Pages

Tuesday, 29 January 2013

Cuti dan Makan itu sebati


haai..haiii..haii...
Amacam cuti panjang weekend aritu..dari Khamis pastu Jumaat kita exercise drive pergi keja kejap..alaa 8jam je pon kan..? kan kan
pastu sambung sabtu smpai lah ke Isnin..wooohoooo...! best best..

1st Gaji..seronok..dah niat nak belanje Linda kawan aku yang sorang ittew..Sebab dia selalu tak lokek nk belanja aku.. Kawan yang lain pon selalu jugak..satu-satu ye incik..gaji i ols sket je..next month kamu pulek key..

So malam minggu tu roger-roger dengan linda..ajak pegi IOI Mall...kononnya nak pegi tengok movie..at last ngam-ngam depan counter tu macam decide taknak pulak..hoh? dah kenape ekau?

So we all just Jalan-Jalan Jusco..pastu khen? tau je lah kalau dah gaji ni kan..semua sale semua nak beli..aku beli bantal lah (konon nak letak kt opis..tapi mcm syg pulak) muhahaha..
beli car freshener..bg wangi sedikit walaupon pasir penuh dikaki..dah boleh bancuh simen kot..hehehe

Pastu ckp dengan linda..jom lah kita pegi William. Faberet Dish ever Chicken Baked Pasta. Order dengan Naan Chese sekali dengan Butter Chicken. Air Soda Herb untuk aku ngan mona..and tembikai jus untuk linda..burpppp....Alhamdulillah..kenyang hoii..hehe








Then ari Ahad aku g Jalan Tunku Abdul Rahman, bawak and temankan kakak aku nak beli baju untuk kenduri adik aku. Purple Theme..sememangnya baju aku byk jugak purple..tapi when it comes to choose sekarang aku rasa color ni tak in dah right now...hehehe...buleh cam tu? mak fening u olsss nak pilih kaler purple ni..sudahnya aku pilih kaler pink ferpel..muhahahaha..lari pon lari lah tema..bukan aku yang kawen..kikiki :p




Petang tu tetibe Linda BBM tanya kat mane, buat ape..eceh..nak ajak outing bgth je lah..memalu konon..puiii..dalam x tak tahu nk kemane kitorg decide nak makan chicken chop kt food court sebelah bangsar village tu..tapi mcm nk try masuk bangsar village dulu..so masuk je bangsar village, hujan turun dengan lebat dan lamanya..jalan punya jalan..nampak nandos kt dalam..and fews cafe..sudahnya jom lah masuk Delicious..makan ape yang patut..haaa, ni lah hasilnya..teeheeheehee..and nasib baik lah makan kt dalam tu sebab mase kitorg keluar tu kedai kt food court tu rupanya TUTUP...ishhh...bernasib baik betol..huhu







Ps: Linda ni kepala dia sama je gila dengan aku..kalau bab gelak...memang best dia ni...walaupon taste fashion kitorg tak sama tapi taste makanan selalunya SAMA...wakakaka...jom ler diet linda oi..hehe


Thursday, 24 January 2013

Cerita bermula dari huruf K


Ketam ketip kuku kakinya. Kawan
karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,

"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?"

Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut (panjang).

kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok
kata kekalutan, "Kadang-kadang
kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"

Ketam ketawa,
"Kah kah kah kah kih kih kih kih Kuh kuh kuh kuh! Kodok Kodok... kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam.
Kenapa kau ketawakan ku?"

Ketam kata, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata
Kodok.

Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.

kelekuk! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok.

Ketam kata, "Kodok Kodok kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.

P/S:
Kalau kiranya korang kerja, kembali KERJA! kekeke ;p

Tuesday, 22 January 2013

Kekasih ALLAH yang Satu

Assalamualaikum,

Esok 12 Rabiulawal 1434Hijri...bersamaan Hari Keputeraan Baginda Rasulullah junjungan kita MUHAMMAD S.A.W.

terbace msg dari rakan di brunei melalui Whatsapp..
Kisah kedatangan Malaikat Izrail yang datang ke rumah Baginda untuk mencabut nyawa.
Disaat akhir hayat Baginda masih lagi memikirkan kita (ummat). Betapa kasihnya baginda kepada kita.

Sebak dan hiba bile membayangkan saat itu.

Aku mengaku yang aku bukan lah hamba ALLAH yang baik, bukan lah pengikut Nabi yang sentiasa elak dari kesilapan.
Aku selalu lakukan kesilapan..sedar tapi masih tak berubah-ubah. Ingat tapi kadang-kadang tak buat. Seronok betol syaitan dengan iblis yang hasut aku, sebab dorang berjaya. Aku pon berjaya bagi dorang control aku..betapa budusnya aku kan? Merelakan...

