Pages

Thursday, 9 April 2015

Nasib seorang Ibu tua yang sakit

Disatu pagi hari raya,

Sepasang suami isteri termenung sambil mengenang nasib.
Suasana pagi raya yang sepatutnya gembira, bertukar menjadi sunyi dan hiba.
Saat terdengar laungan takbir raya, kedua suami dan isteri ini diam.

Suami lantas menyapa isteri yang sedang mengesat airmata.
Anak-anak kita ramai, tapi sorang pon takda dengan kita.
Dulu masa anak-anak kita masih kecil, semua kehendak mereka kita turutkan.
Just to make sure they all happy. Because happiness is Our Priority as parent.
Don't We?

Isteri mengangkat muka, senyum hambar. Tonton TV walau hati dan fikiran entah kemana.
What to do, bang. Anak-anak dah ada keluarga sendiri. Ikut suami.
Yang si Zul (anak lelaki) pula sayangkan isteri. 
Anak bongsu kita pula belajar nun diluar negara. Tak balik.
Harapkan anak kita yang masih bujang tu pulak, asyik busy dengan kerjanya saja.
Sampaikan hari raya pon terlupa untuk apply cuti... haishhhh...(mengeluh)

Rumah itu sunyi, sepi.
Mereka berdua terasa seperti diasingkan.
Tiada panggilan telefon, tiada mesej, tiada kunjungan anak-anak.
Tiada gelak tawa cucu-cucu.
Sunyi...
Lemang, rendang, kuih-muih kesukaan anak juga terhidang diatas meja.
Hanya mampu dipandang sayu, kerana hanya mereka berdua sahaja yang akan menghabiskannya nanti. 

Hendak berjalan, kaki dah tak sekuat dulu.
Pernafasan pon tidak selancar ketika muda. Semput dan termengah-mengah.
Apa yang mampu mereka lakukan? hanya terperap dirumah.
Menunggu dan terus menunggu. 
Hinggalah, seminggu sebelum berakhirnya syawal baru lah anak-anak mereka pulang.
Itupon setelah kering airmata mengenang nasib.
Pulang pon tak lama, sekadar 2hari 1malam.
Tidak mereka sangka, kasih sayang yang dicurah selama ini.
Langsung tidak dihargai. Malah, mereka tidak lagi menjadi priority dikalangan anak-anak mereka.

Hiba............... 
Usai solat isyak, si isteri menangis.
Menangis teresak-esak...hingga perlu dipujuk suaminya.
Ibu tua itu menangis bukan kerana anak yang telah ketepikan mereka.
Tetapi menangis sebab dia pernah melayan Arwah MAKnya seperti itu.
Meletakkan MAKnya sebagai penghalang untuk bergembira.
Meninggalkan MAKnya yang sakit semata untuk menggembirakan anak-anaknya
Mendahulukan orang lain lebih dari MAKnya yang susah payah melahirkan dia.

Mungkin ;
- Kurang kemesraan yang menyebabkan dia rasa EMAK itu hanya sekadar EMAK.
- Tiada pengalaman melalui kesakitan melahirkan anak secara normal. 
- Waktu itu umurnya muda dan rasa tanggungjawab lebih pada suami
- Perasaan simpati melebihi dari perasaan Kasih Dan Sayang
- Itu sudah nasib EMAKnya, dan MAK harus redho
- Perasaan MAK hanya kerana MAK itu seorang pesakit. Ahhh, tak usah diturutkan.
- MAK sudah terlalu Tua untuk enjoy, jadi berehat sajalah.

Walau apa pon kemungkinannya, past is past.
Tak guna untuk dikenang, orangnya pon sudah tiada.
Kini, tiba masa dia pula dilayan sebegitu.
Ah, kalaulah aku tahu nasib ku akan begini...??
Bisiknya dalam hati yang paling dalam.
Dia menyesal. Dia Menyesal dan Dia menyesal.

Benarlah kata pepatah,
"sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"


Sekian,
Sekadar imaginasi.
Tiada kaitan pada yang hidup mahupun mati.





Wednesday, 8 April 2015

RE-UNION ESEMPI 2001

Bismillahirrohmanirrohim.

