Pages

Friday, 12 July 2013

Pengalaman Puasa Pertama Berdua

Salam

Sejak dah berdua ni, rutin rasa macam lagi busy. Balik jer dari opis terus terkejar-kejar pegi kedai, cari bahan nak masak. Tu lah, orang awal2 dah pergi pasar beli stock ko xnk..!!! Ko penting kan waktu tidor ko. Sekarang Rasakan...muhahaha...

1st day
Sahur, Makan simple2 jer. Ada lauk Ikan masak Taucu, Rendang Ayam Tawar (kakak aku bagi) muahahaha..dengan kurma beberapa biji. eleeeeeeeeh, 2 biji pon.

Balik tu aku rushing la memasak menu untuk buka yang pertama. Dah la kuar dari opis lewat, pastu jalan jammed jugak. Balik tu terus pegi kedai acheh *bukan kat acheh, bukan jugak Achey pemenang Bintang Mencari Bintang ye) huhuhuk..x kelakar yeh? =p . Aku g beli telo ayam kampung, kelapa sebijik dengan cili padi sikit. Mak aku request nak makan gulai tolo. Suko amik dengan gulai tolo. Then, sampai umah Mak dah tanak nasi.. Alhamdulillah. Kurang 1 kerja. Laju-laju blended kunyit dgn cili padi, masuk dalam kuali (a'ah masak gulai tolo dlm kuali lebih mudah ye puan puan) perah santan kelapa..dah mendidih terus masuk telo. Dapur sebelah goreng ikan Talapia..pastu ikan Pekasam, Pastu tgk jam, eh awalnya..masak sayur sawi lah..cincang-cincang sawi. terus goreng. settle..sampai tak sempat aku nak snap gambor..muahahhaa.. Maafkan saya. =p

Hari kedua Ramadhan

Lunch hour lari pegi Giant Kelana Jaya dengan Kak Ida office, beli ikan sikit..Aku ni jenis beli tah ape-ape..selalu tak complete, pastu terhegeh2 mintak tolong Mona pegi kedai belikan barang.. Hahahaha..Cian adik aku tu kena buli jer. Tolong menolong banyak pahala..masalahnya dia je yang tolong..hihihi btw, Thanks kt Mona Sayammmm....Balik kerja rushing lagi, aku rasa tiap hari pon aku rushing..wakakakkaaka..bukan ape, LDP tu kalau lewat sikit dia jadi lewat baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak sudahnya. hurmmm..so semalam prepared lauk simple jer. Ngam - ngam waktu buka, aku siap senduk smua dah. Tinggal nak ngap aje..hihi

Sup Sayur Campur

Bawal Masak Sos / Sweet Sour

Asam Pedas (Kak Ida Office Bagi)

Mangga Manis

Simple untuk orang bujang macam kami berdua...eceeewah =P








So macam ni lah hidup membujang dengan MAK...Masak ala kadar, asal sedap dan kenyang.
Lepas buka terus rushing maghrib pastu siap-siap pegi terawih pulak. Suasana macam kat kampung je bila jalan ramai2 :)

Ni pic hari Jumaat U olls.. :) 


Tuesday, 9 July 2013

Mak Buat Kelaka lagi...adoiyai, sakit perot gelak~!

Assalamualaikum wbt readers.

ye ye jer readers?? ade ke? hak hak..fedulikkk... =P
Menjelang RAMADHAN AL MUBARAK ni, banyak betol post-post ISLAMIC. Tingkatkan amalan lah, jangan lupa puasa lah. macam-macam...Aku pon pepagi semalam sempat lg mengUPLOADkan NOTIS PERMOHONAN MAAF buat kengkawan-kengkawans yang berada nun dilaman social. gitteww..Retis ke Mak ni nokkk?? hantam suda.

So pagi tadi sahur ler jugek walaupon rajin ngantuknya, Tuhan saje yang tahu. Kalau boleh tido sambil makan.. dah lama dah aku buat. hahaha..Buruk nooo perangai kan. Menu simple je. Nasi Putih, Ikan Kerisi Masak Tauchu semalam, Rendang Ayam kak ida hantar (panaskan aje) Kurma 2 biji. Laaah, Nabi suruh 3 rupanya and air putih 500ml. *macam lah sukat* hahahahaha

sebenarnya nak citer pasal mak. Kesian dia...selain dari gatal-gatal yang x hilang lg..malam td dia diserang sakit perot. Asyik ke toilet je. Memerot. Actually MAK ni alergic susu, sejak bila tu tak pasti tapi memang leh kesan lah yang kalau dia minum susu tak lama selepas tu sure dia sakit perot. Mungkin perot MAK dah Setting SUSU adalah PELAWAS. Hahaha. Incident ni occur semalam petang time aku kelam kabut masak tu.

Situasi di dapur.