Ada masanya aku juga tewas dengan dugaan dari ALLAH. Rase dada ni sempit sangat dengan masalah. Mak selalu pesan, kita ni kena jugak ingat ape yang kita dh buat. Kalau salah tu bertaubat, jangan diulang-ulang. Selalunya kalau hidup tak senang tu mesti ada salah silap kat mane-mane. 
Buat baik dengan mak ayah ni banyak kelebihan dia. huhuhuhuhuhu..*nak nanges dah ni*

Ade tu aku bangun tengah malam, menangis teresak-esak mengadu padaNYA. Kadang dalam solat tiba-tiba hati jadi sayu..terus tadah tangan mohon diampunkan, mohon diberi kekuatan dan mohon ketenangan.

Kadang tu mengadu perasaan, mengadu masalah..tapi bukan pada Tuhan..
Hati ni lebih senang bercerita pada Nabi Muhammad. Entah baginda dengar atau tidak, aku tak pasti. Yang pasti aku rasa lega bercerita dengan Baginda. Itu cara aku, mungkin cara kamu berbeza. Asalkan aku okey.

Bertuahnya Baginda terpilih menjadi Rasul ALLAH, bertuahnya kita terpilih jadi HambaNYA, jadi Ummatnya, jadi Penduduk di Malaysia ni. Bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Sempena hari Keputeraan Baginda Esok, mari lah kita berselawat ke atas Baginda sebagai tanda betapa kita kasihkan Baginda. :) Semoga kita juga antara mereka-mereka yang mendapat syafaat dihari perhitungan nanti. InsyaALLAH..AMIN YA RABBALALAMIN





Sunday, 20 January 2013

LIFE itu HIDUP

Dalam hidup ni, kadang-kadang kita selalu nak itu, nak ini..tak pernah sekali pon puas. 

Dalam hidup ni kita selalu tempoh macam-macam, ada pahit ada manis. carca marba..semua pon boleh

Dalam hidup ni kita berkawan dengan ramai orang (ikut spesis lah) kalau jenis ramah tamah..meriah friends kate kow..kalau jenis silent mute (meriah lah ko sensorang)

Dalam hidup ni kadang-kadang kita meninggalkan orang, tempat atau kenangan. tapi kadang-kadang kita pulak yang ditinggalkan oleh orang, tempat mahupun kenangan (mahupun.? seskema yang boleh ye hadik-hadik)

Dalam hidup ni kadang-kadang we tend to be our self but sometime we preferred to be PROPA. kenapekah kena propa? aku pon kadang-kadang tak paham. mungkin atas desakan sekeliling kot

Dalam hidup ni kadang-kadang kita tak suka pon dia (kwn / family) ada sekeliling kita tapi kita tak boleh nak buang pon sebab itu diri dia. (ni lah punca PROPA kot atau bahasa halusnya Jaga Hati)

Dalam hidup ni kadang-kadang kita menyakiti orang lain secara sedar dan kurang sedar atau tanpa sedar. (depend lah nak yang macam mane)

Dalam hidup ni kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik tapi sebenarnya ape pon tak boleh...huhuhu (sedeeyyyyyy)

Dalam hidup ni kita tak terlepas dari buat silap, ada yang kita sedar..kita betulkan..ada yang kita tak sedar kita keep on doing it (realize vs not realize)

Dalam hidup ni kadang-kadang kita akan rasa kosong tak semena-mena, padahal kita dah dapat ape yang kita nak. mungkin kita tak jumpa bahagia yang sebenar kot.

Dalam hidup ni kadang-kadang ada turun naik nya, mungkin rezeki, mungkin kesihatan, mungkin kegembiraan mungkin kedukaan..

Dalam hidup ni kita dah tempuh macam-macam sekali pon kita tak akan pilih untuk patah balik..(memang x boleh pon) kita tetap teruskan perjalanan. By hook or by crook. we Have too. Life is like a riding bicycle (in order to balance, we need to move on) waaaah, gittew cakap omputih lak ahkak ekau ni haaa..hehe

Macam mana pon life yang kita lalui, pahit manis suka duka itu lah proses kita sebagai manusia. Experience itu mematangkan kita sekali gus. Walaupon kita tak nak..kita tetap dapat sebab ape? sebab semua ni atas kehendakNYA Yang Maha Esa. DIA selalu beri apa yang kita nak dan apa yang kita taknak tapi kita memerlukan dimasa-masa yang kita tak tahu atau tak boleh dijangka.

Dulu kat sekolah (rendah) cikgu Sapura suruh aku ngan kawan-kawan lukis apa saja kat atas kertas lukisan. aku lukis ape? aku pon tak ingat..huahuahua..tapi yang aku igt kawan aku sorang ni nama NOR SAKINAH (cahaya ketenangan maksud dia) lukis sampan..mungkin dia tak tahu cemane nk lukis Kapal lettew...so ada lah soal jawab isu lukisan sampan tu..

Ni aku yang lukis...contoh je..bahahaha..nak jugekkk tunjuk sekil x pandai tu kan? hehe


Cikgu : haaa, Sakinah kenape lukis gambar sampan?

Sakinah : sebab hidup ni kan mcm pelayaran..belayar je lah.

Cikgu : Sampai bila awak nak belayar ni? tak berhenti mana-mane ke? (sambil senyum2)

Sakinah : sambil senyum pon jawab berhenti tapi bila dah mati nanti.

aku ingat lagi moment ni tapi aku x sure samada cikgu atau kinah ni masih igt ke tak? aku rase lukisan dan jawapan kinah ni ada jugak betolnya. Itu pendapat dia. 

Wednesday, 16 January 2013

Semalam yang berlalu

Entah kenape


****


****


****

Entah macam mane


****

****


*****

Entah bila


****


****


Entah lah...


How can i move on when i still hold on :( 

Tuesday, 15 January 2013

Interior Design

Pagi-pagi ko...tajuk dah berat..hehe

Macam ni, adik lelaki aku (tu je satu2nya) dah nak kawen.
So lepas kawen dia decide nak pindah rumah. 
Actually aku tak kisah dia nak stay dengan mak aku since nak start new life ni a lots of money needed!
Dah la duit habis kat kenduri..sekarang dia dengan tuneng dia dah start looking for rental house.

Kesian plak aku dengar bayar sewa RM600 sebulan..kalau dia stay dengan mak aku..
Just bagi mak aku RM400 pon dah ok kot cover duit letrik, duit air ngan barang dapur sikit.

aku boleh je pindah bilik belakang...takde hal pon..
beralah lah kan..tapi barang aku banyak..huhuhu...

tapi kalau dia taknak..aku dah plan dah nak deco bilik belakang tu. hew hew hew

1stly aku nak cat bilik tu kaler metrohm..haaaa? tatau kaler metrohm tu mcm mane? hehehe.
Metrohm tu company aku keja..kaler dia sama macam kaler hijau petronas. 
Entahlah, connection ape yang kuat, bile tgk kaler tu macam sejuk je mata aku memandang. tapi bukan lah semuanya metrohm..mixed dengan kaler putih as basic..
Tapi kalau peach or lite pink pon..wallahhh..gurlish shaaaangat! haha.
pastu bilik belakang tu mesti ada 1 almari, 1 katil, 1 table/stand fan, 1 cermin dan ruang nak solat.

memey comey lah dalam pale aku ni..
persoalannya sekarang, siapakah yang akan membeli benda alah yang 1 ittew? hahahaha
kalau aku jugak yang nak membeli..memang lah..memang lah aku takkan nampak PS/GSC/HOLIDAY/AYAMPENYET daaan lain-lain lagiiiiii..hehe..
Dan entah bila lah nak terlaksananya ID idaman aku ni kan..hehe
Oh!Tidak.....cemane ni?

Sejuk je aku tengok...kalau korang tengok tak sejuk..letak air batu kt mata.nanti sejuk lah tu.hehe


5 Cara nak keluar dari Kesusahan

hai hai hai...

Entry ni patutnya publish semalam..tapi tak jadi plak..
sibuk aku nak hapdet benda lain.

Ok, ni sengaje haku nak share tips ni..
Susulan dari ceramah kat TV9 (d'hatiku..chewaaah) hehe
Sempat lah capai envelope bil letrik, ngan pen..
Salin 5 Step untuk keluar dari Kesusahan menurut Ustaz Yahya Ibrahim

1 - Kita perlu lah kembali ke pangkal jalan dan Menghambakan diri kepada ALLAH SWT.
yakni, mengamalkan prinsip "amal Makruf, nahi Mungkar".

2 - Berdoa. Berdoa ini adalah percuma, dan korang (termasuk diri ini) boleh lakukannya berulang-ulang, pagi dan petang, siang dan malam. Dalam berdoa seeloknya dan digalakkan untuk mengambil wudhu, lepas tu mesti lah ada etika. Puji-pujian kepada Yang MAHA PENCIPTA lagi MAHA BERKUASA. Dulu bace blog hanis, dia sarankan akhiri doa dengan "Ya ALLAH Ya Tuhanku, sesungguhnya ENGKAU lah yang Maha Pemurah lagi Engkau Maha Pemalu" ALLAH SWT malu untuk menolak doa-doa dari hambaNYA. 

3 - Berbuat baik sesama manusia. Sedekah / Charity. Kadang-kadang, bila kita sendiri terasa akan kesan dari kesilapan atau keangkuhan atau kesombongan kita pada ALLAH, maka lekas-lekaslah perbaiki dan "top-up"balik pahala dengan memberi sedekah secara tersembunyi. Biarlah amalan baik itu terlihat diantara kita dan ALLAH SWT.

4 - Puasa. Selain dari menahan lapar dan dahaga, Puasa juga mengajar kita untuk lebih sabar. Mengingati dan menghayati bagaimana mereka-mereka yang sedang kelaparan. Jika kita dapat membantu mereka-mereka yang dalam kesusahan semasa kita berpuasa, ianya adalah satu bonus. InsyaALLAH, perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan..kalau bukan melalui orang yang sama pasti melalui dari hambaNYA yang lain.

