Pages

Friday, 18 April 2014

Anak Gadis EMAK

Banyak cerita nak tulis, tapi ayat berterabur. hahahaha

Hari ni nak cerita sikit pasal diri ini, betapa bertuahnya aku dilahirkan dari rahim seorang IBU yang sangat baik, besar jasanya. (sambil taip sambil dengar lagu Aishah) githuuu..!! Mula lah nak bergenang airmata ni..hahahhaa


Aku ni anak ke-empat dari 5 bradik. Sangat rapat dengan MAK sebabnya aku dari kecik tak pernah berpisah. Aku membesar dengan kasih sayang MAK and ABAH. Sejak aku skolah menengah, aku jadi x berapa rapat dengan ABAH lagi mungkin sebab dah beso atau mungkin jugak ABAH aku ni garang. Ada masa kena tangan ngan dia gak. So memberontak then lama-lama prasaan tu jadi kurang dan renggang. Banyak benda yang aku memberontak. MAK pon garang jugak, pernah je aku kena pukul dengan penyapu..hahahaha....Gaduh tu biasa lah. Tapi kitorang jenis suka berkongsi cerita. Semua cerita berkongsi dari kecik sampai besor.


Walaupon kami rapat, tapi perangai kami langsung tak sama. 

MAK penyabar orangnya. Aku jenis fussy.
MAK bila bercakap lemah lembut tuturkata, aku kasar.
MAK suka sangka baik dengan orang, aku suka narrow berhati-hati.
MAK suka sangat bila dipuji, aku suka tapi kadang-kadang aku rimas. 
MAK suka masak dan mengemas, aku x suka tapi aku KENA buat..hahaha

Sebabkan perbezaan ini lah kami lengkap each other. Yang mana kurang tu saling tegur menegur. Nasihat satu sama lain. Aku sangat paham apa yang dia rasa, bila dia sedih, bila dia kecik hati, bila dia rindu, bila dia sunyi. Kadang aku straight je tanya dia. Kadang dia ngaku then dia tanya "macam mana ko tahu MAK rasa cam tu" hahahah comel. ni JU lah MAK..anak MAK yang paling MAK sayang..ngeh2...fedulik...


Tiap-tiap hari mesti cakap "I LEBIU MAK" mesti tanya each other "Ko Sayang MAK x?" 

aku pon tanya jugak tapi aku tanya cam ni, MAK SAYANG ORANG SANGAT-SANGAT kan? hahahhahahahhaa nanti dia angguk (terpaksa) sambil gelak halus...

Tiap-tiap hari makan and tengok TV sama-sama. Kalau dia sakit, aku cepat menangis. 

Aku takut kehilangan MAK. ishhh, takmo bayang lah. 
Borak dengan MAK ni memang macam borak dengan bestfriend. 
Segala cerita. berita, even gossip kitorang akan share. 
Almost everyday kitorang akan call each other, even jumpa hari-hari kat rumah.
Soalan dia; buat ape tu? dah makan ke? hari ni nak masak apa? 
dah macam orang becinta kan??haha

Kalau ada part yang menyakitkan each other, maksudnya orang mengata kita.

Kitorang saling mempertahankan masing2. Tapi mempertahankan kat diri memasing lah.
especially when it come to MY Issue. Kalau bab MAK, aku jenis lantang bersuara.
tak macam MAK, dia akan diam kalau orang ngata aku, tapi lepas tu dia akan ngadu and kuarkan hujah2 dia.
Tapi cakap banyak pon tak guna, sebabnya benda dah jadi.
Tapi kami sepakat lah untuk brhati-hati ke hape kan after this ngan that person.
MAK ada jugak cakap, ALLAH tu menilai hati kita. So HATI tu kena lah baik. Jangan busuk sangat ke ape.
Jangan cari pasal dengan orang, jangan aniaya orang semua kan. 
Dan aku rasa aku pon bukan jenis macam tu. Bersyukur sangat ALLAH bagi hati yang selamba macam skrg.

Rasanya cukup lah tu aku cerita. lite2 pon tapi panjang gak...

ni aku post kt insta picture aku ngan MAK and caption khas untuk MAK.
Aku baca kat depan dia malam td, aku tgk dia kewl jerk??? cam xde prasaan pooonnnggg...hahaha
Dia x tahu yang aku menaip sampai meleleh2 airmata...huhuhu

"Beginilah resam hidup "hitam&putih". Pilih lah jalan yg baik walaupon sukar. 
EMAK ni paling terbaik yg ada didunia. Sakitnya dia seakan diri merasa, sedihnya seperti diri juga turut brduka. Gembira hatinya, seakan tenang dijiwa kerna Redha ALLAH melalui Redha EMAK yg kusayangi. 
Byk ilmu kehidupan diturunkan, bertuah badan punya EMAK yg boleh berkawan2. 
Susah senang bersama. Suka duka dikongsi. 
Setiap hari bersama berdua menghabiskan sisa2 hidup didunia sblm dijemput pulang oleh Pencipta. 
Andai terpisah jasad Dan nyawa, Temukan dua beranak ini ketika disyurga. 
Kerana DIA kita bersama menjadi keluarga. #loveuMAK#Amin #Alhamdulillah"


Ni la dia "wanita yang kusayangi hingga ke syurga ILLAHI"


Ni hasil kasih sayang antara ABAH ngan MAK dulu. Besar kan kasih sayang dorang? tengoklah hasilnya..kah kah kah (gelak kat diri sendiri) padan muka~!


Note : haku suka giler pakai palazo skrg, nampak cam kurus walaupon???? Suka juga wide cotton shawl ni, dulu ingat susah sangat nak pakai, lepas chedah ajar..terus kalau boleh nak pakai hari2..hahaha

No comments:

Post a Comment