MAK : Bagi lah MAK Gelas. MAK nak minum susu (dutch lady low fat milk). Rasa macam takde gula ni. (hypo attack)
Aku : MAK nak minum susu ke? kang sakit perot macam mane?
MAK : takde lah...(terus minum 2 gelas) 

Malam kul 8 cam tu.

MAK : keluar masuk toilet ada lah dalam 2,3 kali. Dia dah start sakit perot nak terb**ak.
Aku : haaaaa, kan dah cakap sakit perot. Tak caya. Sakit sangat ke MAK?
MAK : Adoihaiii xde keja lak aku nak keluar masuk jamban ni. Kau nak ikot tak? hehe (sempat lagi kan?)
Aku : hahahaha gelak kat dia... 

MAK Keluar je Toilet dia terus bukak peti ais. Amik Dutch Lady Low Fat Milk.

Aku : Mak..??? kenapa nak minum lagi..kan sakit perot tu?
MAK : Biar deh, biar digasakan sakit tu. Minum lagi..Kuang ajar sangat tak bagi den nak minam.
(sambil minum lagi 1 gelas, sambil buat muka geram + puas + senyum )

Lepas tu sampai ke pagi dia duk bangun - jamban - bangun - jamban..

Pagi td lepas sahur aku tengok dia dh lemau..So aku cakap lah, jangan nak mengada pulak nak puasa. Bukan apa, MAK tu dia kalau tak makan, nanti takde gula dalam badan *hypo* pastu nanti kalau pengsan ke hape kan susah. Baik takyah puasa. Walaupon Semalam dia Nangis tak dapat nak berpuasa (kesian). Takpe MAK, ALLAH itu Maha Mengetahui. So aku bancuhkan MAK Teh Herbalife Pekat 1 gelas, Chocolate Drink 1 Gelas, dengan beberapa keping biskut cereal Jacobs. Lepas tu aku pegi keja.

Then baru tadi ni aku call MAK.

Aku : Mak, perot macam mane? terbe**k lagi ke?
MAK : lepas minum teh tu dah takde dah. Ontok dah (diam, loghat nogori)
Aku : MAK jangan lupa makan, lepas makan tu baru leh tidor. Cover yang malam tadi.
MAK :Perot ni kenyang dah minum air ko tu. Kan dah ada zat dalam tu. (assume aku bagi dia Herbalife shake)
Aku : kekekekekee...MAK, tu air coklat je lah. Mana ada orang letak Herbalife tu...hahahahahahahahaha.
MAK : erk? hurmmm takpe lah kenyang. Control Malu..

Wakakaka..MAK ni memang lah kelaka..Adoiyai, sakit perot layan dia sorang.











Thursday, 4 July 2013

Mata Lebah vs Mata Lalat

Salam,

Actually aku nak tulis benda ni dah lama dah. Rasa nak post je status pasal ni. Sebelum aku cerita lebih-lebih, meh aku intro dulu kes ape..kang tak paham pulok. ye dok? hehe

Drama Teduhan Kasih ni dh jd fenomena beberapa hari lepas. Dan dah abih pon sirinya. Jangan dok maki plak andai kome yg ketinggalan ye..hahaha. So setiap kali drama nak mula or sedang dimainkan or dh nak abis mesti ramai up status pasal drama ni. Ada yang jiwang ngan Ehsan (Adi Putra), ada yang Kesian kt Iffa and x kurang jugak yang meroyan tengok gelagat Ayu, Kak Long Seri and Mak dia..hihi..macam2.

Then, aku terbaca satu post ni pasal teduhan kasih. Orang yang up status tu aku kenal la..Alhamdulillah, dia pon baik orangnya. Cuma pendapat aku bila baca post dia rasa kureng senang lah. tapi apehal aku yg kureng senang? tetibe..hahaha. Mak Jemah sangat kan.

Dia cakap laaa, semua orang dok layan pasal Teduhan Kasih, dia cakap dia tak berminat dengan citer tu pasal cita tu tak bagus, ada nilai-nilai murni, tak sesuai ditonton, xcerminkan ciri-ciri Islamic, dsb. Aku malas nak komen, sebab tu status umum, dan tak elok kalau nak komen-komen. Kang jd lain, Aku tahan je nafsu kepochi dan laser ni..gitteww. Tapi dalam tahan tu tak tahan jugak, kalau tahan xde lah aku up entry ni.. tak gitu. muhahahaha..


Aku suka bait-bait ayat kat bawah ni, straight je. Kalau tak paham jugak, memang jenis hati batu korang ni..muhehehehe


Kadang kita ni hidup jangan laaa asyik nak pandang dari sudut negative je. Banyak Positifnya apa yang kita lihat kita dengar kita rasa. Semua tu bergantung cara kita nak handle situasi atau pandangan. kalau baik maka baik lah jadinya dan sebaliknya. berapaaaaaaaaaaaaaaa baaaaanyaak nya lah..hahaha