Pages

Wednesday, 20 November 2013

Siapa Ahmad Ammar di laman Facebook?

Assalamualaikum,

Innalillahiwainnalillahirojiun


Buat pertama kalinya aku membaca dan menonton video mengenai beliau.
Walau telah beberapa rakan yang share mengenainya dilaman sosial, ku sangkakan beliau salah seorang syaheed yang mungkin dari Gaza, atau Palestin atau mana-mana sahaja lah dari tanah arab itu.
Antara caption yang sering ku lihat "lihatlah, arwah masih berpeluh walaupon telah dikafan kan" menunjukkan bahawa arwah seolah-olah masih lagi hidup saat jasad sudah pon terpisah dengan rohnya.

Sehingga malam tadi masih lagi ku lihat nama ini dilaman sosial. Namun dengan menggunakan handphone, 
ku rasa tidak puas untuk membace lalu aku putuskan didasar hati untuk membacanya ketika di office esok hari. Dan pagi ini, aku membaca kisahnya lalu aku menonton video khas buatnya. Tanpa ku sedar, aku menitiskan air mata.
1. Kerana beliau "pergi" nun jauh diperantauan namun dikuburkan bersama para sahabat Rasulullah SAW. Sungguh Istimewa. 
2. Ibu dan Bapa beliau sangat tenang. Luar Biasa. 
3. Diusia yang masih muda beliau banyak menyumbang tenaga pada kerja-kerja amal. Alhamdulillah. Baik jalan yang dipilihnya. 
4. Sungguh ramai hamba ALLAH yang datang menziarah bermula dari bacaan kuthbah sehingga waktu mengusung jenazah. Subhanallah.

Antara yang membanggakan, beliau anak muda berasal dari Malaysia. Ya, asal mana tidaklah penting kerana kita berasal tetap dari ALLAH. Tuhan yang sama. Satunya yang ESA. Kisahnya menampar emosi ku yang merasakan kematian itu terlalu dekat. Kehidupan terlalu singkat dan aku lantas menyedari bahawa apa yang ada termasuk diri adalah PINJAMAN semata-mata. Sampai masa kita Mati dan kembali kepada yang Mencipta. ALLAHURABBI. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Ku sediakan link ini sebagai tanda credit : Perbualan Terakhir Arwah Ahmad Ammar

Monday, 18 November 2013

Be a Better one :)

ok, before ramai judge aku ni tengah bermurung ke hape.
Letme explain first k. Dont you ever dare to jump to conclusion. echewah!!! hahaha


Recently ni guys, aku asyik termakan hati dengan kawan.
Ke sebab faktor usia aku jadi cepat sentap?
Ke aku ni terlalu negative sampai aku takleh nk imagine yang "niat" mereka tu sangat positive?
Ke sebab aku ni kasar then aku xleh nak terima orang berkasar dengan aku.?
Banyak sangat aku fikir lately, sampai aku rasa....Kenapalah aku jadi macam ni? means, kenapa aku kena face orang-orang cenggini. hurmmmmmmmmmm..

1st : Sabtu, aku bbm dengan sorang kawan. u know lah, once kita bbm orang tu for sure orang tu antara yang rapat dengan kita kan? She is the 1 who start bbm me actly, then i was reply the conversation by expressing how sedapnya Choc dip n dip and said "teringat2" lah kan. Then, the response quite annoyed lah bile dia reply yang "ouhh, mmg sedap. Pegi lah makan, ajaklah some1else" (takperlulahmention). I was like...hah???? why kena reply cam ni? sedihnya dapat feedback cam ni. Rasa macam....ugrhhh, can't explain. So untuk memendekkan cerita aku reply 'K" je. Short and clear sign that i am not interested to chat on lagi. Lantak laaa, ayat tu pada aku menyakitkan jer. Selama ni, kalau ada lebih aku ke dia ke kitorang tong-tong je. Tapi takde plak aku refuse then siap ask to go plus suggest nama orang lain pulak. Kalau xnak, reply lah..sorry,tak dapat nk teman. FULL STOP! :(

2nd : Ahad pagi jugak lah dapat whatsapp from some1 considered kawan sama bujang lah kononnya. Tapi it was dulu lah since dia pon dah kawen and i hope she is bahagia with her new life. After she get married aku memang dah lama x lepak sama dah. Continue my journey. Then paling aku xleh blah dengan soalan dia
"ape cer skrg, happy ke SO SAD?" aku bace terus zaaaaaaaaaaaaaapppp menyirap darah naik ke otak. Nasib tak kena strok koo..hahahahaha....punya lah panas..dia ni memang tak paham english ke ape? SO SAD kot? Ape punye kawan lah tanya macam ni? Kalau baik kamceng tido sebantal makan sepinggan ke seselimut ke aku leh la terima ni. Ni pon jumpa beberapa bulan lepas tetibe tanya soalan macam ni. Aku cerita kat MAK aku, sebab kebetulan dia duk kat sebelah time aku bace whatsapp tu. Mak aku pon terkejut.! Aku cakap, pelik-pelik manusia ni kan mak..



Cube fikir lah, kalau aku tanya "kau ape cer skrg, masih bahagia ke dah bercerai?" Sihat ke or tengah tunggu malaikat maut?  haaaaaaaaa...lagi dahsyat kan soalan aku? tapi aku tak tergamak lah nak tanya. Isu-isu jodoh and anak paling aku jaga. Aku paham reaksi orang, aku tahu isu tu sensitif. Sedih kan dapat kawan-kawan yang tak reti nak jaga adab berkawan ni. Sedih jugak kat dia sebab tak concern bab-bab macam ni. Aku try fikir positive. Avoid sikap2 macam ni kalau boleh. Mudah-mudahan aku diberi peluang tu perbaiki diri untuk jadi baik. Macam aku komen kat kakak kawan aku baru-baru ni sebab birthday dia dapat penghargaan dari kawan-kawan dia. So aku komen, "orang yang baik, akan selalu dikelilingi dengan orang-orang yang baik jugak". (tapi kes aku ni kiranya aku  ni tak baik ke???oh!Tidak..hahaha sendiri tak leh terima pulok..ceh)





So, aku fikir, in order to get the best and better one. U shud be that one! (0__0)V
Hope aku pon lebih peka dengan hal-hal kecik tapi memberi impact yang besar ni. Hope aku pon lebih bersopan dan bersantun dalam berbicara. Hope aku ni Istiqomah dalam melaksanakan impian. Hope lah. "After all, don't lose hope" :) xoxoxoxo :D


Sunday, 17 November 2013

Pakcik ittew tunaikan Nazarnya..xoxo

Assalamualaikum,

Refer pada tajuk saja kemain panjang kan? ihikss..
okok..terus terang, first time bace kisah seorang Pakcik yang gembira dengan kemenangan Piala Malaysia baru-baru ini. Pakcik berkenaan telah bernazar sekiranya Pahang Menjuarai Piala tersebut, beliau akan berjalan kaki dari Pahang ke Stadium Shah Alam.!!!! aku dalam hati like.
WHAT??????
SERIOUSLY???
ARE YOU MAD??
WHY???? LUCKY YOU'RE NOT MY FATHER OR RELATIVES.

First aku fikir kesihatan dia dulu. Sebab dia dah tua.
And Keselamatan dia jugak.
2nd thought kenapa perlu bernazar kerana kemenangan tersebut?
Alangkah baiknya kalau beliau bernazar untuk berpuasa ke or paling tidak pon botak kepala ke, kan?
Oh Pakcik! :(

Even pemeriksaan dilakukan sejurus beliau tiba di stadium, namun jauh di sudut hati ini tetap mempersoalkan Nazar itu...hahahahhaa psiko, aku xleh terima.! arghhhhhh....tepuk dahi...huhu

And today, 18 Nov 2013. Sementara nak bersiap2 ke opis. Aku memang selalu bukak chanel 9.
Program tanyalah Ustaz. Tajuknya NAZAR. Aku sempat cakap dengan Mak, agaknya apa lah ustaz-ustaz ni cakap pasal Pakcik yang jalan kaki tu kan. again, sendiri tak pueh hati..wakakakaka...I M SO SORRY PAKCIK :(

So Ustaz tadi kongsi cerita pasal Abu Is'rail yang bernazar. Menurut hadith,

(Dari Ibn 'Abbas ketika Nabi sedang berkhutbah tiba-tiba seseorang berdiri, lalu ia ditanya kenapa demikian ? mereka menjawab: Abu Isra'il telah bernazar untuk selalu berdiri, tidak akan duduk, tidak berteduh, tidak berbicara dan akan berpuasa. Lalu Nabi bersabda: perintahkan orang itu untuk berbicara, untuk berteduh/ berlindung dan untuk duduk. Hendaklanh ia menyempurnakan puasa nazarnya).


