Pages

Monday, 29 July 2013

Projek Iqra' #shoppingraya2013

Assalamualaikum


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa involve dengan program-program yang mendekatkan kita dengan insan2 cekal, yang menjadikan kita seorang yang lebih terbuka dalam membentuk jati diri. I olls, dah lama dah cari program yang lebih kurang macam ni. Dalam kepala tu, banyak juga yang disenaraikan. Tapi yang ini ALLAH bagi dulu. Tak banyak yang dapat disumbangkan sekadar tenaga yang tak seberapa dan sedikit hadiah untuk adik Alya meraikan lebaran yang bakal tiba ini. Syukur, dalam rezeki ku ini, terselit rezeki untuk adik ALYA.

Terpanggil untuk menyertai bila bace Blog Peej last time, masa tu peej ada update entry pasal Projek Raya ni. Lepas baca, terus sebarkan news tu thru email kakak aku. And ada jugak share kat wall FB, tak tahu lah brape ramai yang terbuka hati untuk derma. Aku terus BBM LINDA ajak dia participate jadi sukarelawan. Alhamdulillah, dia pon ON je. Tu yang senang dengan LINDA ni, dia mudah dibawa berbincang. Dan jarang mengundang masalah komunikasi.

27 July 2013 tarikh yang mana program tersebut berjalan. Seawal 7.30am aku dah mula keluar dari rumah. Menuju ke rumah Linda, kemudian ke Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong. Lebih kurang jam 9am macam tu program bermula dengan susun kerusi bawah khemah, adik-adik At-Taqwa gotong royong membantu. Comel je..Pastu sesi taklimat dah agihan anak-anak eh ke adik-adik? hahaha..kepada parents masing-masing. Macam kitorang yang remaja ni, biasanya dianggap KAKAK je lah. So KAMI dapat Adik ALYA. 6 Tahun. Petah bercakap. Berani. Aktif seiring usia kanak-kanak. Dia bukan jenis pemalu. Which is bagus for us. And adakalanya, dia manja. Minta di dukung.




Setiap parent diberi duit khas untuk shopping, aku dengan linda try pilihkan yang terbaik untuk adik ni and kami sama-sama sebulat suara dah cakap. If harga tu melebihi duit raya, takpe kami bayarkan aja. Sb buat apa nak berkira kan. Bukan selalu, setahun sekali je adik ni nak shopping. Budak 6 tahun, apalah sangat taste dia. Sekadar nak pakaian baru dh cukup. Jadi aku treat Adik Alya macam anak buah aku. Kami nak dia ikut gaya moden dan berwarna ceria. So pemilihan color2 terang sesuai untuk adik Alya. Since dia kan budak lagi, imej kebudak2an tu penting ye puan-puan. Dari rumah lagi dia dah pesan dia nak apa, siap suruh aku list down dalam kertas, takut aku lupa. hahaha. Dalam kereta pon x sembang berat-berat, sebab hari ni hari have fun. so xmo spoilt kan mood dia. Adik Alya pon nak main game dalam phone, aku bagi je ape dia nak. Dalam kereta kami cuma tanya favorite color, happy ke tak, dia suka apa. Pasal family dia langsung tak sentuh. Takut. Tapi dia ada mention yang dia ada 2 abang and sorang kakak yang stay kat rumah At-Taqwa tu.


Bergambar masa otw ke mydin :)

Make up kan dia...suka dapat pakai lipstik..hahahaha :p

macam mana dia tahu main game POU???????? hahaha LOL

Main Game pon ada Style :)

My Adorable Pilot :) Thank You Linda

hati-hati drive, ko bawak 2 orang anak yatim ni tau x? hehehe

Taklimat dari Staff Mydin. Alya berani..beratur depan sekali.



