Pages

Friday, 18 April 2014

Anak Gadis EMAK

Banyak cerita nak tulis, tapi ayat berterabur. hahahaha

Hari ni nak cerita sikit pasal diri ini, betapa bertuahnya aku dilahirkan dari rahim seorang IBU yang sangat baik, besar jasanya. (sambil taip sambil dengar lagu Aishah) githuuu..!! Mula lah nak bergenang airmata ni..hahahhaa


Aku ni anak ke-empat dari 5 bradik. Sangat rapat dengan MAK sebabnya aku dari kecik tak pernah berpisah. Aku membesar dengan kasih sayang MAK and ABAH. Sejak aku skolah menengah, aku jadi x berapa rapat dengan ABAH lagi mungkin sebab dah beso atau mungkin jugak ABAH aku ni garang. Ada masa kena tangan ngan dia gak. So memberontak then lama-lama prasaan tu jadi kurang dan renggang. Banyak benda yang aku memberontak. MAK pon garang jugak, pernah je aku kena pukul dengan penyapu..hahahaha....Gaduh tu biasa lah. Tapi kitorang jenis suka berkongsi cerita. Semua cerita berkongsi dari kecik sampai besor.


Walaupon kami rapat, tapi perangai kami langsung tak sama. 

MAK penyabar orangnya. Aku jenis fussy.
MAK bila bercakap lemah lembut tuturkata, aku kasar.
MAK suka sangka baik dengan orang, aku suka narrow berhati-hati.
MAK suka sangat bila dipuji, aku suka tapi kadang-kadang aku rimas. 
MAK suka masak dan mengemas, aku x suka tapi aku KENA buat..hahaha

Sebabkan perbezaan ini lah kami lengkap each other. Yang mana kurang tu saling tegur menegur. Nasihat satu sama lain. Aku sangat paham apa yang dia rasa, bila dia sedih, bila dia kecik hati, bila dia rindu, bila dia sunyi. Kadang aku straight je tanya dia. Kadang dia ngaku then dia tanya "macam mana ko tahu MAK rasa cam tu" hahahah comel. ni JU lah MAK..anak MAK yang paling MAK sayang..ngeh2...fedulik...


Tiap-tiap hari mesti cakap "I LEBIU MAK" mesti tanya each other "Ko Sayang MAK x?" 

aku pon tanya jugak tapi aku tanya cam ni, MAK SAYANG ORANG SANGAT-SANGAT kan? hahahhahahahhaa nanti dia angguk (terpaksa) sambil gelak halus...

Tiap-tiap hari makan and tengok TV sama-sama. Kalau dia sakit, aku cepat menangis. 

Aku takut kehilangan MAK. ishhh, takmo bayang lah. 
Borak dengan MAK ni memang macam borak dengan bestfriend. 
Segala cerita. berita, even gossip kitorang akan share. 
Almost everyday kitorang akan call each other, even jumpa hari-hari kat rumah.
Soalan dia; buat ape tu? dah makan ke? hari ni nak masak apa? 
dah macam orang becinta kan??haha

Kalau ada part yang menyakitkan each other, maksudnya orang mengata kita.

Kitorang saling mempertahankan masing2. Tapi mempertahankan kat diri memasing lah.
especially when it come to MY Issue. Kalau bab MAK, aku jenis lantang bersuara.
tak macam MAK, dia akan diam kalau orang ngata aku, tapi lepas tu dia akan ngadu and kuarkan hujah2 dia.
Tapi cakap banyak pon tak guna, sebabnya benda dah jadi.
Tapi kami sepakat lah untuk brhati-hati ke hape kan after this ngan that person.
MAK ada jugak cakap, ALLAH tu menilai hati kita. So HATI tu kena lah baik. Jangan busuk sangat ke ape.
Jangan cari pasal dengan orang, jangan aniaya orang semua kan. 
Dan aku rasa aku pon bukan jenis macam tu. Bersyukur sangat ALLAH bagi hati yang selamba macam skrg.

Rasanya cukup lah tu aku cerita. lite2 pon tapi panjang gak...

ni aku post kt insta picture aku ngan MAK and caption khas untuk MAK.
Aku baca kat depan dia malam td, aku tgk dia kewl jerk??? cam xde prasaan pooonnnggg...hahaha
Dia x tahu yang aku menaip sampai meleleh2 airmata...huhuhu

