Masa berlalu
28 Tahun sudah tapi masih kosong jiwa dan raga
Dunia ada tapi kosong
Dari rendah, ditinggikan, dijatuhkan lalu menapak kembali untuk berdiri untuk sesuap nasi untuk tenaga wal hal semuanya dari Allah
Aku banyak salah, terlalu..tiada bernombor banyaknya
Hina, kerdil tapi Angkuh dengan kemiskinan yang tah apa-apa
Masih mencari identiti yang asli..
Melayu hanya pada Bangsa, Islam hanya pada Nama
Orang kata saat kita berdepan dengan susah payah,
tiada kalimah lain yang terucap selain ALLAH..
Maha Hebat TUHAN yang tidak kelihatan,
Tiada berupa, tidak diberanakkan,
Tidak Tidur, Tidak Makan,
Tidak Minum, tapi cuma satu yang kita amalkan
Kepercayaan bahawa ALLAH itu Ada / Wujud sentiasa
Dahsyat kan kawan-kawan?
Satu hari nanti, aku janji untuk jadi yang terbaik demi-NYA
InsyaALLAH moga dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment