Innalillahiwainnalillahirojiun
Buat pertama kalinya aku membaca dan menonton video mengenai beliau.
Walau telah beberapa rakan yang share mengenainya dilaman sosial, ku sangkakan beliau salah seorang syaheed yang mungkin dari Gaza, atau Palestin atau mana-mana sahaja lah dari tanah arab itu.
Antara caption yang sering ku lihat "lihatlah, arwah masih berpeluh walaupon telah dikafan kan" menunjukkan bahawa arwah seolah-olah masih lagi hidup saat jasad sudah pon terpisah dengan rohnya.
Sehingga malam tadi masih lagi ku lihat nama ini dilaman sosial. Namun dengan menggunakan handphone,
ku rasa tidak puas untuk membace lalu aku putuskan didasar hati untuk membacanya ketika di office esok hari. Dan pagi ini, aku membaca kisahnya lalu aku menonton video khas buatnya. Tanpa ku sedar, aku menitiskan air mata.
1. Kerana beliau "pergi" nun jauh diperantauan namun dikuburkan bersama para sahabat Rasulullah SAW. Sungguh Istimewa.
2. Ibu dan Bapa beliau sangat tenang. Luar Biasa.
3. Diusia yang masih muda beliau banyak menyumbang tenaga pada kerja-kerja amal. Alhamdulillah. Baik jalan yang dipilihnya.
4. Sungguh ramai hamba ALLAH yang datang menziarah bermula dari bacaan kuthbah sehingga waktu mengusung jenazah. Subhanallah.
Antara yang membanggakan, beliau anak muda berasal dari Malaysia. Ya, asal mana tidaklah penting kerana kita berasal tetap dari ALLAH. Tuhan yang sama. Satunya yang ESA. Kisahnya menampar emosi ku yang merasakan kematian itu terlalu dekat. Kehidupan terlalu singkat dan aku lantas menyedari bahawa apa yang ada termasuk diri adalah PINJAMAN semata-mata. Sampai masa kita Mati dan kembali kepada yang Mencipta. ALLAHURABBI. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.
Ku sediakan link ini sebagai tanda credit : Perbualan Terakhir Arwah Ahmad Ammar
No comments:
Post a Comment