yang takda anak, ada orang bujang dan mcm-macam lagi lah.

And aku heran, kenape aku tak nampak non-muslim yang post picture susu?
Mungkinkah akhlak or pemikiran dorang lebih baik dari yang muslim.? who knows
Kesian aku dengan bangsaku. 
Aku percaya, mana-mana agama pon ajar kebaikkan. Takda yang ajar keburukkan.
Bukan AGAMA yang harus disalahkan.
Sebab ISLAM itu terlalu INDAH dan PERFECT untuk diamalkan.
Hanya kita sebagai manusia yang always take for granted.
Aku sekeras2nya mengutuk perbuatan ini bukan sebab jealous, 
coz aku takda anak (pasangan apetah  lg)
Tapi as perempuan, ada part yang kita boleh kongsi. Ada part yang kita rasa itu memalukan.

Tak terfikir ke, post picture-picture tu boleh mendatangkan imaginasi bagi sang lelaki..?
*pause*





Salam Terus Terang,
June


P/s : Kerana susu, aku kena remove dari kawan lama. Ok lah, nak wat cemane. Orang x suka. Takkan nak paksa. Semoga dia bahagia. :)





Wednesday, 14 January 2015

Mak Demam

Day 15 :
Assalamualaikum gaisss,

I'm back. wehooo...macam lah orang cari. hahaha. Takpe.
Puas bercuti ke Thailand. (Hatyai and Krabi)
Tunggu gambar dari wan, pastu nanti kita hapdet ok? 

Balik Malaysia, sampai rumah kul 2am. Penat and jet-lagged. Seriously, tak larat drive ke sana.
Uwaaaa, serik! But, 1 pengalaman yang amat berharga. Syukur Ya ALLAH.

Balik je ke pangkuan bonda, dapat khabar duka. Bonda kesayangan jatuh sakit.
Demam tak kebah-kebah. Ai is sad and risau. :'(

Kesian MAK. Tahu, dia tak tahan aircond. Plus dia cakap..dia x cukup rest kat umah ita. 
Takpe MAK..take your time. Rest elok-elok. Nanti 2,3 hari nanti mesti kebah. 

Semalam, balik dari office terus pergi Tesco belikan barang dapur sikit. Pastu terbeli sekali benda merapu. Terpengaruh dengan kak Pilla lah ni. Tak pasal2 aku beli alas kaki Microfiber tu..hehehe Nasib baik mughah! RM9.98. Grab lah u ols..amboi, pandai menghasut orang pulak..hew hew hew.
Sampai rumah, terus ngadap MAK. Tanya dia teringin nak makan ape? Pastu dia nangis, ai is sedih and nangis selow selow. Nape nangis? Dia cakap..Kau baik, MAK sedih. Pulak?? huhuhu...Sensitif orang sakit. Kesian dia. Hope MAK cepat sihat. Sayang MAK. 

Pagi tadi, sempat masakan bubur nasi dengan masak lemak daging...
Harap-harap MAK ada selera nak makan. Amin...

Sayangs,

June

#Playlist : Ramalanku Benar Belaka. Abam Payung.


I love this song even tho its totally not related to me, myself. But it was to awesome to feel. ewah.
Selamat Karoks u all. :)

Love, 
June