So, aku boleh faham..Nabi Muhammad SAW pun melarang Abu Is'rail ni menunaikan nazar yang diluar kemampuan dia, tetapi telah mengarahkan agar Abu meneruskan puasanya. Tapi aku rasa macam kemek gak hidung tadi bile Ustaz tu kabo yang orang yang bernazar ni sebenarnya kedekut. hahahaa. Make sense lah jugak, sebab ape kita ni bernazar? Bile naik gaji je baru nak nazar. Bila dapat sesuatu je baru nak bernazar. Apa salahnya kita buat je tanpa mengharapkan sesuatu itu terjadi? kan? betul gak kata ustaz tu.
Yang ni aku memang terasa "dalam". kah kah kah. Sebab aku pon selalu je bernazar. hihihi :p

P/s : kepada Pakcik yang bernazar tu, Syukurlah kerna kesihatan dan keselamatannya dijaga oleh ALLAH. Semoga, pengorbanan yang dilakukan mendapat redho ALLAH dan mampu menjadikan beliau seorang hamba yang jauh lebih baik dan lebih dekat denganNYA. Hanya dia yang merasai pengalaman tersebut. :)

Thursday, 14 November 2013

Annoyed

Assalamualaikum wbt,

Hari ini Alhamdulillah, hari Jumaat 11 Muharram 1435h. Every time kita rasa hidup, hela nafas, membeli barang yang kita suka, kenyang makan, dikelilingi orang-orang yang kita sayang waima apa sekali pon lah. KITA PANJATKAN RASA SYUKUR KITA DENGAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH. Bile kita teringat lah, kalau boleh ingat selalu lebih better. :) kan?

Okay, bukan nak bagi ceramah Semanis Kurma ke ape, sekadar nak mencurah rasa.
Aku hairan...pon takde lah hairan sangat tapi aku sedih...eh ye ke sedih? ke aku jatuh kasih-an?
Aku cuba untuk tidak complaint tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kalau tak cerita nanti tak puas hati sebab asyik teringat..huk huk huk.. Pang kang!

Kenapa bila kita dah cakap "tak suka" sesuatu kat orang then orang tu akan buat lagi benda yang kita tak suka? Padahal tujuan kita cerita tu untuk meluahkan rasa menyampah atau benci. Means kita TAK NAK ianya berlaku. Tapi ada jugak perangai segelintir ni yang seronok pulak buat benda yang terang-terang dia tahu kita tak suka. Kang kalau sound, tau pulak kecik ati ke apa kan. arghhhhhh....stressss tak dapat nak marah! hahahahahaha Adakah mereka sejenis yang mintak penampa? atau memang nak menyakitkan hati orang? atau sejenis yang nak buat lawak tapi lawak tu dia je yang paham dan senang dengan lawak dia sendiri? kira macam SS githuuu...

Seriusly, i dont get them! Motipppp tu yang x dpt nak tangkap.
Kasih-an kan? Sangat annoyed. Mengenangkan orang yang buat tu kawan-kawan jugak.
Jadi pejam mata je lah, pekak telinga je lah. Anggap tak berlaku apa2...huhuhu.
Dalam hati ni???? Allahurabbi...DIA sahaja lah yang memahami. :-(






Mr. Unpredictable

Assalamualaikum guys...

After a few entry yang tah apa-apa. MengEXPRESSi kan perasaan kononnya.
Here, again..nak share another expression. Tapi this time kita happy-happy sikit ye.

As you all know, aku dgn mamat yang aku dok kuar few times aritu dah OVER.
Yes, tak yah nak terkejut sangat k..ape? memang dah agak? kejam korang ni..hahahaha
Jangan ler jujur sangat...hehe. and jangan lah tanye reason.
Sesungguhnya aku pon tak tahu. Adakah kesilapan tu berpunca dari aku?
aahhhh fedulikkk kan lah. Xyah semak nk fikir. kita maju kehadapan. vrooomm....vroommm...

And as he already blah from my life, i was thought there is no one left. BUT i forgot, there is someone still there. My only CRUSH. I named him as Mr. @. those who know, then know lah. those who not..then better don't lah..kan. haaaa, githu.

Ok, aku pon x tahu lah why dia ni satu-satunya yang x paham bahasa or buat2 x paham. Tapi apa yang aku tahu dia satu2nya yang masih "keep on touch". Dah beberapa tahun aku tak jumpa dia, even tho dia just study kat bangi tu jer. Bukan jual mahal. tapi rasenya better tak payah lah. Sebab nama pon crush kan, cukup lah berhubung dalam talian je. And tadi dia Whatsapp....sambil balas sambil tersenyum. Pastu tetibe aku sedih pulak..hahaha bengong.! sedih lah sebab lama kawan tapi tak kemane....Jodoh tu kan Rahsia ALLAH. Kita tunggu je lah mane yang betol-betol untuk kita nanti. kan?


Ada je kan ayat dia nak start tu. Saje je jawab salam besor2...hahahaha


Dari dulu sampai skrg hope remain, dia memang macam ni. Suka je mengusik sampai aku marah, pastu kang bile kena marah, kemain suka plak dia...tak paham betol.! Actually dia refer gambar DP kat whatsapp..bukan lah saje-saje aku nak hanto gambar. Gile ke hape...hahahaha



Ni laaaa gambarnya, bulat ke? biasa lah ni..NORMAL..hahahhahahahha...punohhh


Monday, 11 November 2013

Attention Seekers

Hollaaah! instead of dats, it much better if im using....................

ASSALAMUALAIKUM to all of you. even no one's read. haih, Kesian.


okeh berbalik pada heading di atas, walaupon kerja tengah berlambak gile.
The idea seems so much jelly kot, sebab itu jam jugak dia mau mari lah kawan. hmmmmm...sebelum terlupa
Meh put some point first. muahahaha.


Seek of attention.
Naturally. budak - budak, remaja, dewasa, even orang tua pon akan mengharapkan perhatian dari people.
Mungkin from the one that their LOVE or the one that their HATE the most. Peliks kan? but its reality bebeh...none of us maybe, but someone out there i'm sure. Betol.

Symptom :
1. Budak - Budak : Mereka kalau ada adik beradik, Usually akan mengacau the another siblings, or kalau sorang dia akan buat perangai menangis kat public area, refuse to makan, buat sepah or ape2 je lah, until parent bengang panas telinga and last is MARAH....after that. PUJUK. Thats what they need. PUJUK..MANJA and BELAIAN.

2. Remaja / Dewasa : lagi senang, untuk parent biasanya dia akan buat hal kat sekolah, taknak belajar, melepak. and recently u guys can find it on social media. ada ramaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai orang tengah mencari perhatian. ni semua sebab ape? kurang perhatian. And kalau ada pasangan, biasanya mereka akan buat perangai macam merajuk tak semena-mena, moody ke ape, and ada jugak tahap seekers yang sakitnye sikit tapi merengek alahaai macam nyawa dihujung tanduk. eh, kalau nyawa kat hujung2 boleh merengek ke? hahaha... contoh macam, awak sy selsema..hidung sumbat. xleh bernafas. susah nak tidor. Saya bosan, badan saya sakit-sakit, lenguh kat lutut...dengan harapan si pasangan ni akan more CONCERN/CARING MUCH gitu. kalau aku? aku bagi SO??? ye, akak memang kejam dek non! heheee. tapi belom pernah berlaku lagi..hahahhaa


3. Orang tua : ye, orang tua pon tak terlepas dari gejala menarik perhatian ni. contoh terdekat MAK aku..hahahha...memang pakar. Selalu je buat perangai nak perhatian. terkini kejadian di pagi hari. Abang aku no 3 datang rumah, bawak cempedak goreng 1 tupperware. Mak aku belom bangun lagi, terbaring kat katil berselimut sejuk kataaaaanyewww.

Abang : Mak x sihat ke?
Mak    : X berape sihat laaa. Demam, kepala pening. (slow je volumenya)
Abang : laaa, ayus ada bawak cempedak goreng ni, tapi MAK pening kang xleh makan pulak.
Mak    : Eh, takde lah pening sangat, pening sikit jer..boleh makan tu.*tetibeeee tukar* 

Abang aku senyum, aku dah gelak daah..hahahhahaha


Moral of the story,
Tak salah pon kalau nak tarik perhatian, mungkin mereka2 ini dahagakan kasih sayang..hahahhaa...halus dan tajam ke bahasa ai? sorry. Aku jenis yang garang tetibe, kalau kena gaya mungkin leh layan lah. Tapi kalau wrong timing memang malas nak melayan. Setakat nak sakit sikit-sikit tu nak mengadu..lagi opposite jantina...I ols geli nok nak respond. Banyak keja lain lagi. Kalau rasa demam, makan ubat. Just informed, sy tak sihat. enuff...xyah nak explain badan panas ke, kepala sakit berdenyut ke...rimas. Ke sebab aku ni jenis kalau sakit, aku akan cakap..aku x sihat..then aku diam. hahaha..aku selalu lupa that semua orang tak sama macam aku...huarghhh....asyik LUPAAAAAAAAAAAAAAAAA je..tsk tsk

Thursday, 7 November 2013

Kadang-Kadang

Assalamualaikum wbt.

Kadang-kadang I need some space to chill with my own way.
Kadang-kadang aku nak luah rasa thru status, but if semua channel wujud orang yang sama.
Aku rasa terbatas. Eh, padahal semua account aku.!!! Kenapa aku takut?
Taaaaaakkk, aku bukan takut. Tapi aku jaga perasaan orang lain.
Aku tak nak orang-orang terasa. Aku tak nak keruhkan benda jernih.
Kan orang kata, Kerana Mulut Badan Binasa. huhuhu

Lebih baik DIAM. Makan hati sendiri.

Kadang-kadang kita penat kerja weekdays, weekend tu memang all out fully utilized masa untuk enjoy.
Kadang-kadang balik kerja penat, MAK pulak ajak borak. Tanya macam-macam while org tgh focus tengok tv. Mula lah rasa nak marah. huhuhu.
Kadang-kadang time kat rumah tu malas nak entertain tetamu. Mengharapkan tidak ada orang datang. muahahaha. Letih nak melayan. kah kah kah

Kadang-kadang bahaya jugak kan. :)


Monday, 4 November 2013

Mama Love You kids :)

Helloooo Novembah! hehe

After all the sadness, i shud share my precious moment too.

I really thankful and grateful.
Seriously, Aku bersyukur pada ALLAH dengan tiap2 rezeki yang diberikan.
Ibu yang baik, kawan2 yang baik, dan suasana kerja yang elok.
Alhamdulillah.

Tiap2 manusia tu tak dapat semuanya.
Pasti ada kekurangan. The different is how we accept and enjoyed the kekurangan.
Aku ni bukan branded person, tapi was like to choose something that make me look gorgeous githu.
Mungkin aku suka bergaya kot. Memang dari 2007 cam tu. Rata-rata manusia selalu panggil aku Datin.
Muhahahaa...bukan ku pinta okeh! Dorang cakap base on how i carry myself kot..

Thats y aku selalu cakap, 1 day orang kawen dgn Datuk kot, Mak..hahahaha..giler prasang and berangans.! kah kah kah kah.

November ni start with Good Therapy.
i Bought something that i really want. Yes, Everytime google picture, selalu tengok Prada ni.
Selalu sangat okeh. Suka sejak pestaaaaaaaaaaaaim masuk Prada Butik kat pavi.
Tapi time tu was 50-50 nak Prada or LV? hahaha..giler kan
LV tu luxury and sophisticated sikit kot, Design pon xbrape remaja sangat.
Prada ni cute, nampak muda, rugget and brutal. ahahahaha...boleh piker cam tu?

Lebih bertahun2 mengidam, kalau tengok selalu imagine and aks, bila nk ada kat bahu aku ni.
Akhirnyaaaaaaaaaaaa.
Its mine. Alhamdulillah :)


Lagi susah cari, lagi aku suka.


Spec tu pon aku suke, Tapi rupanya bila siang macam hijau2 plak..hahaha...ku fikirkan cekelat..haha xpe lah.

Butterfly necklace tu pon aku suka jugak. Cincin tu kak ida belanja...Suka jugak..tapi size besor..nyampah..ke jari ku kurus? Oh.Tidak!


Note : here is my November collection from head to toe. So far Alhamdulillah happy. And Mama really love you kids..kekekekee. Udoh macam anak2 pulok..hehe


Sunday, 3 November 2013

Not my Business

(Client looking for Miss Ida,-Phone Call )

Aku : she was on leave today.

Client : then how about Remy?

Aku : Remy not in the office.

Client : Where he go?

Aku : Im not sure, maybe he has appointment.

Client : But y dia x jawab call i ek?

Aku :Maaf cik, diluar bidang kuasa saya..

muhahaha, ku lemau. pfftttt



Saya Hairan.

SAYA HAIRAN

Tidak ada selisih faham,
Tidak ada sebab,
Awak diam.

Saya? Sebagai perempuan.
Saya pon diam jugak.

Hakikatnya, Saya tertanya-tanya.
Saya tak ada jawapan, lalu saya diam lagi.
Saya nak nangis, tapi saya rasa macam tak worth it.
Untuk apa? Lalu airmata saya tersekat. 

Semalam, sebelum mulakan perjalanan pulang.
Saya check Handphone, oh ada message.
Salam..... Dari dia.
Setelah lebih 4 hari? kenape malam ini?
Saya tgk status dia, "keletihan dan kebosanan"

Adakah saya terlintas saat dia bosan?
WHAT THE HELL IS he?