Pages

Tuesday, 9 July 2013

Mak Buat Kelaka lagi...adoiyai, sakit perot gelak~!

Assalamualaikum wbt readers.

ye ye jer readers?? ade ke? hak hak..fedulikkk... =P
Menjelang RAMADHAN AL MUBARAK ni, banyak betol post-post ISLAMIC. Tingkatkan amalan lah, jangan lupa puasa lah. macam-macam...Aku pon pepagi semalam sempat lg mengUPLOADkan NOTIS PERMOHONAN MAAF buat kengkawan-kengkawans yang berada nun dilaman social. gitteww..Retis ke Mak ni nokkk?? hantam suda.

So pagi tadi sahur ler jugek walaupon rajin ngantuknya, Tuhan saje yang tahu. Kalau boleh tido sambil makan.. dah lama dah aku buat. hahaha..Buruk nooo perangai kan. Menu simple je. Nasi Putih, Ikan Kerisi Masak Tauchu semalam, Rendang Ayam kak ida hantar (panaskan aje) Kurma 2 biji. Laaah, Nabi suruh 3 rupanya and air putih 500ml. *macam lah sukat* hahahahaha

sebenarnya nak citer pasal mak. Kesian dia...selain dari gatal-gatal yang x hilang lg..malam td dia diserang sakit perot. Asyik ke toilet je. Memerot. Actually MAK ni alergic susu, sejak bila tu tak pasti tapi memang leh kesan lah yang kalau dia minum susu tak lama selepas tu sure dia sakit perot. Mungkin perot MAK dah Setting SUSU adalah PELAWAS. Hahaha. Incident ni occur semalam petang time aku kelam kabut masak tu.

Situasi di dapur.

MAK : Bagi lah MAK Gelas. MAK nak minum susu (dutch lady low fat milk). Rasa macam takde gula ni. (hypo attack)
Aku : MAK nak minum susu ke? kang sakit perot macam mane?
MAK : takde lah...(terus minum 2 gelas) 

Malam kul 8 cam tu.

MAK : keluar masuk toilet ada lah dalam 2,3 kali. Dia dah start sakit perot nak terb**ak.
Aku : haaaaa, kan dah cakap sakit perot. Tak caya. Sakit sangat ke MAK?
MAK : Adoihaiii xde keja lak aku nak keluar masuk jamban ni. Kau nak ikot tak? hehe (sempat lagi kan?)
Aku : hahahaha gelak kat dia... 

MAK Keluar je Toilet dia terus bukak peti ais. Amik Dutch Lady Low Fat Milk.

Aku : Mak..??? kenapa nak minum lagi..kan sakit perot tu?
MAK : Biar deh, biar digasakan sakit tu. Minum lagi..Kuang ajar sangat tak bagi den nak minam.
(sambil minum lagi 1 gelas, sambil buat muka geram + puas + senyum )

Lepas tu sampai ke pagi dia duk bangun - jamban - bangun - jamban..

Pagi td lepas sahur aku tengok dia dh lemau..So aku cakap lah, jangan nak mengada pulak nak puasa. Bukan apa, MAK tu dia kalau tak makan, nanti takde gula dalam badan *hypo* pastu nanti kalau pengsan ke hape kan susah. Baik takyah puasa. Walaupon Semalam dia Nangis tak dapat nak berpuasa (kesian). Takpe MAK, ALLAH itu Maha Mengetahui. So aku bancuhkan MAK Teh Herbalife Pekat 1 gelas, Chocolate Drink 1 Gelas, dengan beberapa keping biskut cereal Jacobs. Lepas tu aku pegi keja.

Then baru tadi ni aku call MAK.

Aku : Mak, perot macam mane? terbe**k lagi ke?
MAK : lepas minum teh tu dah takde dah. Ontok dah (diam, loghat nogori)
Aku : MAK jangan lupa makan, lepas makan tu baru leh tidor. Cover yang malam tadi.
MAK :Perot ni kenyang dah minum air ko tu. Kan dah ada zat dalam tu. (assume aku bagi dia Herbalife shake)
Aku : kekekekekee...MAK, tu air coklat je lah. Mana ada orang letak Herbalife tu...hahahahahahahahaha.
MAK : erk? hurmmm takpe lah kenyang. Control Malu..

Wakakaka..MAK ni memang lah kelaka..Adoiyai, sakit perot layan dia sorang.











No comments:

Post a Comment