Pada mulanya berat untuk aku menulis tentang isu ni diblog kerana terlalu sensitif.
Tapi sebagai rakyat yang cintakan Negara, yang suka akan keamanan dan kemakmuran.
Aku juga tidak terlepas dari kerisauan terhadap konflik di Lahad Datu.
Sehingga kini, sudah 8 Anggota PDRM yang terkorban. Sedang mereka bertungkus lumus menyelamatkan kita, masyarakat tidak terhagak-hagak menulis di Media Sosial menyalahkan si polan si polan.
CUKUP lah menyalahkan satu sama lain, Negara Luar sedang memerhatikan kita yang kini standing still di kalangan Negara-Negara Maju.
Berhentilah menyalahkan mahupun menuduh...Isu sekarang adalah soal NEGARA MALAYSIA.
Jika kita tak mampu menentang menggunakan senjata, kenapa tidak kita DOAkan saja mereka-mereka yang berada di Lahad Datu sana agar keamanan kembali seperti sedia kala dan tidak ada pertumpahan darah mahupun kehilangan nyawa. bukankah DOA adalah senjata buat Umat Islam..
Kita tidak berada di situasi sebenar, mengapa kita terlalu beremosi dalam memberi komen. Jika PDRM tidak mempertahankan kita sebagai rakyat sudah tentu orang awam ada yang menjadi mangsa, mengape mereka masih perlu mengorbankan diri dengan mengambil risiko berada di Lahad Datu. Fikirlah!
Keutamaan adalah untuk mempertahankan tanahair kita, bukan mencari salah mana-mana pihak. Rata-Rata menyalahkan kelewatan pihak tertentu dalam membuat sebarang tindakan. Kita sebagai rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan tatasusila kita sebagai fitrah manusia. Jika ada cara lembut mengape pilih untuk berkasar terlebih dahulu. Aku heran dengan mereka-mereka yang asyik mencari salah. Susah sangat ke nak fikir, yang kerajaan takkan sewenang-wenangnya memberikan hak kepada kuasa luar. Dan takkan semua maklumat sulit perlu didedahkan kepada umum melalui media massa.
Fikir lah perasaan ahli keluarga mangsa yang terkorban! Berikan doa yang tidak putus-putus kepada mereka serta kata-kata semangat! Bukan bayar pun, malah Percuma! Ye..Percuma sahaja.
Sekian,
Ya ALLAH Ya Tuhan ku, saat ini, kami dari setiap pelosok tempat memohon akan bantuanMU Ya ALLAH, Agar lindungi Mereka-Mereka yang sedang berdepan dengan situasi di Lahad Datu dari serangan - serangan luar jangka, Kami juga mohon agar konflik ini segera ditamatkan tanpa ada lagi mangsa-mangsa yang terkorban. Berikan kedamaian dan kesabaran buat kami semua. Berkatilah perjalanan kami dimuka bumi pinjaman MU ini Ya ALLAH.. Sesungguhnya, kami adalah insan yang kerdil yang mengharapkan Bantuan dariMU Ya ALLAH. Amin Amin Amin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment