Disatu pagi hari raya,
Sepasang suami isteri termenung sambil mengenang nasib.
Suasana pagi raya yang sepatutnya gembira, bertukar menjadi sunyi dan hiba.
Saat terdengar laungan takbir raya, kedua suami dan isteri ini diam.
Suami lantas menyapa isteri yang sedang mengesat airmata.
Anak-anak kita ramai, tapi sorang pon takda dengan kita.
Dulu masa anak-anak kita masih kecil, semua kehendak mereka kita turutkan.
Just to make sure they all happy. Because happiness is Our Priority as parent.
Don't We?
Isteri mengangkat muka, senyum hambar. Tonton TV walau hati dan fikiran entah kemana.
What to do, bang. Anak-anak dah ada keluarga sendiri. Ikut suami.
Yang si Zul (anak lelaki) pula sayangkan isteri.
Anak bongsu kita pula belajar nun diluar negara. Tak balik.
Harapkan anak kita yang masih bujang tu pulak, asyik busy dengan kerjanya saja.
Sampaikan hari raya pon terlupa untuk apply cuti... haishhhh...(mengeluh)
Rumah itu sunyi, sepi.
Mereka berdua terasa seperti diasingkan.
Tiada panggilan telefon, tiada mesej, tiada kunjungan anak-anak.
Tiada gelak tawa cucu-cucu.
Sunyi...
Lemang, rendang, kuih-muih kesukaan anak juga terhidang diatas meja.
Hanya mampu dipandang sayu, kerana hanya mereka berdua sahaja yang akan menghabiskannya nanti.
Hendak berjalan, kaki dah tak sekuat dulu.
Pernafasan pon tidak selancar ketika muda. Semput dan termengah-mengah.
Apa yang mampu mereka lakukan? hanya terperap dirumah.
Menunggu dan terus menunggu.
Hinggalah, seminggu sebelum berakhirnya syawal baru lah anak-anak mereka pulang.
Itupon setelah kering airmata mengenang nasib.
Pulang pon tak lama, sekadar 2hari 1malam.
Tidak mereka sangka, kasih sayang yang dicurah selama ini.
Langsung tidak dihargai. Malah, mereka tidak lagi menjadi priority dikalangan anak-anak mereka.
Hiba...............
Usai solat isyak, si isteri menangis.
Menangis teresak-esak...hingga perlu dipujuk suaminya.
Ibu tua itu menangis bukan kerana anak yang telah ketepikan mereka.
Tetapi menangis sebab dia pernah melayan Arwah MAKnya seperti itu.
Meletakkan MAKnya sebagai penghalang untuk bergembira.
Meninggalkan MAKnya yang sakit semata untuk menggembirakan anak-anaknya
Mendahulukan orang lain lebih dari MAKnya yang susah payah melahirkan dia.
Mungkin ;
- Kurang kemesraan yang menyebabkan dia rasa EMAK itu hanya sekadar EMAK.
- Tiada pengalaman melalui kesakitan melahirkan anak secara normal.
- Waktu itu umurnya muda dan rasa tanggungjawab lebih pada suami
- Perasaan simpati melebihi dari perasaan Kasih Dan Sayang
- Itu sudah nasib EMAKnya, dan MAK harus redho
- Perasaan MAK hanya kerana MAK itu seorang pesakit. Ahhh, tak usah diturutkan.
- MAK sudah terlalu Tua untuk enjoy, jadi berehat sajalah.
Walau apa pon kemungkinannya, past is past.
Tak guna untuk dikenang, orangnya pon sudah tiada.
Kini, tiba masa dia pula dilayan sebegitu.
Ah, kalaulah aku tahu nasib ku akan begini...??
Bisiknya dalam hati yang paling dalam.
Dia menyesal. Dia Menyesal dan Dia menyesal.
Benarlah kata pepatah,
"sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"
Sekian,
Sekadar imaginasi.
Tiada kaitan pada yang hidup mahupun mati.
No comments:
Post a Comment