Pages

Monday, 29 July 2013

Projek Iqra' #shoppingraya2013

Assalamualaikum


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa involve dengan program-program yang mendekatkan kita dengan insan2 cekal, yang menjadikan kita seorang yang lebih terbuka dalam membentuk jati diri. I olls, dah lama dah cari program yang lebih kurang macam ni. Dalam kepala tu, banyak juga yang disenaraikan. Tapi yang ini ALLAH bagi dulu. Tak banyak yang dapat disumbangkan sekadar tenaga yang tak seberapa dan sedikit hadiah untuk adik Alya meraikan lebaran yang bakal tiba ini. Syukur, dalam rezeki ku ini, terselit rezeki untuk adik ALYA.

Terpanggil untuk menyertai bila bace Blog Peej last time, masa tu peej ada update entry pasal Projek Raya ni. Lepas baca, terus sebarkan news tu thru email kakak aku. And ada jugak share kat wall FB, tak tahu lah brape ramai yang terbuka hati untuk derma. Aku terus BBM LINDA ajak dia participate jadi sukarelawan. Alhamdulillah, dia pon ON je. Tu yang senang dengan LINDA ni, dia mudah dibawa berbincang. Dan jarang mengundang masalah komunikasi.

27 July 2013 tarikh yang mana program tersebut berjalan. Seawal 7.30am aku dah mula keluar dari rumah. Menuju ke rumah Linda, kemudian ke Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong. Lebih kurang jam 9am macam tu program bermula dengan susun kerusi bawah khemah, adik-adik At-Taqwa gotong royong membantu. Comel je..Pastu sesi taklimat dah agihan anak-anak eh ke adik-adik? hahaha..kepada parents masing-masing. Macam kitorang yang remaja ni, biasanya dianggap KAKAK je lah. So KAMI dapat Adik ALYA. 6 Tahun. Petah bercakap. Berani. Aktif seiring usia kanak-kanak. Dia bukan jenis pemalu. Which is bagus for us. And adakalanya, dia manja. Minta di dukung.




Setiap parent diberi duit khas untuk shopping, aku dengan linda try pilihkan yang terbaik untuk adik ni and kami sama-sama sebulat suara dah cakap. If harga tu melebihi duit raya, takpe kami bayarkan aja. Sb buat apa nak berkira kan. Bukan selalu, setahun sekali je adik ni nak shopping. Budak 6 tahun, apalah sangat taste dia. Sekadar nak pakaian baru dh cukup. Jadi aku treat Adik Alya macam anak buah aku. Kami nak dia ikut gaya moden dan berwarna ceria. So pemilihan color2 terang sesuai untuk adik Alya. Since dia kan budak lagi, imej kebudak2an tu penting ye puan-puan. Dari rumah lagi dia dah pesan dia nak apa, siap suruh aku list down dalam kertas, takut aku lupa. hahaha. Dalam kereta pon x sembang berat-berat, sebab hari ni hari have fun. so xmo spoilt kan mood dia. Adik Alya pon nak main game dalam phone, aku bagi je ape dia nak. Dalam kereta kami cuma tanya favorite color, happy ke tak, dia suka apa. Pasal family dia langsung tak sentuh. Takut. Tapi dia ada mention yang dia ada 2 abang and sorang kakak yang stay kat rumah At-Taqwa tu.


Bergambar masa otw ke mydin :)

Make up kan dia...suka dapat pakai lipstik..hahahaha :p

macam mana dia tahu main game POU???????? hahaha LOL

Main Game pon ada Style :)

My Adorable Pilot :) Thank You Linda

hati-hati drive, ko bawak 2 orang anak yatim ni tau x? hehehe

Taklimat dari Staff Mydin. Alya berani..beratur depan sekali.



Sampai je Mydin, manusia ramai gile. Bersesak-sesak. Bila dah masuk, tak tahu nak pegi mane dulu. Pergi kat part baju kurung, ramai gila orang. Nak fitting pon xde space. So kami bawak pegi cari kasut raya. Boleh tahan rambang mata jugak adik Alya ni..hahaha..dengan kitorang skali rambang mata. Kalau boleh nak belikan semua. Dalam kami sibuk pilih pakaian, kasut dan aksesori. Adik Alya minta kami belikan dia getah rambut. Aku cam pelik lah kat situ, buat ape getah rambut tu? sebab rambut dia pendek? Then dia bagitahu yang dia nak belikan untuk kakak AIN. Kakak kandung Alya, tapi kami x dapat cam kakak dia sebab kakak dia pon busy shopping dengan parents lain..hehe. So adik Alya dapat sepasang kurung pink, 1 seluar Jeans, 1 seluar pink, 1 baju T-Shirt lengan panjang, 1 baju blouse kanak-kanak kain jeans, 1 inner (jerit2 nak inner, katenya semua orang ada inner. Dia je takde inner), 1 handbag, 1 cekak rambut pink, 2 pasang kasut bertutup dan tak bertutup, dan 4 pasang stokin.

Dh selesai shopping, kami pon balik. Adik Alya masih dengan handphone, main game. Sekali sekala kan. Then, singgah petronas. Sebab dia haus katenya. Kami belikan ribena, roti and chocolate. Buat alas perot. Tapi she refused to eat sb dia nak simpan. Nanti baru makan. Otw balik singgah sakan, sebab nak carikan dia stokin. Kat mydin xde choice. Masa tu dah pukul 1 lebih. Takut lewat, singgah sakan belikan beberapa pasang stokin. Alya tak turun dari kereta pon sebab dia lena tidor..Masa dah sampai pon dia masih lena..puas kejut kan..hahaha.






 
 



 









Suka dia dengan seluar ni...comel :)










Dalam dok mamai-mamai tu, dia pon back to normal life. Bawak diri sendiri (berdikari) and pegang apa yang dia beli tadi. Aku sempat tanya penjaga rumah tu, katanya alya ni stay 4 bradik. Ayahnya dah meninggal, tapi ibu masih ada. Mungkin kesempitan hidup memaksa mereka untuk menjadi penghuni rumah tersebut. Aku kagum dan respect dengan pengasas rumah At-Taqwa. Berhati dan berjiwa besar dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Menyediakan tempat teduh, makan dan pakai memerlukan kos yang banyak. Kalau ada rezeki lebih bolehlah hulurkan bantuan ke rumah At-Taqwa ini. 




Ustazah Norhayati, budak2 ni panggil MAK


Mama Linda..hahaha

Kakak June
Adik Alya yang kepenatan.....Lena betol dia. Kesian pulak tengok.
Beberapa jam meluangkan masa dengan adik Alya, aku dalam diam bisik dalam hati. Adik sekecil ini dah diajar untuk membesar dengan kawan-kawan dan berjauhan dari MAK. Sungguh hatinya sangat cekal dan kuat untuk menempuh kehidupan dalam usia yang masih muda. Dia masih budak, patutnya sebaya dia tengah seronok ke hulu hilir main, makan itu ini dengan family, manja dengan parent, mengadu cerita begitu begini, meng"express"kan perasaan. Bekongsi lukisan pertama contohnya, menerima pujian atau galakan dari ibu/bapa.  Tapi dia x dapat semua tu. :( Dia hanya dapat rasa belaian dari orang asing, yang baru dikenali. Manjenya dia bila menawarkan diri untuk dipangku, didukung. Itu lah yang diinginkan. Kasih sayang dan perhatian. Aku cuma mampu doakan dia berjaya di dunia dan akhirat, moga dipanjangkan usia, sihat walafiat dan dilindungi olehNYA. Mungkin sepanjang kehidupan dia akan datang, dia akan berjumpa dengan ramai orang yang akan berkongsi kasih dan sayang dengannya. Akak harap akak dapat visit adik lagi selepas ni.
 In Shaa ALLAH :) 
Linda n me......lepas skolah baru rapat weh...hahahahhaa

No comments:

Post a Comment