Sampai je Mydin, manusia ramai gile. Bersesak-sesak. Bila dah masuk, tak tahu nak pegi mane dulu. Pergi kat part baju kurung, ramai gila orang. Nak fitting pon xde space. So kami bawak pegi cari kasut raya. Boleh tahan rambang mata jugak adik Alya ni..hahaha..dengan kitorang skali rambang mata. Kalau boleh nak belikan semua. Dalam kami sibuk pilih pakaian, kasut dan aksesori. Adik Alya minta kami belikan dia getah rambut. Aku cam pelik lah kat situ, buat ape getah rambut tu? sebab rambut dia pendek? Then dia bagitahu yang dia nak belikan untuk kakak AIN. Kakak kandung Alya, tapi kami x dapat cam kakak dia sebab kakak dia pon busy shopping dengan parents lain..hehe. So adik Alya dapat sepasang kurung pink, 1 seluar Jeans, 1 seluar pink, 1 baju T-Shirt lengan panjang, 1 baju blouse kanak-kanak kain jeans, 1 inner (jerit2 nak inner, katenya semua orang ada inner. Dia je takde inner), 1 handbag, 1 cekak rambut pink, 2 pasang kasut bertutup dan tak bertutup, dan 4 pasang stokin.

Dh selesai shopping, kami pon balik. Adik Alya masih dengan handphone, main game. Sekali sekala kan. Then, singgah petronas. Sebab dia haus katenya. Kami belikan ribena, roti and chocolate. Buat alas perot. Tapi she refused to eat sb dia nak simpan. Nanti baru makan. Otw balik singgah sakan, sebab nak carikan dia stokin. Kat mydin xde choice. Masa tu dah pukul 1 lebih. Takut lewat, singgah sakan belikan beberapa pasang stokin. Alya tak turun dari kereta pon sebab dia lena tidor..Masa dah sampai pon dia masih lena..puas kejut kan..hahaha.






 
 



 









Suka dia dengan seluar ni...comel :)










Dalam dok mamai-mamai tu, dia pon back to normal life. Bawak diri sendiri (berdikari) and pegang apa yang dia beli tadi. Aku sempat tanya penjaga rumah tu, katanya alya ni stay 4 bradik. Ayahnya dah meninggal, tapi ibu masih ada. Mungkin kesempitan hidup memaksa mereka untuk menjadi penghuni rumah tersebut. Aku kagum dan respect dengan pengasas rumah At-Taqwa. Berhati dan berjiwa besar dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Menyediakan tempat teduh, makan dan pakai memerlukan kos yang banyak. Kalau ada rezeki lebih bolehlah hulurkan bantuan ke rumah At-Taqwa ini. 




Ustazah Norhayati, budak2 ni panggil MAK


Mama Linda..hahaha

Kakak June
Adik Alya yang kepenatan.....Lena betol dia. Kesian pulak tengok.
Beberapa jam meluangkan masa dengan adik Alya, aku dalam diam bisik dalam hati. Adik sekecil ini dah diajar untuk membesar dengan kawan-kawan dan berjauhan dari MAK. Sungguh hatinya sangat cekal dan kuat untuk menempuh kehidupan dalam usia yang masih muda. Dia masih budak, patutnya sebaya dia tengah seronok ke hulu hilir main, makan itu ini dengan family, manja dengan parent, mengadu cerita begitu begini, meng"express"kan perasaan. Bekongsi lukisan pertama contohnya, menerima pujian atau galakan dari ibu/bapa.  Tapi dia x dapat semua tu. :( Dia hanya dapat rasa belaian dari orang asing, yang baru dikenali. Manjenya dia bila menawarkan diri untuk dipangku, didukung. Itu lah yang diinginkan. Kasih sayang dan perhatian. Aku cuma mampu doakan dia berjaya di dunia dan akhirat, moga dipanjangkan usia, sihat walafiat dan dilindungi olehNYA. Mungkin sepanjang kehidupan dia akan datang, dia akan berjumpa dengan ramai orang yang akan berkongsi kasih dan sayang dengannya. Akak harap akak dapat visit adik lagi selepas ni.
 In Shaa ALLAH :) 
Linda n me......lepas skolah baru rapat weh...hahahahhaa

Wednesday, 24 July 2013

Kejutan Sahur

Salam Ramadhan yang ke 13.

hehehek..jangan lah terkejut, ni entry time 13 ramadhan, 
tup tup nak up entry dah jadi 15 Ramadhan, how time flies..
laju betolkan? rasa baru je draft-draft..sekali nak publish dah berlalu 2 hari...

