Assalamualaikum,
Refer pada tajuk saja kemain panjang kan? ihikss..
okok..terus terang, first time bace kisah seorang Pakcik yang gembira dengan kemenangan Piala Malaysia baru-baru ini. Pakcik berkenaan telah bernazar sekiranya Pahang Menjuarai Piala tersebut, beliau akan berjalan kaki dari Pahang ke Stadium Shah Alam.!!!! aku dalam hati like.
WHAT??????
SERIOUSLY???
ARE YOU MAD??
WHY???? LUCKY YOU'RE NOT MY FATHER OR RELATIVES.
First aku fikir kesihatan dia dulu. Sebab dia dah tua.
And Keselamatan dia jugak.
2nd thought kenapa perlu bernazar kerana kemenangan tersebut?
Alangkah baiknya kalau beliau bernazar untuk berpuasa ke or paling tidak pon botak kepala ke, kan?
Oh Pakcik! :(
Even pemeriksaan dilakukan sejurus beliau tiba di stadium, namun jauh di sudut hati ini tetap mempersoalkan Nazar itu...hahahahhaa psiko, aku xleh terima.! arghhhhhh....tepuk dahi...huhu
And today, 18 Nov 2013. Sementara nak bersiap2 ke opis. Aku memang selalu bukak chanel 9.
Program tanyalah Ustaz. Tajuknya NAZAR. Aku sempat cakap dengan Mak, agaknya apa lah ustaz-ustaz ni cakap pasal Pakcik yang jalan kaki tu kan. again, sendiri tak pueh hati..wakakakaka...I M SO SORRY PAKCIK :(
So Ustaz tadi kongsi cerita pasal Abu Is'rail yang bernazar. Menurut hadith,
(Dari Ibn 'Abbas ketika Nabi sedang berkhutbah tiba-tiba seseorang berdiri, lalu ia ditanya kenapa demikian ? mereka menjawab: Abu Isra'il telah bernazar untuk selalu berdiri, tidak akan duduk, tidak berteduh, tidak berbicara dan akan berpuasa. Lalu Nabi bersabda: perintahkan orang itu untuk berbicara, untuk berteduh/ berlindung dan untuk duduk. Hendaklanh ia menyempurnakan puasa nazarnya).
So, aku boleh faham..Nabi Muhammad SAW pun melarang Abu Is'rail ni menunaikan nazar yang diluar kemampuan dia, tetapi telah mengarahkan agar Abu meneruskan puasanya. Tapi aku rasa macam kemek gak hidung tadi bile Ustaz tu kabo yang orang yang bernazar ni sebenarnya kedekut. hahahaa. Make sense lah jugak, sebab ape kita ni bernazar? Bile naik gaji je baru nak nazar. Bila dapat sesuatu je baru nak bernazar. Apa salahnya kita buat je tanpa mengharapkan sesuatu itu terjadi? kan? betul gak kata ustaz tu.
Yang ni aku memang terasa "dalam". kah kah kah. Sebab aku pon selalu je bernazar. hihihi :p
P/s : kepada Pakcik yang bernazar tu, Syukurlah kerna kesihatan dan keselamatannya dijaga oleh ALLAH. Semoga, pengorbanan yang dilakukan mendapat redho ALLAH dan mampu menjadikan beliau seorang hamba yang jauh lebih baik dan lebih dekat denganNYA. Hanya dia yang merasai pengalaman tersebut. :)
No comments:
Post a Comment