Pages

Wednesday, 11 September 2013

Kisahnya : Part 2

Assalamualaikum wbt.

Haiiii Selamat Pagi, Wah begitu ceria diriku lately ni. Apekah? bodoh x, tanye soalan kt diri sendiri? Hihihiheeee =p
Ekceli, takde pape yg special sangat pon.

Kesinambungan entry "kisahnya" berlarutan ke part 2. Macam derama bersiri tak? hohoho *pang sekali*
Semalam dah cakap, lepas "blind date" yang buang tebiat tu. Kami (nampak x permainan bahasa dia? haha) masih keep in touch. Cuma gayut-gayut tu takde lah sangat. Alaaaa, dh tua kan. Tapi kalau message tu aku rasa lagi cam budak skolah plak..jap2 tepon bunyi..jap2 check tepon. Time baca or reply, tersengih-sengih cam kerang. Psiko ke hape? kah kah kah

okeh, Straight to the point. Sebelum aku mulakan, Marilah memohon MAAP kepada adinda belakang rumahku. (mona) kerana secara tibe-tibe meng"cancel"kan temujanji. Kononnya dia plan nak datang lepak kat rumah. Alasan nak return tudung. Padahal aku tahu sangat dia rindu nak dengar caki maki dariku. kan mona kan? caci maki aku tu dah macam jampi serapah untuk ko lena tidor malam kan? muhahaha. SORRY yeh..malam ni i olss mengFREEkan diri okeh. pwoomish


Secara tak dirancang juga tak expect, ku telah dipelawa untuk menonton movie semalam. Memang aku ada dengar dia cakap nak tengok "Tanda Putera" hari rabu. So, i did not expect Rabu tu maksudnya 11hb. I tot mase 18th nanti. (tarikh yang 1st dia offer nak jumpa). Dia pon just bagi hint-hint cakap, selain dari 18hb x bole jumpa ke? 11 ke 12 ke 13 ke ------19, 20 dan seterusnya taknak jumpa ke? Mane lah aku tak sengih dia cakap camtu kat "voicenote". Tu jam jugak aliya lalu, terus kena perli..hahaha..sabor je laaaa...Bile check Tanda Putera tu showtime kul 7.15pm..dehel punya timing. So aku cakap got new movie release "psiko pencuri hati" tapi x tau lah best ke tak sebab ku bukan writternya. Tajuk sangat lah "sesuatu" kan..ngeee =D
Then, dia cakap. OK. aku pon tanya MAK..Mak cakap OK. Tah sejak bile kena mintak ijin ni aku x pasti. hahaha...macam belakon pon ada tapi siyes, kalau bab lelaki ku selalu dulukan pendapat MAK. Tapi kalau pompuan, ku beli tiket dulu baru bagitau. Ai is Teruk kan? baahahaha

He offered to fetch me at home, but i refuse. Bukan tak sudi, rasa macam eh nyusahkan pulak. Nanti dia nak U-Turn lah nak mencari-cari rumah lah..Kang mesti nak turun jumpa MAK lah. Takmo laaa ittew lum ready lagi. Ittew rasa better ittew tunggu day time. Baru MAK ittew leh nampak muka iyyew..(silakan muntah hijau dengan si retarded parody ini) pelat-pelat manje kunun...puii..eh, berdosa pulak! So, kesimpulannya. Drive lah sendiri ke lokasi. Xyah guna GPS pon. As usual aku akan park rooftop, naik2 je terkejut sebab ada banner "welcome JUNE, Please enjoy Your Movie Together" ---> ini TIPU..hohohohho...Jumpa tempat sama jumpa aritu, again dia lewat a few minit. Dah pesan, nanti sampai sila tegur. Sebab tak cam. Rabun and tak pakai Spec. Rasa macam cikgu disiplin pakai spec. Malu laaaah..mih mih mih.

Terus Queue - Up nak beli tiket, dengan Gentlemannya dia selalu lorongkan tangan sebagai isyarat, "awak jalan dulu, silakan". Aku pon pandang dia, tersenyum sambil angguk kepala tanda "Terima Kasih" (wooooiiiii, body language wooiii..awkward kot!!) hahaha. Time Q tu saje lah tanye balik. "ok ke tengok citer ni, or awk ada cite lain nak tengok?" laju lagi serius dia cakap "dah, jangan tukar2" sentap aku sekejap. Cam gamps je dia sound. huhuhu. Pastu aku pulak selambe tanye dia sementara tunggu turn "ni sape nak belanja nih" Tegas weh? macam peras ugut hoiii..hahaha. Dia pon angguk cakap SAYA!!! (aku paling ke arah kaunter sambil bermonolog sendiri. Kau ni apesal gangster sangat JUN? Cakap berlapik sikit boleh tak?? kau igt dia MONA??)...hahahaha. Tolak markah sendiri~!! adoiii..buek malu kampeni je kan? gulp gulp. telan aileo..Then, masa pilih seat, dia suruh aku pilih. Punya la banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak seat KOSONG..sampai tak tahu nak pilih mana...dehel again, teruk benor ke taste aku ni? takde orang nak tengok. Last2 aku ngn dia gelak serentak..hahaha..dia cakap Takpe. Kita sewa Hall..haha *rasa macam nak pang sekali kat muka sendiri*

