Pages

Sunday, 13 January 2013

Siapalah aku?

Salam Rabiulawal yang Mulia,

Alhamdulillah, harini masih berkesempatan untuk menikmati rahmat Tuhan.
Semalam, tengok tv..biasalah..tukar-tukar channel sb tak tahu nak tengok cerita ape.
Pastu ada channel tv9 ni sorang ustaz berceramah..still buat dunno tak menarik kononnya
tapi dah takde sangat, jd layan jugak....tajuk pon tak tahu tajuk ape.
tapi time tu Ustaz tu cover bab Qadr (qada dan qadar) and Sabar.

Entah macam mane hati ni tibe-tibe jadi sayu teramat sangat.
Ustaz Sheikh Yahya Ibrahim cerita; 
hidup kita ni ada Qada yang ALLAH dah tetapkan.
Contohnya, kita pandu kereta dah berhati-hati, ikut undang-undang tapi tak semena-mena kita kena langgar dengan lori. 
Padahal kita tak salah, kita tak langgar peraturan pon tapi kita kena langgar juga. 
Itu lah yang dimaksudkan dengan Qada ALLAH.
Sebab tu dalam rukun Iman termaktubnya "Beriman pada Qada dan Qadar ALLAH"
yakni, Yakin dengan takdir yang ALLAH dah tetapkan untuk kita.

Buruk baik Qada itu pasti sesuai dengan kesanggupan kita (mode sedih bermula)
Pastu dia cakap, kadang kita selalu cakap kita tak sanggup, 
ALLAH tu kejam, tak adil tapi kita tahu tak yang RASULULLAH jauh lebih hebat dugaan Baginda. 
Baginda tu kesayangan ALLAH, NABI Utusan ALLAH,
Jauh lebih Mulia dari kita yang kerdil ni. Juga diUJi..(ALLAH Test those who HE LOVE)
Baginda seorang Yatim Piatu, Bapa Saudaranya Meninggal, Datuknya Meninggal, 
Isterinya Meninggal, Anak lelakinya Meninggal, Anak perempuannya juga meninggal.
Bagaimana Baginda Rasulullah mahu menerima kehilangan orang-orang kesayangannya? 
Baginda berdakwah, tapi dihina, dicerca dan ditolak dan dihalau.
( uwaaaaa..time ni memang dah meleleh dah airmata. )

membayangkan Bahawa Baginda Rasulullah juga menerima dugaan dan ujian tapi SABAR adalah jawapan dan penawarnya. :'( 
Ya ALLAH...ampunkan aku :'(

Aku sendiri kalau kena ujian, menangis..pastu tak boleh terima.
Bila dengar ceramah macam ni baru tersedar, sembahyang aku tah ke laut, 
bile meminta..nak macam-macam..hidup nak mudah je..kalau boleh taknak ada dugaan
mane boleh macam tu khennn?
hurmmm itu lah, kadang-kadang kita ni kena jugak isi jiwa kita dengan ilmu-ilmu mcm ni
wlau tidak banyak, at least sedikit untuk pandu arah kita.

Hidup tak selalunya indah, juga tak selamanya pahit, setuju tak kawan-kawan :)



Setiap Manusia akan diberi Ujian dari ALLAH.


Jap lagi aku share step-step nak keluar dari kesusahan. 

sabaaaaaarrr....




No comments:

Post a Comment