Media social yang dahsyat peranan dan penangannya.
Ye lah, dulu-dulu sign up Facebook untuk chit chat dengan kawan,
Nak tengok perkembangan aktiviti ke ape2 je lah.
Tapi sekarang fungsi tu semua ada lagi tapi jadi lebih teruk sebab ada manusia-manusia yang terlalu detail nak menunjukkan aktiviti dia.
Melalui status luahan perasaan (aku pon suka meluah).
Status-status yang berdoa menggunakan keyboard berbanding mengambil wudhu dan menadah tangan seraya berdoa (aku jugak). =,=
Haishhh...
Tu belom kira dengan aplikasi memuat naik gambar.
Yang ni paling lah aku sukar menerima.
Yang gambar untuk membeli itu ini, aku boleh terima lah jugak sebab sometimes aku pong terbabas jugek..
Niat nak berkongsi, tp bila aku sndiri rasa annoyed tengok orang lain. Then aku tahu ape rasanya jadi orang yang tgk gambar-gambar aku pulak...hiks... (try reduce slowly)
Recently,
One of my friend dalam FB upload pic lobang jamban.
Where you can simply TAIP je yang "anak aku masukkan duit syiling dalam lubang jamban" contoh!
perlu ke sampai nak tunjuk bukti yang jijik tu?
Ko tahu x lubang jamban tu tempat ape? hahahaa...*fengsannns*
Even jamban ko bersih putih berseri sampai boleh dijilat sekali pon,
tetap itu adalah lubang jamban where a place untuk ko melepaskan keladak yang ko x mampu nak hadam aka NAJIS.
ishhh....
Aku rasa macam nak tegur tapi kang kalau ditegur tak boleh menerima pastu hati plak tak best macam mane?
Plus aku mungkin jugak pernah buat benda sama ke sebelum ni? Layak ke nak bagi teguran or nasihat?
Apa ayat yang sesuai? Macam mana? Again. "HAISHHH"
Dulu-dulu pon aku dah annoyed dah bila ada yang upload pic
Lagi? Antara yang menjengkelkan pemandangan mata :-
1- Show off seberapa banyak duit ko ada. Tabur atas lantai, or susun atas meja.
Then upload. Biar orang geram, orang print and guna. (EH, BOLEH KE???) hahaha
2- Susun seberapa banyak susu ko ada dalam fridge. (yang pump sendiri, EBM ek??)homaaaaiiii.....caption, "ALHAMDULILLAH, REZEKI ANAK-ANAK" hahahahahhaa....... *fitamssss*
3- Pregnancy test kat laman social.
Ko taip je "ALHAMDULILLAH, ITTEW NANDUNG" hew hew hew
Even pelat orang paham dah ko mengandung, ada baby dalam perot ko.
And soon ko bakal jadi parent. Ape ke payah bebenor sampai nak tunjuk gambar alat tu. hahaha...
macam-macam..LOL
4- Taik.
Serius weh, ade yang upload gambar taik. Dulu ada yg upload gambar taik hidung. Sebab hidung anak dia berdarah, so sembur taik hidung tu kuar nampak berdarah. Oh, mungkin dia nk tunjuk darah, xde niat nak tunjuk taik tu kot...*sighhh*
Ada yg baru ni upload pic anak dia masuk wad, ramai tertanya-tanya kenape anak dia admitted. Kalaulah mak dia "clever" mesti aku x tertengok pic taik dalam pampers tu yang ada darah. Boleh je explain "Najis anak saya berdarah" orang paham kak...xpayah tunjuk..nak tunjuk jugak? PM je kat sape-sape yg "BANGANG" sangat tak paham or yang teringin nak tengok contoh....Sedeeeeeyyyyy.!
Since laman social tu engko punya account, so suka ati engko. Maka aku dan seangkatan dengan aku xleh nak halang ataupon xleh nak hentikan. Tapi tak semuanya menjengkilkan. Ada jugak yang memberi pengajaran, yang menghiburkan. Depends lah dengan apa yang ko nak sampaikan or macam mana ko melihat sesuatu benda tu.
Untuk gambar selfie, aku tak nafikan yang aku pon "WIN" dengan game ni..muhahaha.
Aku bukan retis yang ade org tolong snap..so aku kena snap sendiri, mana da monopod.
So opkoz pic tu akan focus tang muka je..ahaksss..(untung lah badan)
Githu lah ceritanya pasal F A C E B O O K ni...ada baik buruknya.
Bergantunglah pada tahap kematangan kita, tahap kepandaian kita, tahap kemanusiaan kita.
Jangan salah gunakan yerk...Okey lah. Nak sambung wat koje...
tata titi tutu.
Assalamualaikum

No comments:
Post a Comment