Pagi semalam, sesudah usai sahur.

Rutin normal menjengah handphone. Berdebar melihat notification Facebook dengan Nama ittew.
Benarkah? Apa mahunya? Mengapa? Mimpikah?
Gosok screen phone, eh betol ni. Bukan cobaan. Bukan.

PrintScreen tengok lagi. Betol lah.. Wall sendiri ni..bukan wall artis bukan bukan..*mengade lak kan* hahaha
Then after beberape puluh kali bace, diam then baca lagi diam. then baca lagi...diam lagi..terus terang aku speechless.. Orang pertama aku share benda ni opcoz lah mak aku and 1st ayat mak "dia mesti teringat kat kau"

Once upon a time, a long long time ago (tahun lepaih je pon) aku kenal dengan seseorang ni. So mula-mula macam malas nak kenal, malas itu, malas ini. Tapi entah macam mane benda jadi ok plak..*eh, gatal lak tetiver* hahaha.. So, biasa lah benda baru bermula..byk lah juga indahnya. Aku terus terang cakap. Aku selesa bila keluar dengan dia, gelak je aku dibuatnya, cuma ada masa2 tu jadi sangat rumit. Memula macam tak paham, tapi bila dah tahu punca, baru paham. During dat time, aku sempat jumpa MAK dia. Baik orangnya, kalau pergi rumah dia jarang sekali balik tangan kosong, ada aje MAK dia nak bekalkan. Ikan masin pon jadi..hahaha comel..*dalam hati suka* pastu nak dipendekkan cerita, after aku tukar keja. Dari Puchong sampai ke KL.. Sejak itu, waktu itu...Semua jadi lagi complicated. Sebab masalah komunikasi. Aku x paham why kena jadi macam tu. Sampai lah 1 hari aku call dia. Malam. Masa tu dia cakap dia nak call balik. Sampai ke sudah dia x call..itu takpe lagi, paling teruk bila aku call and msg dia langsung x reply. Selalu kalau tak dapat call dia, aku call mak dia tapi too bad mak dia pon x jawab call (sendu)

Masa tu aku memang cam terhegeh2 je cari dia, aku msg dia banyak kali. Aku nangis, sebab aku x tahu punca. Sampai aku hantar email dia (technology kooo..), aku cakap by sekian tarikh if dia x call aku, aku consider everythings is OVER. gitu...padahal pedih gila. Then, dia ada call..Sabtu. Aku ingat lagi, dia janji nak jumpa aku. Tapi mase tu aku keja abis kul 4 petang. So lepas keja aku cakap nanti aku call..Aku balik je keja, aku terus call dia sampai ke sudah dia x jawab dan x return. Hampa sangat. :'(

Tetiber aku dapat email dari dia, 

"Salam, 
My apologise for not be able to meet you right now.  I am ok  and  I just need
a time for me to straight up thing in my life. I thing good for two of us to lay down a bit.
One day I will find one time to explain everything to you. Be patient and if you found some one, please open your heart..."

Masa tu aku rasa macam, hurmmmmm.....biarlah. aku amik masa jugak nak lupakan dia. Bukan lah chenta sangat tapi sebab serasi bersama tu yang susah nak lupa. Aku susah nk terima orang yang x berapa nak sekepala ni. So bila dah jumpa jadi gini plok..ape punya nasib. 

Ada sekali tu aku dgr dia nak resign, so aku pon anta msg bagi kata2 semangat. *terhegeh sangat kan?" hehehe actly aku still concern / caring lah u ols..malu ai tau.huk huk huk. Then dia ada reply msg tu. lepas tu aku dah takde contact dia lagi. takde amik tahu lagi. perlahan-lahan aku let him go. Aku terima the fact yang dia dah lama tinggalkan aku..lambat dapat kesedaran. muhehehe..better late than nevah kan? kan?


