Pages

Monday, 23 September 2013

Kisahnya : Part 4

Assalamualaikum wbt 

Kali ni aku nak update kisahnya part 4. A bit delay sikit, macam stuck in the middle.

how 2 start yeh? i think better i start with the Date 1st..hehe =p

18 September 2013 his birthday yang ke 30. Memang kalau ikut plan asal. Dia yang tetapkan nak jumpa tarikh ni and he promise nak belanja. Sebab birthday dia. (plan asal lah). The day before aku pegi cari hadiah dia. Mati kutu gak lah..nak bagi hadiah apa. Since aku dah lama x bagi orang hadiah. Rasanya last LINDA lah kot..and Oya...tapi tu pon bg sebab suka-suka nak appreciate je. Ikutkan aku nak belikan JAM DINDING je...hahahhaa....ok ape? ade ke patut oya ckp "ko jgn buat gileee nok" hehe ngek je kan? 

So akhirnya aku pilih nak belikan dia perfume. Even masa nak beli tu aku still consider, eh nanti dia fikir aku perli dia ke tak? kang dia ckp "aku ni busuk ke sampai dapat hadiah perfume?" adoii..banyak sangat fikir tak baguuuuuuus okeh. So lets beli je..hehe. Agak bertuah dan rezeki jugak lah, sebab perfume tu murah. Aku beli dengan harga promosi. Lepas tu aku rasa..eh murah sangat ni, xkan nak bg 1 je? hehe. Jadi marilah kita beli set sekali dengan deodorant and pocket cologne githu. pun tak sampai RM40 u ols..hahaha. Nak membalut? x kossseeerr lah nyah, kita beli ready made (instant wrapping) jer. Baru RM2. beli dua. 1 untuk Mona nanti. Beli kad sekeping. Tak kan nak bagi hadiah je. At the same time, aku kat opis sempat lah rangka simple kad. Alaaa, kad buatan sendiri ni bukan saje tak lawa malah x bermodal pon..hehehe.. aku wat kad kecik. every kad tu ada nombor. So dia kena baca 1 by 1. baru lah dia leh bukak hadiah tu nanti. Alaaa, Tressure lah kunun. we ols kan suka impress kan orang. suka shangat...hahaha.


Kad simple ready made :)

1 set, suka gak bau dia..wangiiiii


(bukan ke entry ni elok ku tulis the day before?) muhahahaha...belasah je lah.


Then, malam tu dia jemput kat rumah. Dia ada bagitahu yang dia nak datang rumah and nak jumpa Mak. So aku offer lah, sudi ke jumpa MAK? Dia pon cakap. OK!! (beraninya dia? ke dah biasa? hurmmmm!!!) Dia sampai je. Terus duduk kat luar tu ada kerusi kan. Tak masuk pon, malas nak bawak masuk. Lelaki kan. So kita duduk kat luar je. Aku tinggalkan dia dengan Mak sekejap, aku pegi rumah jiran (kak zi) amik handphone Mak. So biar dorang borak berdua. Lepas tu dia mintak izin nak bawak aku keluar. Dia lawa Mak ikut sekali..hahahaha...(iye-iye jeeee lah tuuu)

Malam tu aku ajak dia pergi Putrajaya (umai cafe) aku pon tak pernah try kat sana. Jadi marilah kita bersama-sama ye..hehe. Dia turun je dari kereta, dia asyik cakap. Awak...okey ke baju saya ni? awak malu x? ke awak nak saya tukar? (dia pakai baju ala-ala yassin pakai tu tapi color hitam)..aku pandang dia dan aku cakap. Awak, saya ok. Saya tengok awak pon ok je..xde kurang apa-apa pon. (oh ya, hadiah tu aku bg dlm kereta. aku suruh dia bukak kat rumah). Bila dia dah comfy, kitorang pon berjalan heading to cafe. Nampak full..kebetulan ada meja kat luar. So kami duduk. Tak lama lepas tu kami pindah meja lagi satu sebab meja sebelum tu rosak. So tak cantik. Dah duduk dia mengadap hutan, aku mengadap masjid and tasik. Cantik viewnya. Romantik! hahaha...pastu dia ckp, eh apesal saya tgk pokok ni..hahaha. Dia pon alih tempat duduk. kelaka je mamat ni.