Dah beli tix dengan tajaan, kitorang lepak2. Dia cakap dh lama x tengok movie, so aku cakap. Ni bahasa kiasan nak cakap saya ajar benda bukan2 ke hape? hehehe...Dia cakap tak lah. Pastu dia cakap dia suka tengok Theater. Aku teruja terus "yehh? best ek? Tak pernah tengok.!" simpati needed kan? hahaha Then dia cakap "nak tengok? nanti kita pergi" holoh holoh...malu lah ittew taw. laju-laju dia sambung ayat "Tapi tiket mahal sikit, Aritu saya tengok pon RM150. 3rd row dari depan. tapi boleh lah sesekali." *bajet aku nk kikis duit dia lettew* aku pon ada duit lah...tapi kalau nak belanje..mak x kesah je nok..ngeh3..

Skip sebab focus tengok movie. Cerita tu not that bad. Quite OK lah. ada suspen,ada wondering, ada guess lepas ni ape, sebenarnya siapa dia ni.. keep on teka meneka bersama-sama githuuu..suwiiit kan? *muntah pink* hahaaaa.. Seat Depan CLEAR weh, KOSONG. Pelakon adalah 6 orang. Penonton lebih sorang dari pelakon. 7 org jeeeeeeeee..TERBAIK. Keluar je dari cinema ajak dia lepak kat Teh Tarik Place. Duduk kat luar, amik angin malam sambil tengok pemandangan Lombong yang Hitam (sebab gelap) dan lampu neon bangunan-bangunan area subang. Aku order Teh Tarik sama macam dia. Aku paksa dia makan..Dia order Nasi Lemak. Dia bayar jugak. Bagus, Good Signal. *pemurah*

Perbualan agak rancak. Dia cerita background dia which i did not ask yet. Takut aku potong lettew..Seronok pulak dengar pengalaman dia. Rupanya skolah Teknik Klang. Cerita zaman belajar, Cerita zaman dia konvoi naik motor, pastu ada kisah dia jatuh dalam lubang. Semenjak itu berazam untuk tidak menunggang lagi..Trauma kot. Cerita yang dia ni seorang anak nelayan desa, keluarga yang sederhana. Cukup-cukup makan, cukup-cukup untuk hidup. Cerita dia rajin menggali kubur. Part ni aku Eksaited. Sebab aku selalu relate Undertaker (penggali kubur) ni dengan orang tua-tua or paling koman pon Nasir Bilal Khan. kah kah kah. So bila dia cerita dia buat keja-keja tu aku jadi interested nak kenal dia lagi dan lagi. oh, btw he is Javanese. Orang kata Jawa ni terkenal dengan kerajinan dan budi bahasa. Kalau kena gayalah. I Hope so.

Yang aku menyampahnya, gelas teh tarik tu kaca. aku rasa gelas tu berat lah.. Tengah sedap teguk air..boleh tangan aku jadi lembik takleh nak hold..terjuih bibir aku kena Teh Tarik tu..comot kot..daaaammnn..bab-bab memalukan diri sendiri memang pakar..geram je weh..bukan Sekali ye..tapi Dua kali...duakali...uwaaa..sobsobsob.amik tissue lap bibir penuh air..misai teh tarik..grrrrrrrrrrrrrr...memang tak patut...Lepas tu decide untuk balik sb jam dah 11.45pm. Tengah jalan masuk keta, aku stop and pusing, aku cakap "Awaaaaak!!!!, Terima Kasih Ya (angkat tgn mcm YB nak balik..muhehehe)" dia gelak. Kali ni dia tunggu sampai masuk keta, sampai keta aku jalan..hak hak hak...poyoossss~!!! Dah sampai rumah masing-masing sambung whatsapp tak habis2 dengan time kasih belanja. (tima kasih sudi keluar dengan dia). sama-sama cakap, Selesa kawan. #malu# haishhhh..awal lg nih...kawan-kawan dulu yeh.

Tu lah jalan cerita semalam. Takmo cerita byk kali. Cerita kat sini sekali tapi boleh baca banyaaaaaaaaak kali...kan kan kan.

K lah, again..dari pagi buat karangan, Sekarang dh siap kita PUBLISH. XoXo.
Selamat menunaikan tanggungjawab u ols. :)



No comments:

Post a Comment