Pages

Wednesday, 20 November 2013

Siapa Ahmad Ammar di laman Facebook?

Assalamualaikum,

Innalillahiwainnalillahirojiun


Buat pertama kalinya aku membaca dan menonton video mengenai beliau.
Walau telah beberapa rakan yang share mengenainya dilaman sosial, ku sangkakan beliau salah seorang syaheed yang mungkin dari Gaza, atau Palestin atau mana-mana sahaja lah dari tanah arab itu.
Antara caption yang sering ku lihat "lihatlah, arwah masih berpeluh walaupon telah dikafan kan" menunjukkan bahawa arwah seolah-olah masih lagi hidup saat jasad sudah pon terpisah dengan rohnya.

Sehingga malam tadi masih lagi ku lihat nama ini dilaman sosial. Namun dengan menggunakan handphone, 
ku rasa tidak puas untuk membace lalu aku putuskan didasar hati untuk membacanya ketika di office esok hari. Dan pagi ini, aku membaca kisahnya lalu aku menonton video khas buatnya. Tanpa ku sedar, aku menitiskan air mata.
1. Kerana beliau "pergi" nun jauh diperantauan namun dikuburkan bersama para sahabat Rasulullah SAW. Sungguh Istimewa. 
2. Ibu dan Bapa beliau sangat tenang. Luar Biasa. 
3. Diusia yang masih muda beliau banyak menyumbang tenaga pada kerja-kerja amal. Alhamdulillah. Baik jalan yang dipilihnya. 
4. Sungguh ramai hamba ALLAH yang datang menziarah bermula dari bacaan kuthbah sehingga waktu mengusung jenazah. Subhanallah.

Antara yang membanggakan, beliau anak muda berasal dari Malaysia. Ya, asal mana tidaklah penting kerana kita berasal tetap dari ALLAH. Tuhan yang sama. Satunya yang ESA. Kisahnya menampar emosi ku yang merasakan kematian itu terlalu dekat. Kehidupan terlalu singkat dan aku lantas menyedari bahawa apa yang ada termasuk diri adalah PINJAMAN semata-mata. Sampai masa kita Mati dan kembali kepada yang Mencipta. ALLAHURABBI. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Ku sediakan link ini sebagai tanda credit : Perbualan Terakhir Arwah Ahmad Ammar

Monday, 18 November 2013

Be a Better one :)

ok, before ramai judge aku ni tengah bermurung ke hape.
Letme explain first k. Dont you ever dare to jump to conclusion. echewah!!! hahaha


Recently ni guys, aku asyik termakan hati dengan kawan.
Ke sebab faktor usia aku jadi cepat sentap?
Ke aku ni terlalu negative sampai aku takleh nk imagine yang "niat" mereka tu sangat positive?
Ke sebab aku ni kasar then aku xleh nak terima orang berkasar dengan aku.?
Banyak sangat aku fikir lately, sampai aku rasa....Kenapalah aku jadi macam ni? means, kenapa aku kena face orang-orang cenggini. hurmmmmmmmmmm..

1st : Sabtu, aku bbm dengan sorang kawan. u know lah, once kita bbm orang tu for sure orang tu antara yang rapat dengan kita kan? She is the 1 who start bbm me actly, then i was reply the conversation by expressing how sedapnya Choc dip n dip and said "teringat2" lah kan. Then, the response quite annoyed lah bile dia reply yang "ouhh, mmg sedap. Pegi lah makan, ajaklah some1else" (takperlulahmention). I was like...hah???? why kena reply cam ni? sedihnya dapat feedback cam ni. Rasa macam....ugrhhh, can't explain. So untuk memendekkan cerita aku reply 'K" je. Short and clear sign that i am not interested to chat on lagi. Lantak laaa, ayat tu pada aku menyakitkan jer. Selama ni, kalau ada lebih aku ke dia ke kitorang tong-tong je. Tapi takde plak aku refuse then siap ask to go plus suggest nama orang lain pulak. Kalau xnak, reply lah..sorry,tak dapat nk teman. FULL STOP! :(

2nd : Ahad pagi jugak lah dapat whatsapp from some1 considered kawan sama bujang lah kononnya. Tapi it was dulu lah since dia pon dah kawen and i hope she is bahagia with her new life. After she get married aku memang dah lama x lepak sama dah. Continue my journey. Then paling aku xleh blah dengan soalan dia
"ape cer skrg, happy ke SO SAD?" aku bace terus zaaaaaaaaaaaaaapppp menyirap darah naik ke otak. Nasib tak kena strok koo..hahahahaha....punya lah panas..dia ni memang tak paham english ke ape? SO SAD kot? Ape punye kawan lah tanya macam ni? Kalau baik kamceng tido sebantal makan sepinggan ke seselimut ke aku leh la terima ni. Ni pon jumpa beberapa bulan lepas tetibe tanya soalan macam ni. Aku cerita kat MAK aku, sebab kebetulan dia duk kat sebelah time aku bace whatsapp tu. Mak aku pon terkejut.! Aku cakap, pelik-pelik manusia ni kan mak..