"Beginilah resam hidup "hitam&putih". Pilih lah jalan yg baik walaupon sukar. 
EMAK ni paling terbaik yg ada didunia. Sakitnya dia seakan diri merasa, sedihnya seperti diri juga turut brduka. Gembira hatinya, seakan tenang dijiwa kerna Redha ALLAH melalui Redha EMAK yg kusayangi. 
Byk ilmu kehidupan diturunkan, bertuah badan punya EMAK yg boleh berkawan2. 
Susah senang bersama. Suka duka dikongsi. 
Setiap hari bersama berdua menghabiskan sisa2 hidup didunia sblm dijemput pulang oleh Pencipta. 
Andai terpisah jasad Dan nyawa, Temukan dua beranak ini ketika disyurga. 
Kerana DIA kita bersama menjadi keluarga. #loveuMAK. #Amin #Alhamdulillah"


Ni la dia "wanita yang kusayangi hingga ke syurga ILLAHI"


Ni hasil kasih sayang antara ABAH ngan MAK dulu. Besar kan kasih sayang dorang? tengoklah hasilnya..kah kah kah (gelak kat diri sendiri) padan muka~!


Note : haku suka giler pakai palazo skrg, nampak cam kurus walaupon???? Suka juga wide cotton shawl ni, dulu ingat susah sangat nak pakai, lepas chedah ajar..terus kalau boleh nak pakai hari2..hahaha

Tuesday, 15 April 2014

F A C E B O O K

Media social yang dahsyat peranan dan penangannya.
Ye lah, dulu-dulu sign up Facebook untuk chit chat dengan kawan,
Nak tengok perkembangan aktiviti ke ape2 je lah.

Tapi sekarang fungsi tu semua ada lagi tapi jadi lebih teruk sebab ada manusia-manusia yang terlalu detail nak menunjukkan aktiviti dia.
Melalui status luahan perasaan (aku pon suka meluah).
Status-status yang berdoa menggunakan keyboard berbanding mengambil wudhu dan menadah tangan seraya berdoa (aku jugak). =,=

Haishhh...
Tu belom kira dengan aplikasi memuat naik gambar.
Yang ni paling lah aku sukar menerima.
Yang gambar untuk membeli itu ini, aku boleh terima lah jugak sebab sometimes aku pong terbabas jugek..
Niat nak berkongsi, tp bila aku sndiri rasa annoyed tengok orang lain. Then aku tahu ape rasanya jadi orang yang tgk gambar-gambar aku pulak...hiks... (try reduce slowly)

Recently,
One of my friend dalam FB upload pic lobang jamban.
Where you can simply TAIP je yang "anak aku masukkan duit syiling dalam lubang jamban" contoh!
perlu ke sampai nak tunjuk bukti yang jijik tu?
Ko tahu x lubang jamban tu tempat ape? hahahaa...*fengsannns*
Even jamban ko bersih putih berseri sampai boleh dijilat sekali pon,
tetap itu adalah lubang jamban where a place untuk ko melepaskan keladak yang ko x mampu nak hadam aka NAJIS.
ishhh....

Aku rasa macam nak tegur tapi kang kalau ditegur tak boleh menerima pastu hati plak tak best macam mane?
Plus aku mungkin jugak pernah buat benda sama ke sebelum ni? Layak ke nak bagi teguran or nasihat?
Apa ayat yang sesuai? Macam mana? Again. "HAISHHH"

Dulu-dulu pon aku dah annoyed dah bila ada yang upload pic

Lagi? Antara yang menjengkelkan pemandangan mata :-

1- Show off seberapa banyak duit ko ada. Tabur atas lantai, or susun atas meja.
Then upload. Biar orang geram, orang print and guna. (EH, BOLEH KE???) hahaha

2- Susun seberapa banyak susu ko ada dalam fridge. (yang pump sendiri, EBM ek??)homaaaaiiii.....caption, "ALHAMDULILLAH, REZEKI ANAK-ANAK" hahahahahhaa....... *fitamssss*

3- Pregnancy test kat laman social.
Ko taip je "ALHAMDULILLAH, ITTEW NANDUNG" hew hew hew
Even pelat orang paham dah ko mengandung, ada baby dalam perot ko.
And soon ko bakal jadi parent. Ape ke payah bebenor sampai nak tunjuk gambar alat tu. hahaha...
macam-macam..LOL

4- Taik.
Serius weh, ade yang upload gambar taik. Dulu ada yg upload gambar taik hidung. Sebab hidung anak dia berdarah, so sembur taik hidung tu kuar nampak berdarah. Oh, mungkin dia nk tunjuk darah, xde niat nak tunjuk taik tu kot...*sighhh*
Ada yg baru ni upload pic anak dia masuk wad, ramai tertanya-tanya kenape anak dia admitted. Kalaulah mak dia "clever" mesti aku x tertengok pic taik dalam pampers tu yang ada darah. Boleh je explain "Najis anak saya berdarah" orang paham kak...xpayah tunjuk..nak tunjuk jugak? PM je kat sape-sape yg "BANGANG" sangat tak paham or yang teringin nak tengok contoh....Sedeeeeeyyyyy.!