5 - Selawat ke atas NABI MUHAMMAD SAW. Seorang bertanya kepada Rasulullah SAW :
Hamba ALLAH : Ya Rasulullah, bolehkah sekiranya aku berselawat keatas mu didalam 1/3 doaku.
Rasulullah SAW : Bagus

Hamba ALLAH : Ya Rasulullah, bolehkah sekiranya aku berselawat keatas mu didalam 2/3 doaku.
Rasulullah SAW : Bagus

Hamba ALLAH : Ya Rasulullah, bolehkah sekiranya aku berselawat keatas mu didalam doaku.
Rasulullah SAW : Nescaya kamu akan dapat apa yang kamu inginkan dan yang belum kamu inginkan.

(wallahualam)


Segala yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT, dan yang buruk itu dari saya. :)

Renung-renungkan dan selamat Beramal.



Monday, 14 January 2013

Mimpi Yang Tak Seronok

Salam and Gemorning..!

Pagi ni lewat betol masuk opis
Pukul 8.51am masuk opis...uwaaaa :(

actually nak cerita, Malam tadi mimpi sangat lah tak bestnya.

Mimpi Adik aku meninggal, dah lah dia dah nak kawen.
Mak aku paling tak boleh terima.nangis-nangis dia.
lepas tu ada sorang jiran aku pulak cakap.
tu la lain kali kalau orang ajak datang rumah (kenduri) tu datang je,
ni dah 4 kali jemput tak datang..
sekarang dah dijemput selama-lamanya..
(heh, ape punya nasihat nak down kan orang ni)

pastu abang aku yang no 2 pun meninggal jugak..
eh, kenapa semuanya nak meninggal ni?
lagi lah mak aku tak boleh terima..
yang aku plak..sempat pegi shopping
(eh, heartlessnya aku time ni)
even masa terjaga tu aku pon ckp kat diri aku..
betol-betol heartless ni..huhuhu

pastu aku terjaga, tengok jam kul 4 pagi tepat-tepat.

Terus Istighfar..huhuhu
(seram plak)

Harap-harap tak ada apa, mimpi itu cuma mainan tidor.
mungkin malam tadi tido seronok sangat kot sampai lupa nak mengucap..huhuhu

itu je nak bagitahu. k, lah...hehe
dah-dah, gi sambung buat keja

Sunday, 13 January 2013

Siapalah aku?

Salam Rabiulawal yang Mulia,

Alhamdulillah, harini masih berkesempatan untuk menikmati rahmat Tuhan.
Semalam, tengok tv..biasalah..tukar-tukar channel sb tak tahu nak tengok cerita ape.
Pastu ada channel tv9 ni sorang ustaz berceramah..still buat dunno tak menarik kononnya
tapi dah takde sangat, jd layan jugak....tajuk pon tak tahu tajuk ape.
tapi time tu Ustaz tu cover bab Qadr (qada dan qadar) and Sabar.

Entah macam mane hati ni tibe-tibe jadi sayu teramat sangat.
Ustaz Sheikh Yahya Ibrahim cerita; 
hidup kita ni ada Qada yang ALLAH dah tetapkan.
Contohnya, kita pandu kereta dah berhati-hati, ikut undang-undang tapi tak semena-mena kita kena langgar dengan lori. 
Padahal kita tak salah, kita tak langgar peraturan pon tapi kita kena langgar juga. 
Itu lah yang dimaksudkan dengan Qada ALLAH.
Sebab tu dalam rukun Iman termaktubnya "Beriman pada Qada dan Qadar ALLAH"
yakni, Yakin dengan takdir yang ALLAH dah tetapkan untuk kita.

Buruk baik Qada itu pasti sesuai dengan kesanggupan kita (mode sedih bermula)
Pastu dia cakap, kadang kita selalu cakap kita tak sanggup, 
ALLAH tu kejam, tak adil tapi kita tahu tak yang RASULULLAH jauh lebih hebat dugaan Baginda. 
Baginda tu kesayangan ALLAH, NABI Utusan ALLAH,
Jauh lebih Mulia dari kita yang kerdil ni. Juga diUJi..(ALLAH Test those who HE LOVE)
Baginda seorang Yatim Piatu, Bapa Saudaranya Meninggal, Datuknya Meninggal, 
Isterinya Meninggal, Anak lelakinya Meninggal, Anak perempuannya juga meninggal.
Bagaimana Baginda Rasulullah mahu menerima kehilangan orang-orang kesayangannya? 
Baginda berdakwah, tapi dihina, dicerca dan ditolak dan dihalau.
( uwaaaaa..time ni memang dah meleleh dah airmata. )

membayangkan Bahawa Baginda Rasulullah juga menerima dugaan dan ujian tapi SABAR adalah jawapan dan penawarnya. :'( 
Ya ALLAH...ampunkan aku :'(

Aku sendiri kalau kena ujian, menangis..pastu tak boleh terima.
Bila dengar ceramah macam ni baru tersedar, sembahyang aku tah ke laut, 
bile meminta..nak macam-macam..hidup nak mudah je..kalau boleh taknak ada dugaan
mane boleh macam tu khennn?
hurmmm itu lah, kadang-kadang kita ni kena jugak isi jiwa kita dengan ilmu-ilmu mcm ni
wlau tidak banyak, at least sedikit untuk pandu arah kita.

