Semalam sembang dengan mak....
Macam-macam cerita...dia duduk atas sofa, aku duduk bawah sebab ape? sebab suruh dia urut bahu lah, urut tengkuk lah, main-main rambut lah...macam aku pulak yang tua kan?? muhahahaha..
Dipendekkan cerita, tajuk utama sembang semalam isu kahwin..memula cite pasal adik nak kawin sudahnya citer pasal pengalaman dia pulak.
Ok lets start the story, heh.
Mak ai dulu kena kahwin paksa dengan uwan and atok (nenek ngan datuk). Masa tu dia baru je 18 tahun, time tengah seronok main-main sambil berkemban and nyanyi kat sungai (ni, aku imagine je) hehek..Mak cakap dia punya lah tak nak kawen since dia dengar yang bakal suami dia seorang duda kematian isteri..memilih jugak ye Mak?? hehehe. Nak or taknak tetap kena kawen, kalau tak ape pulak gunanya istilah paksa tu kan.
Yang menjalankan proses orang tengah ni orang-orang kampung jugak..confirm aku memang tak kenal. kaaaan..Mak bagitahu yang dia and bakal suami dia (abah aku lettew) dari sebelum sampai le time nikah, sampai sanding sampai besok pagi lepas kawen tak tengok muka langsung....Perghhhhh hebat-hebat..*clap-clap* Orang dulu mane ada main terkam 1st Night..dia rileks-rileks tido serambi dulu...mak cakap lah..pastu time nak hidang sarapan kat serambi, mak siap tanya kt sepupu dia (kitorg panggil Mak Long) ape rupanya suami dia tu? Memang sah dia tak tengok..orang tak suka lah katekan (tapiiii) sambung citer dulu..hehe
Lepas dah sarapan semua, pengantin lelaki ni pon (aaaaaabah den) ke dapur hantar dulang..chewaaaah, lelaki sejati u olsss..baru kawen, kena lah amik ati family mentua kan? ahaksss...sampai je dapur buat pertama kalinya mereka pon bertentangan mata..daaaaaaaaaaaaaaaaaannn time tu mak ai cakap dia rase macam nak nangis macam nak jerit macam-macam lah dia rase..wakakakakakkaa...*aku dah sakit perot gelak berdekah2 kat umah dengar dia citer). bukan sebab handsome je tapi mase Abah sengih tetibe toinkkkk....ade pulak 1 gigi EMAS ala-ala M.Daud Kilau tu...kah kah kah kah..hahaha..*ini sumpah kelaka* mak cakap dia paaaaaaling x suke orang ada gigi emas..tetibe TUHAN antar orang ada gigi emas...itu jam, dia rase macam nak gigit dinding sb tak bole terima kenyataan! hahahahaha
tapi lepas hari ke hari, hubungan tu semakin intim..semakin mesra, semakin hari semakin sayang lah katenya. Kuasa TUHAN kan, DIA tak bagi ape yang kita minta, tapi DIA bagi ape yang kite perlu. ada lagi kesinambungan tapi masa begitu mencemburui ai..nanti ade mase ai update lagi kisah MAK and ABAH ni.
So dalam tak melihat satu sama lain, dalam keterpaksaan, dalam tak suka, tak suka tu TAPI (haa, kt sini lah nak guna tapi) berjaya lahirkan 5 orang anak u olss...termasuk lah ai ni..hehehehe..Tu laa, malu-malu tapi mahu..kan kan kan.
Actually esok adalah hari ULANG TAHUN PERKAHWINAN MAK AND ABAH yang ke 43. Walaupun Abah dah 2 tahun tinggalkan Mak di dunia ini, ai percaya..yang kenangan yang mereka lalui sepanjang 41 tahun bersama tetap kekal hingga akhir hayat. Ai is and adik beradik yang lain-lain tak putus-putus doakan Mak Sentiasa Sihat, Di panjangkan umur lagi, di banyakkan rezeki dan diberkati olehNYA. Amin ya Rabbi...dan untuk ABAH, walaupon Abah dah tiada kat dunia fana ni, kami tahu abah pasti melihat mak dan kami semua. Kami doakan semoga Abah tenang kat sana, dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. AL-FATIHAH
Esok Mamat nak nikah, dia nikah sama dengan tarikh Mak n Abah nikah dulu. Harap sangat jodoh dia panjang sama macam MAK n ABAH. Amin Amin..
![]() |
| Abdul Rahman & Maimon 16 Feb 1970 -Nikah |
![]() |
| Tinggal kami 5 bradik dengan Mak -RAYA 2011 |



No comments:
Post a Comment