Assalamualaikum,
Esok 12 Rabiulawal 1434Hijri...bersamaan Hari Keputeraan Baginda Rasulullah junjungan kita MUHAMMAD S.A.W.
terbace msg dari rakan di brunei melalui Whatsapp..
Kisah kedatangan Malaikat Izrail yang datang ke rumah Baginda untuk mencabut nyawa.
Disaat akhir hayat Baginda masih lagi memikirkan kita (ummat). Betapa kasihnya baginda kepada kita.
Sebak dan hiba bile membayangkan saat itu.
Aku mengaku yang aku bukan lah hamba ALLAH yang baik, bukan lah pengikut Nabi yang sentiasa elak dari kesilapan.
Aku selalu lakukan kesilapan..sedar tapi masih tak berubah-ubah. Ingat tapi kadang-kadang tak buat. Seronok betol syaitan dengan iblis yang hasut aku, sebab dorang berjaya. Aku pon berjaya bagi dorang control aku..betapa budusnya aku kan? Merelakan...
Ada masanya aku juga tewas dengan dugaan dari ALLAH. Rase dada ni sempit sangat dengan masalah. Mak selalu pesan, kita ni kena jugak ingat ape yang kita dh buat. Kalau salah tu bertaubat, jangan diulang-ulang. Selalunya kalau hidup tak senang tu mesti ada salah silap kat mane-mane.
Buat baik dengan mak ayah ni banyak kelebihan dia. huhuhuhuhuhu..*nak nanges dah ni*
Ade tu aku bangun tengah malam, menangis teresak-esak mengadu padaNYA. Kadang dalam solat tiba-tiba hati jadi sayu..terus tadah tangan mohon diampunkan, mohon diberi kekuatan dan mohon ketenangan.
Kadang tu mengadu perasaan, mengadu masalah..tapi bukan pada Tuhan..
Hati ni lebih senang bercerita pada Nabi Muhammad. Entah baginda dengar atau tidak, aku tak pasti. Yang pasti aku rasa lega bercerita dengan Baginda. Itu cara aku, mungkin cara kamu berbeza. Asalkan aku okey.
Bertuahnya Baginda terpilih menjadi Rasul ALLAH, bertuahnya kita terpilih jadi HambaNYA, jadi Ummatnya, jadi Penduduk di Malaysia ni. Bersyukur sangat. Alhamdulillah.
Sempena hari Keputeraan Baginda Esok, mari lah kita berselawat ke atas Baginda sebagai tanda betapa kita kasihkan Baginda. :) Semoga kita juga antara mereka-mereka yang mendapat syafaat dihari perhitungan nanti. InsyaALLAH..AMIN YA RABBALALAMIN

No comments:
Post a Comment