Hidup tak selalunya indah, juga tak selamanya pahit, setuju tak kawan-kawan :)



Setiap Manusia akan diberi Ujian dari ALLAH.


Jap lagi aku share step-step nak keluar dari kesusahan. 

sabaaaaaarrr....




Thursday, 10 January 2013

Kisah Jumaat dan Nafsu!

Jumaat datang lagi...

Pagi ni lewat bangun since malam tadi tido asyik tak lena je..
Kul 2 jaga, pastu jaga lagi bru kul 5, pastu jaga lagi kul 6, 
pastu jaga lagi kul 7.10 minit dek nooonnnn...

hakak memang tak sembahyang suboh terus..haish lah!
*___________________________________*
pastu lompat turun dari katil dengan kepala pening-pening.
Capai towel  masuk bilik air terus...cincai je mandi ala kad.

Siap-siap pakai kurung Pink arini..tudung plak selebet..ah, Lantak lah..haha
pastu sampai-sampai je, bukak FB, bukak blog..

pastu aku rasa nak post, tapi x tahu nak post ape.
kesian kan? dh lah xde reader..hahahahaha 
eh, sila refer pesanan kt HOME tu..
nampak tak motif blog ni diterbitkan sebab ape?
kekekeke :p


takde lah, skrg kan trend peplum tu..so mcm berminat lah nak ada satu.
pastu tengok size yang jual tu..mcm alahaiiii...
aku ni bukan fasha Sandha, boyot-boyot dia pon pkai size M je kot..huhuhu

so pepagi tadi dah terorder plak baju ni..tgk ada size XL..
XL rupanya aku ni, haishh lagi..hehe
pastu orang tu siap bg discnt plak kt dress..dia jual around RM55 utk dress purple ni..
haruskah aku membelinya..haruskah haruskah?

dia jual rege RM80 biasanya..huhuhu

Ni la Yang Offer tu..RM55...ok ke?
aku amik kaler merah..hihuhihuhiks

Baju ni nak pakai buat pegi keja.(hover kan aku).
peplum ni kalau pakai dengan skirt duyung cantik tau!
kalau aku pkai tatau lah cantik ke idok..fedulikk...
nak tunggu kurus outdated nanti..cemane? huhu

so sekarang ni, belom gaji dah tahu dah saluran duit tu kemane..wahahahahaha..
Perempuan dan shopping memang tak boleh dipisahkan..Nafsu Syaitun dah menghasut..huhuhu

Opsss, Kereta aku nak kena ganti break lah hujung bulan ni..adoii..cemane leh lupa ni?? :(

Sila jangan Muntah



Mak camwhore sebelum balik....hahahaha..sila lah jangan muntah..hokay...!!

Terrr..mengades..Hiks3x

Wednesday, 9 January 2013

Seronok Membace

Haku ni baru berjinak dengan donia blogger..
tetibe terasa nak berblog sb tiap tahun beli diari,
haram jadd aku tak menulis pon...
tak larat nak tengok tulisan sendiri kot..
Buruk dari Cakar Ayam..hahaha..

Memang Tertarik gile dengan Blog Hanis Zalikha
Since N3 Budget Trip Singapore dia.
pastu terjebak dengan Blog arwah Kakak Shafiq plak..
pastu Peej..pastu jumpa MAK kak Peej pon blogger ghopernya..
Daaaahsyaaatnye...Solute ar..*clap-clap*

Seronok jugak bace n3 dari blog2 ni...kadang-kadang gelak sensorang..hehe
asyik tengok FB je..bosan jugak..moh kita jengah aktiviti org.
Minat, kita bace and follow..tak minat kita dok diam-diam je.


Bahwasanya Umur bukan penghalang untuk menceburkan diri ke donia IT.
Asalkan rajin, asalkan  minat, asalkan berniat..segalanya MUNGKIN.

MALAYSIA BOLEH..Yay..! :'-)

dah, tu je nak hapdet..hew hew hew

Baru Paham maknanya

ANDAI KU BERCINTA LAGI
Artis : MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda


Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Masa Juara Lagu 27 hari tu host (Cheryl) ada bagitahu lagu ni mengisahkan kawan kepada komposernya yang telah kehilangan isteri tercinta. Time tu tak sempat nak hayati lirik sebab sakit mata tengok Marsha (motip?? hahaha..aku jeles dia pegang Aweera). So, pagi tadi dalam keta layan lah lagu ni tapi kali ni betol-betol layan lirik dia..oh, sedihnya lirik ni...itu lah kan, susah kalau dah sayang seseorang and tibe-tibe orang tu pulak dah tinggalkan kita buat selamanya. :(

patut lah Mak sedih lagi walaupon dah 2 tahun Abah Meninggal Dunia..Baru Paham! hurmmmm

Monday, 7 January 2013

Apa sudut mu?