After order and so on, ada lah 1 family datang duduk kat meja yg awal2 kitorg pilih tadi. Tetibe dia bisik, eh awak belakang ni makcik. Ai is blur lah, buat lawak lg tu..Haa, makcik? kenape? vouge? ke dia ngorat awak? hehe...bukaaaan. MAKCIK saya lah...aku terus' Hah!!! Makcik awak?" bodoooooo je kan. tadi main2..pastu kelam kabut tetiverrr...ciss...Dia cari-cari pakcik dia..takde, pastu keluar lah pakcik dia dari dalam cafe. Dia pon tegur, dan kenalkan aku kat pakcik dia. Aku cuma mampu tersenyum and angguk kepala tanda "haaaaaaaaaaaaaaaiii pakcik:" hahaha..malu siot!! Laju-laju aku bbm n whatsapp oya, mona and chedah..weh. makcik dia 1 fams.. Haruskah aku bgn salam cium tangan weh? hahaha. Clumsy terus...panic kot..Sudahnya aku just toleh and senyum. Dengar lah dorang cakap-cakap..haaa, tangkap gambar..hehe..Dia g sembang dengan pakcik dia kejap (adik bongsu mak dia) and aku duduk sorang-sorang sambil layan hp. hahahaha....klakaaa betol...

Aku order grilled chicken, dia order mee hailam and kitorang amik cekodok pisang, dengarnya tu menu sedap kat sana. Aku ni kan jenis x makan pisang, tapi kalau cekodok pisang aku makan...tu pon selalunya aku x makan pisang dia..makan tepi2 je.. Dia cakap dia x suka cekodok tu sebab tu pisang ape tah...yg ade biji2 tu. Dia cakap menganggu nak makan. So aku je makan. sementara tunggu menu aku. Aku kan dah cakap. Aku kalau makan aku makan tepung je. Pisang aku letak tepi..hahaha...pastu dia leh pulak nak sambung makan...dia cakap..ape awk ni makan mcm ni..hahahhaahha..malu weh...dehel lah..tdi kan cakap dh xnk...ngok!!! pastu dia ckp nama2 pisang. Aku ni kalau dh x suka, memang tak laaaa aku nk amik tahu nama pisang. Asal berkulit, rupa mcm pisang tu kiranya PISANG je lah. Nak jugak menang, aku cakap laa..aku tahu pisang tanduk je sebab besar..dia cakap..eh yang awak cakap tu bukan pisang tanduk..tu pisang apa tah dia sebut. Dia siap mention, pisang tanduk BESAR LENGAN AWAK ni..(tunjuk lengan aku) rasa macam nak...ko pehal refer lengan aku?????? sungguh tak menjaga prasaan ai tau...mencikkkk lah! huhuhu.

Dah siap makan, dia g bayar kat dalam. Pastu kitorang bangun. Dia salam lelaki. Ku salam perempuan sambil tersenyum manis. hew hew hew. lalu kami beredar..Slowly je sebab view and suasana tu best.

Tak tahu nak kemana, kitorang sambung berborak kat bawah lampu betol2 kat tgh dataran Putrajaya tu. Orang ramai and terang benderang. So safe sangat ya. Berborak tentang peribadi. Sentuh macam-macam sebab..itu ini, begitu begini. gelak sikit, marah sikit, merajuk sikit, menyakat sikit. So okay lah. But when it comes to one part, aku jadi macam...hurmmmmmmmmmmmmm...LOST kejap. Bukan lost sangat lah tapi more to stuck. Because he keep on (ASYIK - ASYIK) cakap kalau jumpa yang TERBAIK, better awak pilih yang terbaik. Saya ni kosong, apa pon tak ada. Perasaan tu pon baru nak bermula. Kewangan semua KOSONG. Klau nak suruh awak tunggu tak tau brapa lama. adalah dalam 80JUTA kali dia ulang ayat tu sampai ku rasa macam nak nangis, macam nak marah macam nak loya pon ada..tah apa-apa. Last word, aku cakap kat dia sebelum masuk kereta nak balik. "Okeylah kalau awak cakap macam tu, nanti sy akan fikirkan dan saya kan bertindak". Dalam kereta masing-masing diam. Aku diam, dia pon diam. Aku pandang luar, dia pandang depan. Sesekali aku lontarkan soalan2 bodoh. Biar suasana tu riuh. Hakikatnya dua-dua "jiwa" tak ada dalam kereta. Melayang prasaan time tu. Dia hantar aku kat rumah, aku ucap terima kasih semua. 

PRESENTATION LUARAN

Sampai je rumah, dia terus whatsapp cakap dari persembahan hadiah dah buat dia happy, bila dia baca kad-kad tu pon dia sangat hepi. Alhamdulillah lah, kalau dia happy. Keseluruhan happy, tapi "main" hadiah tu pada dia biasa2 je. hehe...saboooor je lah. Aku usik dia, ckap kalau tahu..baik bgi kad je..hehe..Aku masih layan dia, aku buat biasa. Sebab dia tengah happy kan. Tapi sebenarnya perasaan aku tu dh mula TAWAR. Aku hilang harapan kot. Aku rasa macam nak setop time tu jugak. tu aku akan share kat entry lain. 

Setakat ni je lah kisah 18 September 2013. Bermula dengan baik...tapi ada spoil sikit towards the end. Lantak lah, malas nk fikir yang tak best..Kita fikir yang best2 je..tau tau.




No comments:

Post a Comment