Pages

Monday, 7 January 2013

Apa sudut mu?

MANUSIA, dilahirkan dengan berbagai rupa, berbagai color dan berbagai size (ade sekilo, duakilo, tigakilo kadang-kadang empatkilo pon ade kan?) hehehehe..ok ok kita back to Topic..Bila seorang manusia membesar, maka proses itu bukan saje terkait dengan tumbesaran fizikal tapi melibatkan corak pemikiran. Bagaimana seorang memikir adalah bergantung kepada cara dia melihat sesuatu objek / perkara dari SUDUT yang berbeza-beza antara satu sama lain. Disini lah kelainan seorang manusia dengan seorang manusia yang lain kelihatan. Dalam diri manusia itu semestinya ada unsur-unsur jahat walau sekelumit manakala unsur-unsur baik apetah lagi banyaaaaaknye kan. 

Bercakap soal satu sudut dirinya ini, aku teringin nak share story sorang hamba ALLAH ni.
Dia seorang yang mempunyai kerjaya dan keluarga, punya rupa paras yang elok. Tapi dia juga punya sisi gelap yang mana dia pernah melakukan seks sebelum berkahwin dengan ramai orang, dia juga megambil pil-pil khayal untuk menenangkan otaknya, dia punya ramai kawan (ada yang tahu ada yang tidak tahu siapa dirinya yang sebenar).


Bila dia bersama dengan kawannya, dia bisa memperkatakan soal agama. Contohnya dia berpesan jika hendak makan / minum lebih elok duduk dan gunakan tangan kanan (sunnah Nabi SAW). Dia pesan jika kita susah, elakkan dari meminta-minta, sebaliknya usahakan dahulu sampai tiada jalan lain maka minta lah denganNYA. Dia seorang yang memandang jauh ke depan, dia punya pemikiran yang terbuka, tidak memilih dalam berkawan, tidak ada perumpamaan double standard dalam kamus hidupnya. Ada yang menghina dan menghindar darinya sejujurnya dia baik dimata halus aku, namun dia tetap manusia yang punya kisah hitam. itu mungkin cerita dan jalan hidup dia, so kenape harus kita prejudis? x adil bg dia.. kan?


For me, ape sahaja dia dimasa lalu biarkan lah, dia yang kita kenal kita terima seadanya. Setiap orang punya sejarah masing-masing, kalau dia jahat sekalipon, pasti ada satu sudut tentangnya yang baik. (mungkin kita tak lihat, Tapi ALLAH SWT lihat). Same goes to myself, ade yang buruk..tak kan kita nak cerita..Orang nak nilai, itu hak dia. Yang penting kita tahu dan DIA tahu. Jika kita punya kawan yang ada sifat buruk, maka fikirkan lah 1 SUDUT yang BAIK supaya menutup keburukkannya..Manusia boleh berubah..bila-bila masa sahaja. Kita pon sama. 


Pilih lah sudut mana yang korang nak lihat tentang seseorang atau sesebuah perkara. Jika sudut itu positif, maka positif lah. Jika negatif maka negatif lah. ok, sekian.

 "Tidak kira siapa,walau sehitam mana sekalipun sejarah hidupmu,selagi bernyawa,selagi itu kau masih berpeluang jadi 'ahli syurga'.  "-DrAnwarFazal





No comments:

Post a Comment