8 March 2015, hari yang bersejerah.
Ececece...ye ye je. Takde la ape. Hari tersebut, semua (yang commit je) Ex-Student Esempi batch 2001 berkumpul. Lokasi yang ditetapkan kat Kemensah. Aku join jugak event ni sebab Eja, Ena and Ica pon joined. So, seronok lah bila orang yang kita biasa join sekali. huhuhu Lagipon, kitorang support lah orang-orang kuat event ni, rasanya makan tahun jugak niat dia nak kumpulkan semua.. hahaha. So, lets chekidaut the picture k. Nak cerita panjang pon dah tak berapa nak ingat..hehehehe Maklumlah, dah lama perap picture ni....huhuhu



 Ni antara chief admin laaa (SELAMAT)..esp, bab collection duit..hahaha...
 Dua orang tukang masak ni, antara yang paling bujang..teruna tu xpasti lah pulak..hehehe
(SHAZZAN and ADI)

 Menu ada BBQ as usual, ada ayam and kambing...shedapnyaaa..*telan ailio jap

 Ni ENA...paling menjaga tatasusila hari tersebut sebab dia nak elak orang panggil dia Penguin..hahahaha....
 Ni memang tak dapat elak....EJA. Dia punya lah risau kalau-kalau bebudak ni ejek dia..hehe..tapi nak wat cemane..karakter tu terlalu closed..hehehe
 Antara bebudak lelaki yang dulu keding now dah godang-godang...Yang ada hari tu, ade jugak yang tak berapa cam. (Farid, Adol, Sobrie, Jelin, Azli, Amy Mamang, Emi, Tompel, Saiful Azhar, Azlee, Fariqq) 


 Yang Ni NOR, dulu aku rasa mesra je aku dengan dia kat sekolah, laaaa ni bile jumpa dah x macam dulu. Eh, kenape pulak ye? huhuhu
 Shah and Ku Azira, Shah ni antara kawan aku paling comel kat skolah rendah. Aku suka kawan dengan dia dulu. Umah kat batu 14, selalunya Jumaat aku mesti g makan umah dia. Dia dh tak ingat kot..hehehe..
 Pai pon ada...yang remain the same. Pendiam tapi peramah..cemane tu? hahaha...

 Ni muka-muka yang tak terjun kolam. Geli pon ya jugak sebab air tu x mengalir..hahahaha...
 Memasing tengah discuss, pasal siapa yang lucky or tak lucky. Aku Eja and Ena, dok cakap laa yang nama kitorang ni jarang nak kena lucky draw..hahaha sebab hari tu ada lucky draw, power bank. Lagi tak ramai datang, lagi besar chances nak dapat power bank..hehehe
 Sekali, tengok-tengok..orang yang 1st dapat lucky draw no aku..eh, suka lah..hahahahaha...sebab masa sampai aku terus cakap..seumur hidup aku tak pernah beli power bank..hehehe...
 So Admin yang seksi yang passkan hadiah..weeehhheeeeeee...yahuuuuu dapat power bank!!
 Lepas dapat lucky draw, kitorang merayau-rayau kt belakang pulak..sementara tunggu next lucky draw...ni lah antara 3 kawan aku yang rapat kat skolah. Selalunya, kasut kitorang sama. pastu nanti rehat sama-sama..x tahu nak wat ape..dok bawah pokok..hahaha..kelakar.


 Ni pon 1 group kat skolah. Rasanya dari dulu till now, geng ni remain unchange. Samaaaaa jek macam dolu-dolu
 Kiorang bertiga still lagi dok bincang sape lah yang dapat lucky draw pas ni..hahaha

 Jeng Jeng Jeng.....Next lucky No..goesssss to ENA...yaaaay..suka, sebab keta kitorang dah dua orang dapat. hahahaha..dah janji, sape dapat..kasi pinjam seminggu-seminggu..hihihiksss

 Next lucky No Aisyah yang dapat..suka dia dapat lucky draw..Eh, siapaaaaa yang tak suke kan?
 Double suka bila yang sampaikan Adi pulak..olololo shooo shuweet :p

Sekian lah dahulu cerita reunion ini. Looking forward to the next event. Harap-harap makin eratkan silaturrahim antara kita. InsyaALLAH..amin :)