Since that day till now, aku memang dah x contact dia langsung dah. Teringat tu memang ada, pastu selalu cakap kt mak aku. i was wrong, patutnya aku dengan dia cuma kawan so dat aku xde lah hilang kawan yang kepala ting tong cam dia. hahahaha..tapi dah tertulis cam tu kisahnya, nak wat cemane. ye dak.

and recently, aku terima kejutan bila dia tanpa disangka-sangka post sesuatu kat wall aku.

"Sempena Hari dan Bulan yang mulia ini, saya menatap kedua tapak tangan dgn selari mendongak ke langit sambil melutut di bumi ini mengHarap Cik Juliana AB memaafkan diri Ini atas kebodohan dan perlaku dgn mentingkan diri saya lebih dari segala yang wujud ketika dunia adalah milik bersama.

Let gone be by gone, How can I make it up with you ?"

Pada aku, kesalahan dia bukan lah besar sangat. Normal lah orang bercinta ni ada yang kekal ada yang putus. Mungkin masa tu aku ni beban untuk dia, so lebih baik dia tarik diri daripada dia terus-terusan melukai aku. *ayat novel, bluerkkk* hihihi. Actly aku dah lama dah maafkan dia, aku pon dah xnak fikir belakang. Aku cuma mampu doakan kehidupan dia sekarang dan masa-masa akan datang lebih baik dan teratur. Moga dia dipelihara dari sebarang anasir2 jahat. Apa-apa pun, aku nak bagitahu yang "the memory remains"

P/s: hadirnya seseorang dalam hidup, wlau seketika pasti ada sebabnya. :)



Thursday, 18 July 2013

Apa-Apa Aje

Salam Eid Mubarak,

Masih berpuasa? Belom Ponteng lagi? Alhamdulillah dah masuk 10 Ramadhan hari ni.


Takda ape yang best nak kongsi. Cuma tangan ni gatal nak menaip..hihi. 


     Hari itu (selase) ai is cuti sebab hantar MAK ai check up jantung kat spital Serdang and lepas tu terus ke spital Ampang tukar contact lense MAK. Everythings went well..Alhamdulillah, ALLAH permudahkan. Result test semalam bagitahu Jantung MAK ada sedikit lemah kat some part. so Doc suggest untuk buat ENDOgram. Means doc akan masukkan wayar dalam darah, and check ada sumbat ke tak sumbat saluran darah tu..whattttttttttttttttt??? ngerinya Doc? even wayar tu halus ke ape ke kan..tapi aku maintain steady jer. Tak tunjuk pon muka risau ke hape.


        Dari pukul 8 lebih pagi, sampai kul 12 lebih nak dekat kul 1 macam tu kat Hospital Serdang. Sementara MAK wat test, aku pon turun bawah jumpa Ietah, nak amik ubat and amik kad kawen dia skali. Auuuwww, dah nak kawen dah kawan aku sorang tu. Happy untuk dia, Moga BAHAGIA sentiasa menyebelahinya. Amin :) (@________@). Entry "Tah Apa-Apa" so x kisah kalau cerita tu nak susun macam mane kan? hahahahahaha


         Lepas tu kami straight ke Hospital Ampang, sebab MAK nak tukar contact lense. Jumpa abang aku kat sana.. Terus, dia pon joint skali teman MAK tukar contact lense.  Sebab sampai awal time lunch so kena lah tunggu sekejap...dalam 2.30 cam tu baru diorang masuk keja balik. tolak itu ini, sudahnya sampai rumah kul 4pm. Aku letih giler, baring sampai terlelap. Sedar-sedar dah kul 5 lebih. Terus bangun, prepare rendang ayam, sambal tumis petai, nasi lemak, timun, kcg goreng. ikan bilis goreng. 

       Kebetulan ada special guest nak datang berbuka. So kami berbuka lah bertiga on that day. MAK nampak happy sangat, Aku pon happy. Everyone's happy. Thats what people oweys said "the more the merrier"