Cube fikir lah, kalau aku tanya "kau ape cer skrg, masih bahagia ke dah bercerai?" Sihat ke or tengah tunggu malaikat maut?  haaaaaaaaa...lagi dahsyat kan soalan aku? tapi aku tak tergamak lah nak tanya. Isu-isu jodoh and anak paling aku jaga. Aku paham reaksi orang, aku tahu isu tu sensitif. Sedih kan dapat kawan-kawan yang tak reti nak jaga adab berkawan ni. Sedih jugak kat dia sebab tak concern bab-bab macam ni. Aku try fikir positive. Avoid sikap2 macam ni kalau boleh. Mudah-mudahan aku diberi peluang tu perbaiki diri untuk jadi baik. Macam aku komen kat kakak kawan aku baru-baru ni sebab birthday dia dapat penghargaan dari kawan-kawan dia. So aku komen, "orang yang baik, akan selalu dikelilingi dengan orang-orang yang baik jugak". (tapi kes aku ni kiranya aku  ni tak baik ke???oh!Tidak..hahaha sendiri tak leh terima pulok..ceh)





So, aku fikir, in order to get the best and better one. U shud be that one! (0__0)V
Hope aku pon lebih peka dengan hal-hal kecik tapi memberi impact yang besar ni. Hope aku pon lebih bersopan dan bersantun dalam berbicara. Hope aku ni Istiqomah dalam melaksanakan impian. Hope lah. "After all, don't lose hope" :) xoxoxoxo :D


Sunday, 17 November 2013

Pakcik ittew tunaikan Nazarnya..xoxo

Assalamualaikum,

Refer pada tajuk saja kemain panjang kan? ihikss..
okok..terus terang, first time bace kisah seorang Pakcik yang gembira dengan kemenangan Piala Malaysia baru-baru ini. Pakcik berkenaan telah bernazar sekiranya Pahang Menjuarai Piala tersebut, beliau akan berjalan kaki dari Pahang ke Stadium Shah Alam.!!!! aku dalam hati like.
WHAT??????
SERIOUSLY???
ARE YOU MAD??
WHY???? LUCKY YOU'RE NOT MY FATHER OR RELATIVES.

First aku fikir kesihatan dia dulu. Sebab dia dah tua.
And Keselamatan dia jugak.
2nd thought kenapa perlu bernazar kerana kemenangan tersebut?
Alangkah baiknya kalau beliau bernazar untuk berpuasa ke or paling tidak pon botak kepala ke, kan?
Oh Pakcik! :(

Even pemeriksaan dilakukan sejurus beliau tiba di stadium, namun jauh di sudut hati ini tetap mempersoalkan Nazar itu...hahahahhaa psiko, aku xleh terima.! arghhhhhh....tepuk dahi...huhu

And today, 18 Nov 2013. Sementara nak bersiap2 ke opis. Aku memang selalu bukak chanel 9.
Program tanyalah Ustaz. Tajuknya NAZAR. Aku sempat cakap dengan Mak, agaknya apa lah ustaz-ustaz ni cakap pasal Pakcik yang jalan kaki tu kan. again, sendiri tak pueh hati..wakakakaka...I M SO SORRY PAKCIK :(

So Ustaz tadi kongsi cerita pasal Abu Is'rail yang bernazar. Menurut hadith,

(Dari Ibn 'Abbas ketika Nabi sedang berkhutbah tiba-tiba seseorang berdiri, lalu ia ditanya kenapa demikian ? mereka menjawab: Abu Isra'il telah bernazar untuk selalu berdiri, tidak akan duduk, tidak berteduh, tidak berbicara dan akan berpuasa. Lalu Nabi bersabda: perintahkan orang itu untuk berbicara, untuk berteduh/ berlindung dan untuk duduk. Hendaklanh ia menyempurnakan puasa nazarnya).


So, aku boleh faham..Nabi Muhammad SAW pun melarang Abu Is'rail ni menunaikan nazar yang diluar kemampuan dia, tetapi telah mengarahkan agar Abu meneruskan puasanya. Tapi aku rasa macam kemek gak hidung tadi bile Ustaz tu kabo yang orang yang bernazar ni sebenarnya kedekut. hahahaa. Make sense lah jugak, sebab ape kita ni bernazar? Bile naik gaji je baru nak nazar. Bila dapat sesuatu je baru nak bernazar. Apa salahnya kita buat je tanpa mengharapkan sesuatu itu terjadi? kan? betul gak kata ustaz tu.
Yang ni aku memang terasa "dalam". kah kah kah. Sebab aku pon selalu je bernazar. hihihi :p

P/s : kepada Pakcik yang bernazar tu, Syukurlah kerna kesihatan dan keselamatannya dijaga oleh ALLAH. Semoga, pengorbanan yang dilakukan mendapat redho ALLAH dan mampu menjadikan beliau seorang hamba yang jauh lebih baik dan lebih dekat denganNYA. Hanya dia yang merasai pengalaman tersebut. :)