Pages

Wednesday, 24 July 2013

Kejutan Sahur

Salam Ramadhan yang ke 13.

hehehek..jangan lah terkejut, ni entry time 13 ramadhan, 
tup tup nak up entry dah jadi 15 Ramadhan, how time flies..
laju betolkan? rasa baru je draft-draft..sekali nak publish dah berlalu 2 hari...

Pagi semalam, sesudah usai sahur.

Rutin normal menjengah handphone. Berdebar melihat notification Facebook dengan Nama ittew.
Benarkah? Apa mahunya? Mengapa? Mimpikah?
Gosok screen phone, eh betol ni. Bukan cobaan. Bukan.

PrintScreen tengok lagi. Betol lah.. Wall sendiri ni..bukan wall artis bukan bukan..*mengade lak kan* hahaha
Then after beberape puluh kali bace, diam then baca lagi diam. then baca lagi...diam lagi..terus terang aku speechless.. Orang pertama aku share benda ni opcoz lah mak aku and 1st ayat mak "dia mesti teringat kat kau"

Once upon a time, a long long time ago (tahun lepaih je pon) aku kenal dengan seseorang ni. So mula-mula macam malas nak kenal, malas itu, malas ini. Tapi entah macam mane benda jadi ok plak..*eh, gatal lak tetiver* hahaha.. So, biasa lah benda baru bermula..byk lah juga indahnya. Aku terus terang cakap. Aku selesa bila keluar dengan dia, gelak je aku dibuatnya, cuma ada masa2 tu jadi sangat rumit. Memula macam tak paham, tapi bila dah tahu punca, baru paham. During dat time, aku sempat jumpa MAK dia. Baik orangnya, kalau pergi rumah dia jarang sekali balik tangan kosong, ada aje MAK dia nak bekalkan. Ikan masin pon jadi..hahaha comel..*dalam hati suka* pastu nak dipendekkan cerita, after aku tukar keja. Dari Puchong sampai ke KL.. Sejak itu, waktu itu...Semua jadi lagi complicated. Sebab masalah komunikasi. Aku x paham why kena jadi macam tu. Sampai lah 1 hari aku call dia. Malam. Masa tu dia cakap dia nak call balik. Sampai ke sudah dia x call..itu takpe lagi, paling teruk bila aku call and msg dia langsung x reply. Selalu kalau tak dapat call dia, aku call mak dia tapi too bad mak dia pon x jawab call (sendu)

Masa tu aku memang cam terhegeh2 je cari dia, aku msg dia banyak kali. Aku nangis, sebab aku x tahu punca. Sampai aku hantar email dia (technology kooo..), aku cakap by sekian tarikh if dia x call aku, aku consider everythings is OVER. gitu...padahal pedih gila. Then, dia ada call..Sabtu. Aku ingat lagi, dia janji nak jumpa aku. Tapi mase tu aku keja abis kul 4 petang. So lepas keja aku cakap nanti aku call..Aku balik je keja, aku terus call dia sampai ke sudah dia x jawab dan x return. Hampa sangat. :'(

Tetiber aku dapat email dari dia, 

"Salam, 
My apologise for not be able to meet you right now.  I am ok  and  I just need
a time for me to straight up thing in my life. I thing good for two of us to lay down a bit.
One day I will find one time to explain everything to you. Be patient and if you found some one, please open your heart..."

Masa tu aku rasa macam, hurmmmmm.....biarlah. aku amik masa jugak nak lupakan dia. Bukan lah chenta sangat tapi sebab serasi bersama tu yang susah nak lupa. Aku susah nk terima orang yang x berapa nak sekepala ni. So bila dah jumpa jadi gini plok..ape punya nasib. 

Ada sekali tu aku dgr dia nak resign, so aku pon anta msg bagi kata2 semangat. *terhegeh sangat kan?" hehehe actly aku still concern / caring lah u ols..malu ai tau.huk huk huk. Then dia ada reply msg tu. lepas tu aku dah takde contact dia lagi. takde amik tahu lagi. perlahan-lahan aku let him go. Aku terima the fact yang dia dah lama tinggalkan aku..lambat dapat kesedaran. muhehehe..better late than nevah kan? kan?


Since that day till now, aku memang dah x contact dia langsung dah. Teringat tu memang ada, pastu selalu cakap kt mak aku. i was wrong, patutnya aku dengan dia cuma kawan so dat aku xde lah hilang kawan yang kepala ting tong cam dia. hahahaha..tapi dah tertulis cam tu kisahnya, nak wat cemane. ye dak.

and recently, aku terima kejutan bila dia tanpa disangka-sangka post sesuatu kat wall aku.

"Sempena Hari dan Bulan yang mulia ini, saya menatap kedua tapak tangan dgn selari mendongak ke langit sambil melutut di bumi ini mengHarap Cik Juliana AB memaafkan diri Ini atas kebodohan dan perlaku dgn mentingkan diri saya lebih dari segala yang wujud ketika dunia adalah milik bersama.

Let gone be by gone, How can I make it up with you ?"

Pada aku, kesalahan dia bukan lah besar sangat. Normal lah orang bercinta ni ada yang kekal ada yang putus. Mungkin masa tu aku ni beban untuk dia, so lebih baik dia tarik diri daripada dia terus-terusan melukai aku. *ayat novel, bluerkkk* hihihi. Actly aku dah lama dah maafkan dia, aku pon dah xnak fikir belakang. Aku cuma mampu doakan kehidupan dia sekarang dan masa-masa akan datang lebih baik dan teratur. Moga dia dipelihara dari sebarang anasir2 jahat. Apa-apa pun, aku nak bagitahu yang "the memory remains"

P/s: hadirnya seseorang dalam hidup, wlau seketika pasti ada sebabnya. :)



2 comments:

  1. Kak June,

    Biar kita terluka sekarang dr kita sakit terduduk dek luka kemudian hari. Kenapa Allah turunkan dugaan ini utk kita sekarang sbb dia nak hadiahkan Pelangi nan indah utk kita kemudian hari. Dia (Allah) nak tgk sejauh mana kita sabar tabah cekal tempuh dugaan ini.

    Tipu kalo kita tak terluka dan tipu kalo kita terus jumpa mr right. Sbb Allah akan temukan dgn jodoh yg bukan milik kita dahulu sblm dia ketemukan dgn jodoh milik kita. Anggap jek semua nie ujian utk mematangkan kita dlm meniti perjalanan hidup yg panjang nie.

    One day bila dah jumpa jodoh kita akan ada ujian lain menanti tp ujian tu harus ditempuh bersama jodoh kita. Masa tu baru kita akan sedar "ohhh rupanya dia nie jodoh aku yg selama nie aku nantikan".

    Mcm lagu Pelangi Petang (Sudirman). Hari ini kita menangis, bukan sebab kita lemah. Tapi kita menangis kenapa kita biarkan hati kita terluka. Jadi dr tangisan itu kita azam utk jaga hati kita agar tak terluka lagi dan dari situ juga hati kita jd makin kuat tabah cekal dan penyabar.

    Truly,
    Eimy Bertam
    U know me rite sis??? Selama nie sy silent reader blog akak jek, even blog sy pun da private sbb dah lama giler tak update. Maklumlah since kahwin takde story nak share.

    ReplyDelete
  2. Thanks Dik.....

    Life mmg macam ni kan..

    Harap Jodoh yang sebenar tu yang baik - baik :)

    ReplyDelete