Since laman social tu engko punya account, so suka ati engko. Maka aku dan seangkatan dengan aku xleh nak halang ataupon xleh nak hentikan. Tapi tak semuanya menjengkilkan. Ada jugak yang memberi pengajaran, yang menghiburkan. Depends lah dengan apa yang ko nak sampaikan or macam mana ko melihat sesuatu benda tu.

Untuk gambar selfie, aku tak nafikan yang aku pon "WIN" dengan game ni..muhahaha.
Aku bukan retis yang ade org tolong snap..so aku kena snap sendiri, mana da monopod.
So opkoz pic tu akan focus tang muka je..ahaksss..(untung lah badan)



Githu lah ceritanya pasal F A C E B O O K ni...ada baik buruknya.
Bergantunglah pada tahap kematangan kita, tahap kepandaian kita, tahap kemanusiaan kita.
Jangan salah gunakan yerk...Okey lah. Nak sambung wat koje...

tata titi tutu.
Assalamualaikum



Monday, 14 April 2014

Macam mana nak start Reset Minda???

Assalamualaikum.

Tajuk kemain kan? Persoalan sangat.

Hari tu tengok TV Alhijrah, kebetulan.
Ada slot Prof Muhaya "Being Me"
Seronok, banyak sangat ilmu. Tapi x ingat semua. Mungkin boleh search later.
Antara yang menarik perhatian "How To Forgive"

Tak dinafikan, aku ni bukan jenis yang senang memaafkan.
Ada rasa dendam, ada jugak rasa menyampah, then mula lah nak doakan yang x baik kat orang tu.
Macam kes recently aku bengang bila mamat yang pinjam duit aku tak bayar.
Aku inbox dia, dia x reply. Aku msg lagi then dia block aku punya FB.
Aku geram, aku message kat wife dia. aku forward ape yang laki dia penah inbox aku time mula-mula nak pinjam dulu.
Aku tak sangka aku terkena wat kesekian kalinya.
Aku geram, sampai 1 hari tu aku msg lagi walaupon wife dia 2x5 jer. Langsung lah x reply ke hape kan.
Aku terang-terang doakan moga laki dia n seluruh family melingkup. Aku mmg nak dia baca.

You know what, petang tu aku saje lah stalk FB wife dia..
Aku baca status wife dia pasal anak.
Anak dia sakit perot, demam and masuk spital ke tak sure lah.
Dalam hati tu gerun gak baca, sb kita doakan yang tak baik...pastu kebetulan ada musibah plak kan.
Lagi satu hati bisik..haaa tu lah, sape suruh buat taik kat orang.
Ko ngelat taknak byr hutang ko, akhirnya duit tu mengalir kat jalan yang lebih worst.

Balik aku citer kat MAK aku..Ngucap panjang dia..dengan nada kasihan
"ape lah doa kat orang cam tu, tak baik."


Orang buat kita tak baik, takpe pulak.
Tapi MAK citer, Abah dulu pon perangai sama macam aku skrg ni.
Adalah sorg pompuan tu dulu pinjam duit dia, tak banyak pon RM10.
Pastu tak bayar, bila tanya ade je alasan.
Sampai pompuan tu ngelak taknak jumpa Abah aku.
Harus lah dia hangin kan? Dia pon sama doakan org tu melingkup.
Ape nak dikata, Beranak Dalam Bus kilang.

Tapi ada gak kisahnya,
Sorang laki ni pernah pinjam duit Abah gak, suruh bayarkan duit daging masa tu nak raya ke ape tah.
Beli lah a few kilo cam tu, Abah tolong bayarkan.
Then, sampai 1 hari kawan dia ni jumpa Abah.
Dia terus terang yang dia tak de duit nak bayar and mintak Halal je.
Abah aku sengih je cakap "ok lah."

Sama gak macam aku ni, Aku tak hadap pon dengan duit tu.
Tapi aku geram orang yang menipu ni. Janji nak bayar tu, bayar je lah.
Kalau x mampu sekali gus, bayar sikit-sikit.
Lagi tak mampu??? cakap je aku boleh halalkan tapi bukan maksudnya ko tak mampu bayar hutang tapi ko mampu SHOPPING.
Hebat sangat permainan kau cam tu...kan?

So untuk aku nak reset minda ni aku kena betol2 redho.
Betol kata Prof tu,
Selagi kita x maafkan, selagi tu lah ingatan kita kat org tu kuat
dan sentiasa bermain dalam minda kita.
Choiiii sangat nak menempel kat ruang minda aku....hahaha