MANUSIA, dilahirkan dengan berbagai rupa, berbagai color dan berbagai size (ade sekilo, duakilo, tigakilo kadang-kadang empatkilo pon ade kan?) hehehehe..ok ok kita back to Topic..Bila seorang manusia membesar, maka proses itu bukan saje terkait dengan tumbesaran fizikal tapi melibatkan corak pemikiran. Bagaimana seorang memikir adalah bergantung kepada cara dia melihat sesuatu objek / perkara dari SUDUT yang berbeza-beza antara satu sama lain. Disini lah kelainan seorang manusia dengan seorang manusia yang lain kelihatan. Dalam diri manusia itu semestinya ada unsur-unsur jahat walau sekelumit manakala unsur-unsur baik apetah lagi banyaaaaaknye kan. 

Bercakap soal satu sudut dirinya ini, aku teringin nak share story sorang hamba ALLAH ni.
Dia seorang yang mempunyai kerjaya dan keluarga, punya rupa paras yang elok. Tapi dia juga punya sisi gelap yang mana dia pernah melakukan seks sebelum berkahwin dengan ramai orang, dia juga megambil pil-pil khayal untuk menenangkan otaknya, dia punya ramai kawan (ada yang tahu ada yang tidak tahu siapa dirinya yang sebenar).


Bila dia bersama dengan kawannya, dia bisa memperkatakan soal agama. Contohnya dia berpesan jika hendak makan / minum lebih elok duduk dan gunakan tangan kanan (sunnah Nabi SAW). Dia pesan jika kita susah, elakkan dari meminta-minta, sebaliknya usahakan dahulu sampai tiada jalan lain maka minta lah denganNYA. Dia seorang yang memandang jauh ke depan, dia punya pemikiran yang terbuka, tidak memilih dalam berkawan, tidak ada perumpamaan double standard dalam kamus hidupnya. Ada yang menghina dan menghindar darinya sejujurnya dia baik dimata halus aku, namun dia tetap manusia yang punya kisah hitam. itu mungkin cerita dan jalan hidup dia, so kenape harus kita prejudis? x adil bg dia.. kan?


For me, ape sahaja dia dimasa lalu biarkan lah, dia yang kita kenal kita terima seadanya. Setiap orang punya sejarah masing-masing, kalau dia jahat sekalipon, pasti ada satu sudut tentangnya yang baik. (mungkin kita tak lihat, Tapi ALLAH SWT lihat). Same goes to myself, ade yang buruk..tak kan kita nak cerita..Orang nak nilai, itu hak dia. Yang penting kita tahu dan DIA tahu. Jika kita punya kawan yang ada sifat buruk, maka fikirkan lah 1 SUDUT yang BAIK supaya menutup keburukkannya..Manusia boleh berubah..bila-bila masa sahaja. Kita pon sama. 


Pilih lah sudut mana yang korang nak lihat tentang seseorang atau sesebuah perkara. Jika sudut itu positif, maka positif lah. Jika negatif maka negatif lah. ok, sekian.

 "Tidak kira siapa,walau sehitam mana sekalipun sejarah hidupmu,selagi bernyawa,selagi itu kau masih berpeluang jadi 'ahli syurga'.  "-DrAnwarFazal





Hari Minggu 2 dalam 1

Dah memang dasar aku ni jenis tak boleh lah nak duk diam-diam dalam rumah, tiap kali cuti tiap kali lah nak keluar. Konon banyak sangat duit lah..padahal yang hadooo.. :(

Since keja 5 hari seminggu, maka sabtu memang meriah lah aku tidor lambat package sekali bangun lambat kan? x koser aku nak bangun awal-awal. hak hak hak...bangun pon sebab ada yang mengBBM ("meng" poooon boleh) hihi..Sambey-sambey aku layan, sambey-sambey tu jugak lah aku turun dari katil, lalu jengah ke dapur...Breakfast Nasi Lemak? bwg dh siap potong, just nk tumis je...ape lagi..tanak nasi (oldis betol ayat), masak sambal, rebus telur..taraaaa...Siap! jap lagi aku datang opis ko ye oya. (breakfast sama-sama, sweet kan kitorg) tapi x berapa sangat sebab gambar takde! haishhh....

Then petang tu dh siap sidai baju ala kad.. aku pon tergolek2 belek hp...Cari Whatsapp..akhirnya:
Dengan jammed nak mam...sebab excident yang secoet tu, akhirnya berjaya gak sampey IKEA...Selesai Makan, terus masuk ikea aku pon sambar hot pan punya alas tu 3pcs --> RM.5.50 jer..itu je ar yg mampu..hahaha..then singgah Chatime, teringat chatime aku last week yg tertinggal kt TESCO sebelah..uwaarghhh mahal kot..isk..isk..isk.. :'( jalan2 Snap Picture bagai..kuar je parking 1st Question "kita nak g mane plak lepas ni?" bukan nak ajak balik..hahahaa


Asal Boleh namanya...hahaha

Laluan menghala ke DATARAN MERDEKA...nak tengok lampu katanyeww...dh alang-alang sampey tu aku cari stand "I LOVE KL"..jumpa memang jumpa tapi gelap gulita..xdo lampu..frust mak enon!.huhuhuhu...pose jugak wlaupon nampak x nampak je aku yang putih gebu arang ni..*silalah lempang laju-laju, ko bajet ko adira??*

Bayang pon SENI kan?? hehe

Berdua dengannya

Dan dengannya pula...

Da next day (Ahad) tu ada invitation Birthday Party kat rumah kakak aku..sempena Birthday Leha yang ke SATU TAHUN..wahh, dh tua-tua anak buah aku...



Balik kemas-kemas rumah yang x berapa nak besar tu, then layan AJL27.. Meriah and 
YUNA menang..sukeeeeeee :) #psssttt..pstttt Aijat ni makin handsome dan handsome setelah kurus! kalau akU yang Kurus? acaner?? hahahahhahaha...omGIEEEE (fengsans)

Jodoh dah sampai ke?

Salam...

Tajuk beria je..hahahaha

Bila cakap soal jodoh, aku tatau nak cakap or nak piker ape....umur dh lewat 20an ni nak kena bersedia dengan soalan-soalan yang mengecik kan ati...huhu..lagi-lagi bile tengok kawan-kawan yang ada pasangan, yang ada family lagi lah menggelabah tahap tenuk ko rasa..Bukan lah big isu sangat kat aku tapi bile orang keliling asyik tanya, asyik cerita..mak jadi sayu plus seram-seram u ols...huhuhu..

kadang bila piker soal Jodoh ni, aku selalu tertanya-tanya..sebab fizikal ke? sebab umur ke? sebab kaler kulit ke? sebab x cukup menggatal ke? sebab kurang gedik ke? sebaaaaaab APE?? serius x tahu and x ada jawapan. Aku sendiri x paham orang lelaki ni nak yang macam mane? yang santun ke? yang lemah longlai ke? yang ayu-ayu manje ke? yang brutal ke?

Pada aku senang je, kalau dia dah sayangkan kau...dia akan terima kau seadanya...dan bile dah sanggup terima kita seadanya, kita pon kena lah terima kelebihan dan kekurangan seseorang itu pulak. ke guane? nak yang perfect tu memang tak dapat lah...kalau korang dapat sama macam korang nak..itu Bonus tu..!
Mungkin ko kasar kat mata orang lain, tapi tidak dimata si dia..atau sebaliknya..Yang penting kita jadi lah diri kita sendiri..slowly kita upgrade yang baik, dan remove yang tak baik..(ni lebih ok kan)

Isu ni sangat sensitif buat mereka-mereka yang masih Single lagi available..(termasuklah haku ni haaa) bukan lah sensitif apa....sebab soalan-soalan cepu cemas tu kita tak bole nak jawab.(xde jwpn dek nonnn oi)..kang salah jawab kata kong ajar, kang kata menjawab..haish, ade je tak kena kan..persoalannya KITORANG NAK DAPAT KAT MANE CALON JODOH TU???? hahahahahaha..hamek ko! len kali jangan tanyo, bak sini list kitorang pilih...kan kojo sonang tu..hehe

Jodoh ni kita tak boleh nak tentukan, tapi kita boleh usahakan...kadang-kadang kita dah usaha tapi tak menjadi..x sama macam yang kita rancang. Sebab tu ada orang kata, bercinta dengan orang lain kawen dengan orang lain. Sebab Soal JODOH ni bukan lah urusan kita yang sebenar..Ianya tetap menjadi hak Mutlak Yang Maha Pencipta nak tentukan siapa pasangan kita, bila tarikhnya..kita hanya mampu merancang. Ingat tu wahai penanya sekelian..*ikhlas ni mengingatkan* muhahahaha

SO kepada yang masih single, take it easy..kalau dah ada pasangan boleh lah ajak-ajak borak pasal masa depan, yang tak ado pasangan tapi berani mati nak joint mana-mane agen cari jodoh (dipersilakan), yang ada berkawan dan berani nak jumpa secara buta (blind date) i sokong dari belakang...sb i ni penakut..takut terima kenyataan..muhahahaha...Prejudis sungguh! Yang cool, rileks and tak desperate or tak rushing nak bergelar Isteri mahupun Suami..apa kata kita berbakti kepada orang tua dan diri sendiri..dan urusan itu kita serahkan kepada Yang Maha ESA..Kalau dah sampai masa nanti, silap-silap jiran sebelah rumah pon mungkin boleh jadi pasangan hidup u ols..hahahaha (jiran depan aku handsome weh) hahaha

ok lah, sekian isu JODOH ikhlas dari aku..muhahahaha..motip?? aku pon tatau..suke ati lah!.baiii

P/s : Apek ni haaa, kemain heeeibat kontroversi dia..dari bercinta, bertunang, skandal sana sini, akhirnya kawen jugak dengan Leuniey..(maksudnya we as Human hold No Power) Doakan semoga diberkati dan bahagia! 

Credit to http://www.facebook.com/thephotolicious?fref=ts

Thursday, 3 January 2013

Tahun Baru, Kerja Baru, Tambah Kawan2 Baru

2013 Permulaan yang agak baek dan Seronoook... Sebab ape nak seronok lebey? sebab selepas melalui a few dugaan di penghujung 2012, akhirnya Rahmat dan Hikmah disebalik ujian terbongkar..Maka hasilnya, aku dapat kerja baru di tahun baru. ALHAMDULILLAH, Syukur ku panjatkan ke hadrat ALLAH SWT dengan rezeki ni. Macam pelik je perjalanan nak dapat kerja ni sebab 1stly aku tengok iklan kt mudah.my then try submit resume thru email. After 2 days, org tu reply email suruh pergi interview. Bagus punya pasal, aku plak  tak bukak email. Apsal ko tak call terus jer? hoh.. kiranya dah melepas..huhuhuhu :(

2nd chance datang bila ada misscall  dari unknown number. x sampai berape minit terus email masuk..acaner tahu?? sb dh belajar dari kesilapan terus activekan email thru my Blackberry. tiit..tiit..email masuk dia cakap ada interview kt office sekian, sekian...dia call tapi xde orang pick up..eh baru 3 kali ringing tau..*yela, aku x effisien kaaaan* so aku pon terus pergi..interview bagai..and the very worst part ever is "TELL ME ABOUT YOURSELF" hoh...blurrr...nak cakap ape? nak bgth ape? nak puji diri ke? nak suruh refer Facebook kang, kata kong ajor plak..hehehehe..acaner nih? discuss punya discuss, tang benefit dah ok, tang Gaji pulak..ok GAJI....part Penting, tapi takut at the same time..maklumlah, sekarang ramai gile orang jobless and competitor memang ramai..kang mintak tinggi kata demand, mintak rendah kita pulak lari budget. Nak tak nak aku mintak sedang-sedang aje. Dia boleh jwb "should be no problem" (muka dorang senyum2 okey). Settle semua dia cakap "we have another 2 candidates after this, we will let you know the result within 2 weeks"...lama gile korang nak decide! :(

Pastu ada call untuk 2nd interview dengan BIG BOSS dia, siap suruh prepare computer knowledge bagai..*errkkk, seram!* tapi takpe, tarik napas dalem2..and cakap kat diri sendiri kalau rezeki tak kemane lah kita..cheeewaaahh!

Dan Akhirnya Big Boss dia cakap OK.!!!! Syukur, makanya bermula lah kerjaya aku kat kampeni baru ni. Environment dia so far so good, staff tak ramai sangat, lebih elok kang ramai2 kecoh plak.. and HQ dia kat Herisau, Swiss. So feeling keja ngan kampeni mat saleh ni, stylenya idok lah adE punch card.(teruja) aaarghhh, Lega! hehehe..Office kt Kelana Centre Point, Kelana Jaya, dekat je sbnrnya around 20 minit..tapi sebabkan Puchong LDP Toll mmg famous dgn Heavy Traffic Jammed, agak lenguhlah kaki ni kan (keta i manual dek nonnn)

Harapannya semoga kampeni ini, adalah pintu rezeki 2013 yang t'lah ditetapkan olehNYA, dan ianya sesuatu yang Terbaek untuk aku..Amin Ya Rabbi :')

The LOGO

my Desk, Sila abaikan wyre ittew...! aptb..huhuhu

masih sama, color je lebih suci...hew hew hew

Dah deco sikit2...*cermin* x tinggal

Farewell party for 1 of staff yang resigned. Farewell tapi muka Gumbira? Apakah? hahaha



Sumber Segala Sumber kehidupanku

Bahagia ke aku skrg ni? Mmmm.... aku rase aku mmg bahagia. Walaupun aku bukan jenis yang berharta. Aku bahagia sebab aku masih ada keluarga. Aku masih ada kawan-kawan. Aku masih ada sahabat dan aku masih punya tulang empat kerat untuk aku terus cari rezeki halal. 

Problem kecik ke, problem besar ke, tu kira adat le tu. Sekurang-kurangnya aku dapat belajar erti sebuah kehidupan. Senang memanjang pun tak best jugak... Mudah Sangat hidup...


Bila aku ada problem, aku selalu kenangkan wajah mak aku. Pada dialah selalunya semangat aku berkobar-kobar. Sedangkan dia yang pompuan dan dah tua tu pun masih boleh kuat semangat, inikan pulak aku. Betullah kata orang, Pompuan ni lemah tapi hati dia kering. 


Emak cool...


Dia tak cepat melenting. Nasihat dia lembut tapi tajam. Suara dia rendah tapi makna dia dalam. Mata dia redup tapi renungannya menusuk. Tangis dia sayu tapi cukup untuk aku memahami akan sesuatu. Langkah dia lembut tapi hati dia keras untuk terus redha menghadapi segala dugaan.


Berbahagia sungguhlah rasanya kalau diizinkan Tuhan aku dapat memberikan sesuatu yang teristimewa buat emak. Susah kan, nak cari pompuan mcm tu.

I Love You MAK... sob..sob..sob :(

Ramadhan 2012

Melaka 2012

Shah Alam 2012