Pages

Monday, 25 March 2013

Tangisan seorang anak

Assalamualaikum wbt

Hari ni pergi kerja mcm biasa, sedikit tension sedikit pressure sedikit lesu! sedikit je lah..huhu



Sejak Mak x sihat ni, airmata aku menjali terlalu murah.
Masuk je opis, ramai kawan-kawan tanya condition Mak..
i cant say that my MOM ok..slightly better lah dari sebelum ni.
So terusik hati bile borak ngan Mr. Ong since he keep on shared tips untuk diabetes.
Dia tegur aku mcm letih and YES a bit sebab malam tidor x lena sgt.
Around 1.30am , 4am macam tu Mak cam x selesa and tabole tidur.
After urut belakang badan and tengkuk dia, baru dia leh tidor. =(

Then around 6am cam tu dah terjaga balik sebab set alarm bagai tapi memanjang lah snooze nya..ish
So he said, he was understood how i felt and how i face the situation.
Pastu dia cakap is ok june, now you suffer later on u will senang, hati u jadi baik.
aku terus nangis =(

Pastu chat dengan oya, airmata pon gugur lg :'(

Balik jer rushing pergi rumah sorg makcik ni, nak wat ubat utk MAK.
Dia tawarkan limau untuk Mak mandi, then dia cakap Mak tu dah teruk
2 in 1, sakit sihir pon ada, sakit sains pon ada :'(
Dia pesan bgth Mak ape-ape pun kena tabah! Kena Redha, kena ingat ALLAH selalu kat dalam hati.
Kau (aku) pon kena tabah, kena redha...andai kata ALLAH sayangkan dia (Mak), biar semua redha.
Aku tanpa segan silu, aku nangis :'( aku tunduk!
Makcik tu dekat dengan aku sambil peluk..dia cakap kalau nak mengadu, acik ada.
Datang je, acik pon kenal Mak ko cam mane..Sabar lah :'(
Doakan Mak tak apa-apa...in Shaa ALLAH

Tapi manakan sama seorang ibu itu dengan ibu yang lain
Ibu yang melahirkan, membesarkan, mendidik, memberi kasih sayang adalah seorang ibu yang tiada galang gantinya! Syukur ALLAH berikan aku seorang ibu yang SEMPURNA!

Semoga ALLAH meminjamkan Mak untuk seberapa ketika lagi untuk aku. Belom puas bermanja, belom puas meluah rasa. Belom puas melihat wajahnya, belom cukup doa-doa berkat dari seorang MAK. Ya ALLAH, di malam yang semakin larut ini, aku selalu memikirkan apa yang akan terjadi, bila ianya terjadi dan bagaimana jika terjadi :( kuatkah aku? mampukah aku menerimanya? bagaimana aku nak melaluinya? Aku x sanggup Ya ALLAH....Sumpah demi MU Tuhan yang Esa, aku masih memerlukan Mak disisi...Biarlah penat berjela, biarlah keringat kering, biarlah masa tidor terganggu aku sanggup asalkan bila aku panggil "MAK" ada yang menyahut! Bila-bila perlu aku mahu dia disisi walau tidak membantu asal aku dapat mengadu:'((

No comments:

Post a Comment